Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Bersih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bersih. Papar semua catatan

Khamis, 16 Mac 2017

Eh, Kenapa Status Pengundi Saya Dibantah Oleh Ahli UMNO?? - Ini Apa Yang Patut Anda Tahu!

Kita tahu sejak beberapa minggu yang lepas ada ramai belia terutamanya dari kaum cina tampil ke hadapan berkongsikan cerita bagaimana status mereka sebagai pemilih yang berdaftar di SPR telah dibantah oleh individu tertentu.

Siapakah yang bantah?

Ya, sudah tentu kita tertanya-tanya siapakah mereka ini yang berperanan membantah status pengundi yang telah berdaftar di SPR.

Hasil semakan mendapati mereka ialah individu-individu yang membantah kelayakan pengundi-pengundi tertentu di kawasan- kawasan tertentu yang dipercayai;

- Kawasan yang dimenangi pembangkang
- Kawasan yang berkemungkinan pembangkang akan menang

Ya, bila kami sebut pengundi-pengundi tertentu ia bermaksud lebih dari seorang pengundi yang telah dibantah dan bila kami sebut kawasan-kawasan tertentu ianya lebih dari satu kawasan yang terlibat dalam proses bantahan tersebut.

Menurut info dari Friends Of Selangor, individu-individu yang membantah pengundi baru telah dikenalpasti. 

Mari kita lihat wajah jelita-cantik kacak yang suka membantah itu. 😉😉😉😉

Hi, nama saya Mohd Noor Radiman. Kerja saya membantah pengundi-pengundi baru yang berdaftar dengan SPR. Saya ahli UMNO Bahagian Kuala Langat ya. 


Hi semua, salam satu Malaysia, nama saya Zakaria Mohd Yusof. Saya ada kerja part-time sekarang menyahut seruan menteri untuk buat dua kerja bagi mencari duit tambahan. Kerja part time saya ialah membantah berpuluh-puluh nama pengundi yang baru berdaftar dengan SPR. Saya ini ahli UMNOnya Gombak ye.



Hai semua, saya satu-satunya bunga dalam kerja gila ini. Nama saya Norazimah Mahmud. Saya ialah Naib Ketua UMNO di Bahagian UMNO PJS. Saya akan bantah-bantah-bantah pengundi2 baru. Jadi tolong la berhati-hati dengan perangai gile saya neh ye.



Hai semua, nama saya Ahmad Murdani Parto. Saya neh bekas AJK Pemuda UMNO Bahagian Kapar. Saya ada hobi unik. Hobi saya menuduh pengundi baru sebagai pengundi hantu. Jadi kalau awak semua nak dituduh sebagai pengundi hantu oleh saya, rajin-rajinkanlah diri berdaftar sebagai pemilih dengan SPR ya.



Hi nama saya Anuar anaknya Mokthar. Saya ahli UMNO Petaling Jaya Selatan. Saya telah memalukan keluarga saya kerana asyik membantah pengundi baru secara beramai-ramai. Mohon jangan tiru perangai buruk saya neh ye.


Salam 1 Malaysia pada semua, nama saya Azaman Arshad. Saya ahli UMNO PJS. Walaupun dah tua saya tetap buruk perangai. Saya neh asyik membantah pengundi-pengundi baru kat Selangor neh. Nampak sangat saya cuba nak menang guna cara tipu. Mohon pembaca semua jangan tiru perangai buruk saya dan tolongla rahsiakan dari anak-anak saya. Malu dorang dapat abah macam saya neh. Tsk tsk tsk.


Menurut info yang kami kutip-kutip dari cilisos yang menulis kisah seorang pengundi dibantah;


Gambar Oleh CiliSos
1. Tahun lepas tersebar satu info yang mengatakan jika anda mahu mengundi pada Mac 2017, maka anda perlu mendaftar sebagai pemilih pada tahun ini juga.

2. Maka berlakunya pendaftaran pengundi baru yang sangat ramai bermula September 2016.

3. Salah seorang yang turut berdaftar sebagai pemilih ialah Ross Stephenson. Beliau telah mendaftar sebagai pemilih pada tahun lepas pada bulan September dan selepas menunggu beberapa bulan, beliau melakukan semakan di SPR dan mendapati pendaftaran beliau sebagai pengundi telah dibantah yang bermaksud status beliau sebagai pengundi yang layak telah diragui oleh SPR disebabkan bantahan yang dilakukan oleh individu tertentu.

Banyak kes seperti ini kata pegawai SPR.

4. Ketika melakukan semakan di SPR, mereka diberitahu memang banyak kes di mana pendaftaran pengundi baru dibantah.

5. Setiap pengundi baru yang telah berdaftar dengan SPR, datanya akan dikemaskini dan diprint-out untuk semakan orang awam dan sesiapa pun boleh melakukan bantahan jika meragui kelayakan satu-satu pengundi yang telah berdaftar sebagai pemilih..

Pameran Pendaftaran Pengundi Baru
Gambar Oleh CiliSos - Pameran Pendaftaran Pengundi Baru
6. Caranya mudah - dengan mengisi borang dan membayar rm10 kepada pihak SPR; maka SPR akan menghantar satu surat makluman kepada pengundi yang dibantah bahawanya mereka telah dibantah oleh sekian-sekian individu, dan untuk itu pengundi yang dibantah sila hadir ke pejabat bagi melawan bantahan tersebut. 

7. Dalam surat makluman juga ada dinyatakan kenapa sekian-sekian pemilih dibantah berserta sebabnya dan pemilih perlu membawa dokumen sokongan bagi membuktikan beliau 'sah dan layak' sebagai pengundi. Jika tidak respon kepada surat dengan hadir ke pejabat, maka pendaftarannya sebagai pengundi baru terbatal yang mana beliau tidak akan boleh mengundi pada PRU yang akan datang.

8. Dan jika pengundi baru menang kes ketika sesi pendengaran di antara pengundi baru, individu yang membantah dan pegawai SPR maka pengundi baru boleh menuntut bayaran pampasan sebanyak rm100 dari individu yang membantah. Oleh itu, jika anda di antara mereka-mereka yang dibantah kelayakan sebagai pengundi baru, jangan lupa tuntut bayaran rm100 anda dari individu yang membantah. Jangan lepaskan mereka hokayy kerana mereka menyusahkan anda. 😁😁😁😁😁

Dalam pada itu, kami akan kongsikan beberapa maklumat terbaru berkaitan SPR.


i) Masih ingat apa yang kami pernah tulis : 136,272 pengundi hilang secara misteri?

Ini ada update terbaru tentang kes itu. Pada 9 March lepas, mahkamah telah menolak permohonan kerajaan negeri Selangor bagi memanggil pengerusi SPR Datuk Seri Hashim Abdullah ke mahkamah bagi menjawab kenapa 136,272 pengundi Selangor dihilangkan dari database SPR.

Menurut Hakim Azizul Azmi Adnan tujuan memanggil pengerusi SPR ke mahkamah tidak akan dapat menjawab tuntutan kerajaan negeri Selangor kerana rekod SPR hanya ada maklumat berkaitan lokalti pengundi dan bukannya alamat jadi tak dapat la nak jawab persoalan-persoalan tu. Pelik bin ajaib. Kenapa hakim pula tolong jawab kan.. 
😕😕😕


ii) DAP Selangor pada 10 Mac lepas mempersoalkan SPR berikutan kegagalan SPR sediakan borang untuk proses pendaftaran pengundi baru di Selangor. Naib Pengerusi DAP Selangor, Hannah Yeoh berkata JKKK Kampung Pasir Kerling telah meminta 1,000 borang dari SPR untuk tujuan pendaftaran pengundi baru tetapi mereka hanya dapat 100 borang je. Malahan SPR enggan bekerjasama dengan DAP untuk tujuan pendaftaran pengundi baru sehingga DAP terpaksa batalkan beberapa program. SPR juga enggan melantik Penolong Pendaftar Pemilih di kalangan DAP.



Baca : Awas, pengundi baru - taktik untuk mengenakan kamu!

Baca : 8,000 pengundi ditukarkan tanpa notis - eh boleh pula macam tu?

Tolong macam mana nak selamatkan diri dari penipuan ini!!!

Semak kelayakan anda di website SPR. Buka website SPR disini ==> http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/ 

Jika anda pengundi yang dibantah, hilang, diragui, ada maklumat yang tak tepat, tolong verify dengan SPR terlebih dahulu dan selepas dapat butiran lanjut boleh maklum kepada BERSIH 2.0 untuk proses kenalpasti masalah dan penyelesaian.

Jika tiada sebarang masalah dengan pendaftaran anda sebagai pengundi, tolong buat pilihan yang bijak ketika memangkah ya. Jangan undi Barang Naik hokay. 😏😏😏😏

Rabu, 8 Mac 2017

Ini Helah Baru Untuk Halang Pengundi Baru Mengundi - Awas Pengundi Baru Terutamanya Belia Cina!

Sekumpulan belia berketurunan cina Malaysia telah mengadu bahawanya kelayakan mereka sebagai pengundi telah dibantah, lapor portal The Malay Mail.

Bantahan telah dibuat oleh sekumpulan pihak yang tidak dapat dikenalpasti identitinya. Kumpulan belia cina itu memaklumkan kepada media bahawanya mereka telah menerima surat panggilan untuk hadir ke pejabat SPR bagi mengesahkan identiti dan kelayakan mereka sebagai pengundi atau pendaftaran mereka sebagai pengundi akan dibatalkan yang mana akan mengagalkan hak mereka untuk mengundi pada Pilihanraya Umum yang akan datang.


Perkara itu dimaklumkan oleh Elaine Lee yang menulis di Facebooknya.

"Teman lelaki saya mendapat surat pada 2 minggu lepas yang menyatakan seseorang telah membantah kelayakkannya sebagai pengundi. Dia perlu ke pejabat SPR di PKNS, Shah Alam bagi satu sesi pendengaran. Ketika tiba di pejabat itu, kami melihat pejabat itu dipenuhi dengan dengan satu kaum. 


Kami bercakap dengan mereka dan mendapat maklumat bahawa kehadiran mereka ke situ adalah sama seperti kami, iaitu mereka didakwa sebagai pemilih yang diragui, pemilih yang disyaki dan sebagainya", kata Elaine Lee di status tersebut.

"Ketika berbual dengan seorang pakcik yang berada disitu kerana mewakili anaknya, mereka yang dibantah kelayakan pengundian ialah datangnya dari kawasan yang mana parti pembangkang berkemungkinan menang atau sememangnya diwakili oleh Ahli Parlimen dari parti pembangkang", kata Elaine Lee lagi.

Dalam mengulas aduan terbaru yang diterima oleh BERSIH 2. Satu kenyataan media telah dikeluarkan bagi memberi peringatan kepada semua pengundi-pengundi berdaftar di negara ini. 

Dan bagi mereka yang belum mengundi, anda dinasihati untuk bersegera mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan anda layak mengundi pada tahun ini.

Berikut adalah kenyataan media itu.

BERSIH 2.0 khuatir dengan percubaan sengaja untuk mencegah pendaftaran pengundi baru oleh pihak-pihak tertentu, dengan mengeksploitasikan proses pembantahan pengundi baru yang terkandung di Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. 


Peruntukan bantahan pengundi baru bertujuan untuk membasmi pengundi hantu dan memastikan pendaftaran baru adalah betul, tetapi malangnya telah disalahgunakan untuk mencegah pendaftaran pengundi baru, dan ianya bersifat perkauman. 

Apabila dibantah, pengundi baru perlu hadir ke pejabat SPR untuk sesi pendengaran dan membuktikan bahawa mereka adalah pengundi di kawasan tersebut. 

Kakitangan dan sukarelawan BERSIH 2.0 telah menghabiskan masa selama dua jam di SPR Shah Alam pada 6 Mac 2017 untuk memantau dan menyaksikan lebih daripada 20 orang pengundi baru yang hadir di di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor untuk berdepan dengan pembantah-pembantah mereka. 

Salah seorang pegawai SPR memberitahu BERSIH 2.0 bahawa mereka menangani 100 kes setiap hari. Selepas pengundi berjaya mengemukakan bukti bahawa mereka adalah pengundi sahih, pegawai SPR yang bertugas memaklumkan bahawa pampasan sebanyak RM100 wajib dibayar oleh pembantah, tetapi ini terpulang kepada pengundi untuk menuntut pampasan tersebut. 

Ekoran pemerhatian kami, BERSIH 2.0 juga telah menerima aduan sepanjang proses ini : Sekurang-kurang tiga orang pembantah adalah ahli jawantankuasa UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan. Sekumpulan pembantah yang terdiri dari lelaki dan wanita dinampak menerima arahan dari seorang individu mengenai pengundi mana satu yang dibantah. 

Seorang pengundi yang baru didaftar menuntut wang pampasan, tetapi pembantahnya menjawab bahawa pampasan akan dibayar dalam masa 3 bulan oleh sebuah “agensi” dan bukan diri sendirinya. 

Apabila seorang sukarelawan BERSIH 2.0 mengambil gambar pertukaran tersebut, seorang lelaki menghalang dan merampas telefon beliau. Dia mengatakan bahawa dia berasal dari “Jaringan Melayu”

Seorang lagi pengundi baru mendakwa pembantahnya tidak sedar bahawa dia telah mengemukakan sebarang bantahan. Pembantah memberitahu pengundi bahawa dia telah diberikan arahan oleh UMNO Selangor untuk menghadirkan diri di Pejabat SPR pada hari tersebut. 

Seorang pengundi baru terkejut menemui jirannya yang biasa ramah terhadap dia merupakan pembantahnya yang mendakwa si pengundi tidak menduduki alamat yang didaftarkan. SPR mempunyai tugas untuk menjamin hak pengundi dan mengelakkan penyalahgunaan proses. 

Berdasarkan penemuan ini, BERSIH 2.0 mengemukakan persoalan-persoalan berikut kepada SPR: Adakah bantahan secara beramai-ramai tanpa alasan kukuh ini merupakan suatu perancangan secara sengaja, terutamanya di Selangor? 

Berapakah kes bantahan yang diterima oleh SPR pada tahun 2016 dan apakah peratusan pengundi baru yang menghadirii sesi pendengaran yang ditetapkan? Apakah mekanisme penguatkuasaan untuk memastikan pampasan RM100 dibayar kepada pengundi baru jika bantahan terhada mereka ditolak? 

Sekiranya terdapat 100 bantahan yang ditolak dalam satu hari, ini akan menghasilkan jumlah dendaan sebanyak RM10,000 sehari. Tambahan lagi, ini bukannya kali pertama isu ini ditimbulkan, malah ia sudahpun berleluasa selama sekurang-kurangnya dua tahun. 

BERSIH 2.0 pernah menerima aduan ini seawal tahun 2015, dan Ahli Parlimen Serdang, YB Ong Kian Ming pernah membangkitkan isu ini pada bulan September 2015. 

Adakah pembantahan-pembantahan ini wujud secara khususnya di Selangor sahaja ataupun seluruh pelosok negara? Bagi pengundi-pengundi baru yang akan didaftarkan pada suku pertama tahun ini (Januari-Mac 2017) yang bimbang dengan status mereka, BERSIH 2.0 menyeru mereka untuk menyemak status pengundi di laman SPR (http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/) menjelang April 2017. 

Hasil carian laman sepatut menunjukkan nama pendaftar sedang diproses. Sekiranya mereka menerima surat bantahan, mereka perlu menghadiri sesi pendengaran, jika tidak nama mereka tidak akan didaftarkan. 

BERSIH 2.0 mengucapkan syabas kepada pengundi-pengundi baru didaftar dan menyeru kepada mereka yang dibantah untuk hadir ke sesi bantahan untuk demi hak mengundi mereka. 

Kami menyaran semua pengundi baru sahih untuk berdepan dengan isu-isu ini untuk menghubungi BERSIH 2.0 supaya kami boleh meminta penjelasan dari SPR. 

Ditandatangani oleh ahli-ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0

Isnin, 7 Mac 2016

Mat Sabu, BERSIH, Lim Kit Siang Kena Troll Kaw2 Kerana Sokong Mahathir.

Point tentang Deklarasi Rakyat.

- Penyertaan setiap individu adalah atas kapasiti peribadi. Bukan mewakili parti. 

- Agendanya adalah untuk selamatkan negara.

- Singkirkan Najib sebagai PM Malaysia & yang menyokongnya.

- Pulihkan semula institusi yang dipolitikkan seperti SPRM, agensi perundangan awam, PDRM, Bank Negara, PAC.

- Mahsuhkan undang2 dan perjanjian baru yang jelas melanggar kedaulatan negara.

- Terdapat pimpinan dan bekas pimpinan daripada parti BN, PAS, PKR, DAP & PKR.

- Ia dipersetujui secara bersama dengan matlamat yang dinyatakan dengan menandatangani satu deklarasi atas nama rakyat.

TEKS PENUH DISINI.

Apa yang aku pernah tulis tentang BERSIH 4 dalam isu Mahathir hadir perhimpunan.

Aku dah ulas dulu.
Jika Mahathir pergunakan BERSIH ia kemenangan Mahathir.
Jika BERSIH pergunakan Mahathir, ia kemenangan marhaen.
Tetapi akhirnya seperti telahan awal.
Ia adalah Mahathir yang pergunakan BERSIH.
Ada Marina dalam BERSIH.
Dan aku malas nak cakap apa yang dalam otak aku berfikiran.

Statement Maria Chin disini.

Ada ka patut dia kata tak perlu kita lihat kesilapan2 lampau Mahathir. Yang lepas tu lepas la. Sedangkan kalau tiada kesilapan lampau, maka tiada la kesilapan sekarang. Kalau bukan Mahathir yang endorse Najib maka tiada Najib pada hari ini sebagai PIEM.

Mahathir nak betulkan balik kesilapan dia? Ia perkara yang bagus?
Siapa boleh jamin bahawa tindakan Mahathir hari ini tidak akan memberi impak negatif pada masa akan datang kepada pembangkang?

Mahathir nak betulkan kesalahan dia. Memang bagus pada part dia la.
Pada pembangkang dan BERSIH, bagaimana ia boleh diklasifikasikan sebagai BAGUS pula?

Aku tak nampak lagi. Kalau part dapat kuasa dan pangkat memang ya la bagusnya pada pembangkang kot. 

Hihi.

By the way. 

Secara tak langsung pembangkang mendedahkan dan mengakui kelemahan mereka. Mereka memang tak mampu nak menjatuhkan Najib.

Mahathir duduk kat tengah-tengah dalam deklarasi rakyat.
Ia bermaksud yang hadir dan sign tu mewatakkan Mahathir sebagai leader.
Mana maruah pembangkang kat situ?
Aku rasa bawah tapak kaki aku pun takde neh. Dulu ada juga terselit-selit. La neh dah hilang. Kat bawah lagi la kot. Ye tak?

Kena faham situasi.
Hari-hari kau canang. Kau kata Mahathir jahat. Dari bulan ke tahun. Dari tahun ke dekad.
Mahathir jahat.

Ia dah tertanam dalam penyokong-penyokong kamu. 
Pembangkang menggunakan label yang bukan sahaja menghina bahkan main peribadi. Siap kutuk-kutuk rambut Siti Hasmah lagi. Tak ingat dah ke?

Dan secara tiba-tiba hari neh shake hand dengan Mahathir dan fikir semua orang patut terima tindakan pembangkang?

Salah tu abang, salah.

Ibarat melentur buluh dari rebung.
Anak-anak kecil yang ditanam dengan zikir Mahathir jahat kini dah dewasa.
Mereka dah difahamkan bahawa Mahathir tu jahat. TITIK.

Siapa yang fahamkan? Yang tanamkan? Yang ajarkan?

Abang-abang pembangkang juga.
Kakak-kakak pembangkang juga.
Pakcik, makcik, datok, nenek pembangkang juga.

Jadi apabila kamu sendiri shake hand dengan ketua perompak, maka apa yang peliknya kena kutuk?

Kamu yang ajar kami kutuk-kutuk. Maka kami kutuk la. Benda neh kan kami belajar dari kamu. Tunjuk ajar ku sifu. Tak gitu mentor-mentor ku? Kami ini la protege2 kamu. Berbangga la cikit. Tepuk-tepuk.

Apa yang berlaku jika Najib jatuh?

- BN dapat leader baru.
- Mahathir puas ahti.

Adakah Najib akan ke penjara?
Adakah isu 1MDB berjaya diselesaikan?
GST dimahsuhkan?
Bebas ke rakyat dari menanggung kadar faedah yang tinggi dari pinjaman luar yang dibuat menerusi 1MDB?

Ini perkara-perkara yang pembangkang patut highlightkan kalaupun dah kemaruk sangat nak bercinta dengan Mahathir.

i. Pulihkan institusi PDRM, SPRM blablabla tu? Macam mana? Setakat sign deklarasi je? Orang yang bersumpah pun relax je tak laksanakan sumpah. Ini setakat sign aje. Jangan buat lawak bangang bleh tak?

Nak pulihkan pembangkang yang hancur ranap pun tak terdaya. Nak pulihkan krisis DAP - Azmin pun ke laut. Itu isu dalam tangan sendiri. Kuasa yang sendiri pegang. Lagi nak pulihkan sesuatu yang bukan dalam tangan. Hadoi. Ketawa je Mahathir gelakkan kome tau tak.

ii. Jatuhkan Najib. Oke. Zahid naik. Oke. BN kekal. Oke. Macam mana ini beri nilai tambah kepada hasrat pembangkang yang mahu memerintah negara. Bagi la plan sikit. Sebab aku tak nampak jalan-jalan ke arah itu wujud. Bukan pasal deklarasi rakyat neh. Tetapi cara pembangkang tu sendiri bermasalah. Tindakan lain, hasrat lain. Beria baling mic. Kutuk melayu itu ini. Sekali kau sendiri salam Mahathir. Lawak-lawak. Aku rasa 10 tahun pun tak basi lawak neh.

iii. Selamatkan negara. Saya cabar kamu kata Kit Siang. Cabar apa? Selamatkan negara apa? Kat Penang ratusan penduduk kena halau pun apa tak hel. Tak mampu nak selamatkan. Isu tambak tanah pun tak settle. Ini ko sembang bab selamatkan negara. Sila selamatkan Penang dari tangan anak ko dulu la woi.

iv. Maria Chin siap cakap jangan ungkit kesilapan lampau Mahathir. Sikit pun dia tak mendesak kepada reformasikan SPR untuk demand Mahathir.

Flip flop.
Tidak konsisten.
Tidak strategik.
Tiada plan.
Tiada halatuju.
Tiada matlamat.
Lepas tu buta-buta nak cabar orang. Hadoi Kit Siang. P rehat la. Tolong. Wan Azizah lagi aku respect sebab dia tak hadir meskipun dibekap dengan alasan-alasan bangang selepas itu.

Dia cerita dia macam neh.

Yang aku nampak la. Puak2 pembangkang neh tak reti demand. Buta-buta kena main. Mahathir perlukan sokongan korang. So, demand la sikit benda-benda yang buat rakyat bengkek.

Ko nak aku sokong kau?
Ko nak aku hadir PC tu?
Kau nak aku sign deklarasi tu?
Ko tahu tak nanti aku kena troll?
So untuk biar jadi berbaloi, aku nak demand.
Ko tak setuju tu kau punya pasal.
Sebab dalam PC tu nanti cuma ada muka puak2 ko je.
Maka yang ruginya kau.
Bukannya aku.
Demo BERSIH 4 dua hari pun tak jalan.
Najib tak jatuh2 juga.
Ini setakat deklarasi rakyat yang ada muka puak2 kau.
Lagi la jahanam. 
Aku pembangkang tak rugi apa.
Sebab apa-apa hal kami ke pilihanraya.
Kamu, Mahathir nak jatuhkan Najib macam mana?

Hah, nampak?
Mahathir yang perlukan pembangkang.
Mahathir terdesak.
Tapi yang terhegeh-hegeh ialah puak2 pembangkang neh.
Siap main cabar-cabar orang lagi. Hadoi.

Ke, demand senyap-senyap?
Demand yang tiada kaitan dengan rakyat? Opocot. Jangan la marah. Teman tanya. Bukan menuduh. 

Hihi.

Nak selamatkan negara. Tiada salahnya dengan matlamat tersebut. Tetapi macam mana. Plan mesti nak ada. Itu satu perkara.

Siapa yang selamatkan negara tu?
Boleh ke diharapkan pada dia tu untuk selamatkan negara?
Boleh percaya ke?
Apa rekod lampau?

Ini satu perkara lagi.

Dari segi rekod. Kita tengok muka-muka pembangkang. Terpaksa geleng kepala.
Dari segi rekod. Kita tengok muka Mahathir dan ex-ex bien. Terpaksa geleng kepala sekali lagi.

Dari segi rekod. Kita tengok muka kita sendiri pula.
Lagi haram.
Ini muka-muka nak selamatkan negara?
Kau biar benar?

Jahanam-jahanam. Kita neh sebenarnya takde plan. Takde kekuatan. Dan takde kepercayaan umum pula tu. Serba serbi kecamuk dan bercelaru. Itulah kita sekarang neh.

HAHAHAHAHA.

Oke. Seriyus. Apa pun walaupun muka-muka kita neh takley diharapkan untuk selamatkan negara tetapi perlu juga kita lakukan sesuatu kan.

Almaklumla, BN pun dah kemain kemaruk susahkan kita.
Kepala BIEN tu dianggap rakyat sebagai punca utama kepada semua permasalahan tersebut.
Mungkin pembangkang nak pahatkan legasi.
Mereka antara muka-muka yang berjaya jahanamkan karier politik Najib.
Itu kalau Najib jahanam. Kalau pembangkang yang jahanam? Ah sudah. Makan tahun nak bina reputasi, kepercayaan dan keyakinan rakyat semula. Tak risau ke kawan?

Sejujurnya, sebelum selamatkan Malaysia perlu pembangkang belajar selamatkan parti dan negeri. Dalam parti sendiri bergolak bukan hanya krisis kepimpinan bahkan krisis berkaitan intergriti dan ketelusan. Belum masuk isu negeri. Skandal bukannya zero. Kalau lepas part tu fuhhhh.. bertubi2 keyakinan rakyat masyuk ke pembangkang semula tau. Bukan macam sekarang neh.

Ada sebab kenapa perkataan hipokrit dicipta. Ia bukannya untuk suka-suka. Wahai pembangkang sebelum rakyat panggil kamu pembangang negara, ubahlah diri sebelum beria ubah negara. 

Akhir. Layan gambar-gambar troll bawah neh. Kredit page Tentera Troll Kebangsaan Malaysia. Kita gelak pula sesudah seriyus.

KAH KAH KAH



 








Rabu, 29 Mei 2013

Bersih Nafi Anjur Bersih 4.0

Relax.

Penafian AJK Bersih kali neh ada motif yang jelas. Ini dibuat kerana ada pihak2 tertentu yang menjaja nama BERSIH untuk buat demo.

Pada dasarnya BERSIH ada Ajk nya yang tersendiri. Semua AJK kena duduk berbincang dan bermesyuarat sebelum putuskan sesuatu hal. Jika ada orang suka2 jaja nama BERSIH untuk anjur demo kalau2 demo tue sebenar ialah demo provokasi yang didalangi oleh pihak2 tertentu macam mana?

Info sulit neh. Memang ada pihak yang cuba menjejaskan imej BERSIH dengan berhajat mahu mencalarkan kredibliti BERSIH.

Sebab tue korang kena ahti2 sket. Semua demo anjuran bersih harus ada official statement dari bersih. Kalau bukan official statement jangan layan mana2 pihak yang cuba jaja nama bersih. Kita takut ia satu perangkap.

Lagipun focus bersih right now ialah kemukakan petisyen berkaitan sebelum proceed ke langkah seterusnya. Kita sepatutnya beri bukti2 berkaitan kepada bersih untuk di adili sewajarnya.

Lepas dari tue baru kita boleh fikir pasal demo. Apa pun aku setuju jek kalau bersih nak buat bersih 4. Memang SPR ingat kita main2 bila demo dalam stadium. Kali neh dok depan PEJABAT SPR pula. Biar dia goyang. Tengok ah sendiri kemaraan rakyat camne kan. Harap2 AJK BERSIH boleh pertimbangkan idea neh la kan.

Oke bai.

Jumaat, 11 Januari 2013

Polis arah patuhi 27 syarat dalam perhimpunan kebangkitan rakyat - #kl112

Cantik.


Arah patuh 27 syarat. Tapi hebahan di media massa hanyalah 10 syarat? Macam mana nak patuhi 27 syarat tersebut kalau syarat2 yang didedahkan pun hanyalah 10 sahaja? Cuba bagitau aku incik polis, macam mana nak patuhi 27 syarat tersebut sedangkan yang diketahui hanyalah 10?

Kalau ada orang langgar apa2 syarat di kemudian hari dan mereka tatau bahawa itu antara syarat2 yang perlu dipatuhi maka jangan marah kami ek. Ingat, kami tatau kesemua 27 syarat tersebut. Kami tahu 10 je walaupun kami diberitahu ada 27 syarat. 

Hehe.

Antara syarat ketat yang ditetapkan polis adalah:

1. Penganjur dan peserta yang berada dalam himpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan menganggu ketenangan orang awam.

2. Penganjur hendaklah memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di himpunan tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang bertulis.

3. Penganjur hendaklah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang telah ditetapkan, tarikh 12 Januari 2013, 2 petang hingga 5 petang di Stadium Merdeka.

4. Penganjur hendaklah menentukan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke tempat perhimpunan.

5. Penganjur hendaklah menentukan semua syarat-syarat dan semua sekatan perhimpunan dimaklumkan kepada semua peserta perhimpunan.

6. Penganjur hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana mengikut terma yang ditetapkan oleh pemilik Stadium Merdeka.

7. Penganjur hendaklah mematuhi cara berhimpun yang ditetapkan di bawah Akta 736.

8. Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan.

9. Penganjur hendaklah memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar.

10. Penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam.


Ada yang cakap tak boleh bawa banner. Yang sebenarnya setahu aku banner boleh bawa tetapi slogan provokasi je tak boleh buat. Contohnya ko pakai baju BERSIH lepas tue ko pongpang2 mampos najib mampos bn itu maksudnya slogan provokasi.
 
Apa baju yang korang pakai, maka berhimpunla ikut tujuan baju tersebut. Kalau ko pakai baju mampos najib then ko laungkan mampos najib memang la patut sebab kena dengan tema dan tujuan ko berhimpun.
 
Tema tue hak masing2. Yang nak berhimpun korang maka hak tema juga adalah hak korang. Pihak penganjur tak tetapkan syarat ko mesti berhimpun ikut tema pihak penganjur oke.
 
Lagi satu, aku tak pakai baju ikut apa2 tema oke. Aku datang sebagai pelapor jek. Petugas media. Hehe. Oke bai  

Selasa, 20 November 2012

Hishamudin: Tindak tanduk Pas cemar imej Islam [18SX]

Pftttttttt

Gila babi punya kelakar. Statement tak cermin diri yang aku tak boleh blah tue. Jap ek. Aku paste dulu apa dia cakap.

Isu Pas mendoakan kemusnahan dan memurtadkan Umno semasa muktamar tahunannya baru-baru ini akan menjadi satu daripada perkara yang dibincangkan dalam usul agama Perhimpunan Agung Umno 2012 minggu depan.
   
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan parti itu mencemar imej Islam.
   
Tindakan seperti mendoakan kemusnahan atau memurtadkan Umno, merupakan kaedah politik kebencian yang sudah lama menular dalam parti pembangkang itu.  Beliau berharap anggota perwakilan yang akan berbahas pada Perhimpunan Agung Umno nanti tidak meletakkan diri mereka sama taraf dengan jurucakap Pas yang tidak tanduk mereka hanya menjejaskan kredibiliti parti. -SH-
  
Hishamuddin dan umno jangan nak temberang. Korang dok tuduh2 pas macam2 selama neh apa.. padahal perangai dan kelakuan korang lebih teruk dari parti yang korang kutukkan tue. Bagi aku dalam PAS memang ada je benda yang aku tak sehaluan bahkan aku rasa kadang2 ia terlalu keterlaluan tetapi dibanding dengan umno sorry to say la.. baik pas lagi dari umno.

Contoh tuduhan ialah pas parti sesat. Pas syiah dan khawarij. Lepas tue cakap tuan guru dalam pas terkeluar dari landasan islam.. kena bertaubat dan kufur nikmat. Setakat tuduhan sesat menyesatkan ahli2 pas dan pemimpin2 pas oleh umno sejak zaman mahathir dulu adalah perkara biasa2 jek bagi korang. 

Lepas tue tiba2 hari neh ko nak cakap pasal soal moral [tulisan merah]? Pasal mencemar imej islam? Tolong la. Mungkin ada orang dalam umno yang layak cakap pasal neh tapi yang pasti orang tue bukan ko. 

Bercakap pasal mencemar imej islam? Aku taknak main gambar2 peribadi keluarga ko. Tapi aku bagi ko satu gambar yang mana pihak ko, kementerian ko ada kuasa bahkan lebih dari itu untuk menghalang penyebaran majalah kat bawah neh. Owh lupa.. takan nak halang bila tangan kanan mencetak dan tangan kiri menerima duit ye tak? Umno, utusan dan mangga bukan orang lain. Adik beradik satu mak bapak jek pun.

Kita sama kita tahu siapa sebenarnya yang mencemar imej islam. PAS tak maksum. Aku percaya, kita seme boleh kritik PAS cuma mungkin ada segilintir yang hardcore jenis tak open minded je akan melatah tak tentu hala. Tetapi itupun kita kena la kritik dengan benda yang PAS benar2 buat terlebih dahulu. Bukan kritik orang atas isu fitnah dan rekaan semata2. Puiiiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...