Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 19 November 2013

Keluar Selangor Jika Engkar Titah Sultan.

Apahal plak nak keluar dari Selangor? Adakah satu Selangor itu Sultan Selangor yang punya? Nampak macam hebat. Gelaran prof. Perghhh. Ini mesti study pandai neh. Tapi hujah macam apa. Hujah2 yang nak mengenakan orang aje. Benda la lue neh prof.

Rujuk bawah ;


Aku akan bagi jawapan aku terlebih dahulu. 

Aku ;

1. Taknak dengar. Atau patuh. Atau ikut apa2 yang Sultan Selangor sebutkan di atas.

2. Aku juga taknak keluar dari Selangor atau negara neh.

So apa yang ko boleh buat? Adakah nak paksa orang untuk terima pula? Aku berhak la ada pendapat lain. Aku tak semestinya wajib bersetuju dengan apa2 yang dikatakan oleh Sultan Selangor. Sesiapa pun tak berhak paksa kita berfikir ikut cara mereka selagi mana pemikiran kita tak bersalahan ataupun melanggar apa2 hukum yang Allah tetapkan.

Kat Sabah boleh, kat Sarawak boleh, so adakah benar ini ada kaitan dengan akidah?

Jangan main2 dengan akidah orang kalau ko pun tatau citer sebenar beb. Ko bukan tuhan. Jadi jangan berlagak macam tuhan.

Bab akidah kerja Allah. Syurga neraka kerja Allah. Dosa pahala kerja  Allah. Jangan nak lebih2 sangat la kalau tak kenal orang tue betul2.

Lagi satu. Tolong la jangan tipu2 pemikiran sendiri. Kita semua tahu mana ada keturunan raja dan sebagainya. Yang ada keturunan Nabi Adam. Semua manusia berasal dari Adam yang satu itu. Adam dan Hawa. Kita semua tahu Allah tak ciptakan darjat dan perbezaan status pun antara kita. Yang meletakkan konsep darjat ini manusia. Yang memaksa kita menerima kewujudan konsep darjat ini pun manusia. Manusia yang mengarahkan kita untuk berfikir jika dia raja maka ini kelebihan dia dan blablabla.. sedangkan kalau ko buka balik Islam, ko akan tahu ;

Allah adili ko berdasarkan dua konsep aje => iman dan taqwa.

Mana konsep2 darjat dan sebagainya neh?

Benda yang manusia wujudkan, then manusia di paksa mentaati benda tue tanpa banyak soal tak kira la betul atau salah atas nama DARJAT [yang neh manusia ciptakan], bukan kah ada sesuatu yang tak kena disitu?

Konsep dia mudah.

Jika ia benda betul, tak kira siapa pun laksanakan, kita mesti taat punya. Sebab benda betul = selari dengan konsep Islam = kebenaran.

Jika benda itu salah, tak kira sapa pun yang buat, kita mesti bantah punya. Sebab benda salah = selari dengan konsep Islam juga = menolak kejahatan.

So dari sini kita susun pemikiran kita. Mesti berlandaskan salah atau betul.

Jadi dekat sini, apa kata Sultan Selangor perhatikan dulu anak dia macam mana. Google aje. Bersepah sepah. 

Ketua agama Islam? Good. Label yang menarik tue. Amalkan ye. Jangan setakat label. Malu ai. Orang memerhatikan oke.

Bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...