Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 18 November 2013

23 Remaja Hilang Kena Culik Dengan Hantu? - Ini Penjelasan POLIS.

Bagi yang tak faham citer, baca dulu episode pertama kat sini ;

http://sozcyili.blogspot.com/2013/11/23-remaja-hilang-di-villa-nabila.html

Cerita hantu la pula. Dorang tatau yang BN lagi seram dan menakutkan dari hantu. Benda dah terang2 bahaya lagi menakutkan. Siap boleh rasa terseksa lagi. Nak takut hantu buat apa nya. 

Hehe.

Menurut dari rakan blogger disini ;



Kecoh dilaman sosial apabila 23 orang dilaporkan hilang daripada jumlah 30 orang manakala 7 lagi terselamat setelah memasuki Villa Nabila. Hakikatnya, pihak polis hanya menerima satu laporan polis mengenai seorang remaja yang disahkan hilang di lokasi tersebut. 

Laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi. Sebelum insiden, seorang remaja yang berusia 16 tahun dilaporkan memasuki kawasan tersebut bersama beberapa rakannya sebelum hilang sejak malam semalam.

Pihak polis menafikan dakwaan 23 orang hilang manakala 7 terselamat. Hakikatnya pihak polis hanya menerima satu laporan sahaja mengenai remaja hilang. Remaja yang hilang dikenali sebagai Mohd Izzat Izzudin Hussin yang berusia 16 tahun.

 

Sebuah villa terbiar di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak malam tadi apabila seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas memasuki premis berkenaan bersama beberapa rakannya. Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan tidak pulang sehingga kini.

Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila. Usaha mencari remaja berkenaan masih dijalankan di villa berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan hilang di dalamnya masih dalam siasatan polis. Pihak polis turut mengesahkan ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Danga Bay pada pukul 1 pagi tadi 18 November 2013.

La bukan 23 hilang sebab kena culik dengan hantu ke? Baru nak buat citer saspen tadi.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Btw, aku tak rasa kehilangan adik Izzat tue lawak oke. Harap2 adik Izzat boleh ditemui semula dalam keadaan selamat dan sihat hendaknya. Adik, kalau ko selamat dan baca blog neh, cepat2 balik ek. Emak ko risau tue. Tak baik buat emak kita nagis oke.

Bai

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...