Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 Mac 2016

Mat Sabu, BERSIH, Lim Kit Siang Kena Troll Kaw2 Kerana Sokong Mahathir.

Point tentang Deklarasi Rakyat.

- Penyertaan setiap individu adalah atas kapasiti peribadi. Bukan mewakili parti. 

- Agendanya adalah untuk selamatkan negara.

- Singkirkan Najib sebagai PM Malaysia & yang menyokongnya.

- Pulihkan semula institusi yang dipolitikkan seperti SPRM, agensi perundangan awam, PDRM, Bank Negara, PAC.

- Mahsuhkan undang2 dan perjanjian baru yang jelas melanggar kedaulatan negara.

- Terdapat pimpinan dan bekas pimpinan daripada parti BN, PAS, PKR, DAP & PKR.

- Ia dipersetujui secara bersama dengan matlamat yang dinyatakan dengan menandatangani satu deklarasi atas nama rakyat.

TEKS PENUH DISINI.

Apa yang aku pernah tulis tentang BERSIH 4 dalam isu Mahathir hadir perhimpunan.

Aku dah ulas dulu.
Jika Mahathir pergunakan BERSIH ia kemenangan Mahathir.
Jika BERSIH pergunakan Mahathir, ia kemenangan marhaen.
Tetapi akhirnya seperti telahan awal.
Ia adalah Mahathir yang pergunakan BERSIH.
Ada Marina dalam BERSIH.
Dan aku malas nak cakap apa yang dalam otak aku berfikiran.

Statement Maria Chin disini.

Ada ka patut dia kata tak perlu kita lihat kesilapan2 lampau Mahathir. Yang lepas tu lepas la. Sedangkan kalau tiada kesilapan lampau, maka tiada la kesilapan sekarang. Kalau bukan Mahathir yang endorse Najib maka tiada Najib pada hari ini sebagai PIEM.

Mahathir nak betulkan balik kesilapan dia? Ia perkara yang bagus?
Siapa boleh jamin bahawa tindakan Mahathir hari ini tidak akan memberi impak negatif pada masa akan datang kepada pembangkang?

Mahathir nak betulkan kesalahan dia. Memang bagus pada part dia la.
Pada pembangkang dan BERSIH, bagaimana ia boleh diklasifikasikan sebagai BAGUS pula?

Aku tak nampak lagi. Kalau part dapat kuasa dan pangkat memang ya la bagusnya pada pembangkang kot. 

Hihi.

By the way. 

Secara tak langsung pembangkang mendedahkan dan mengakui kelemahan mereka. Mereka memang tak mampu nak menjatuhkan Najib.

Mahathir duduk kat tengah-tengah dalam deklarasi rakyat.
Ia bermaksud yang hadir dan sign tu mewatakkan Mahathir sebagai leader.
Mana maruah pembangkang kat situ?
Aku rasa bawah tapak kaki aku pun takde neh. Dulu ada juga terselit-selit. La neh dah hilang. Kat bawah lagi la kot. Ye tak?

Kena faham situasi.
Hari-hari kau canang. Kau kata Mahathir jahat. Dari bulan ke tahun. Dari tahun ke dekad.
Mahathir jahat.

Ia dah tertanam dalam penyokong-penyokong kamu. 
Pembangkang menggunakan label yang bukan sahaja menghina bahkan main peribadi. Siap kutuk-kutuk rambut Siti Hasmah lagi. Tak ingat dah ke?

Dan secara tiba-tiba hari neh shake hand dengan Mahathir dan fikir semua orang patut terima tindakan pembangkang?

Salah tu abang, salah.

Ibarat melentur buluh dari rebung.
Anak-anak kecil yang ditanam dengan zikir Mahathir jahat kini dah dewasa.
Mereka dah difahamkan bahawa Mahathir tu jahat. TITIK.

Siapa yang fahamkan? Yang tanamkan? Yang ajarkan?

Abang-abang pembangkang juga.
Kakak-kakak pembangkang juga.
Pakcik, makcik, datok, nenek pembangkang juga.

Jadi apabila kamu sendiri shake hand dengan ketua perompak, maka apa yang peliknya kena kutuk?

Kamu yang ajar kami kutuk-kutuk. Maka kami kutuk la. Benda neh kan kami belajar dari kamu. Tunjuk ajar ku sifu. Tak gitu mentor-mentor ku? Kami ini la protege2 kamu. Berbangga la cikit. Tepuk-tepuk.

Apa yang berlaku jika Najib jatuh?

- BN dapat leader baru.
- Mahathir puas ahti.

Adakah Najib akan ke penjara?
Adakah isu 1MDB berjaya diselesaikan?
GST dimahsuhkan?
Bebas ke rakyat dari menanggung kadar faedah yang tinggi dari pinjaman luar yang dibuat menerusi 1MDB?

Ini perkara-perkara yang pembangkang patut highlightkan kalaupun dah kemaruk sangat nak bercinta dengan Mahathir.

i. Pulihkan institusi PDRM, SPRM blablabla tu? Macam mana? Setakat sign deklarasi je? Orang yang bersumpah pun relax je tak laksanakan sumpah. Ini setakat sign aje. Jangan buat lawak bangang bleh tak?

Nak pulihkan pembangkang yang hancur ranap pun tak terdaya. Nak pulihkan krisis DAP - Azmin pun ke laut. Itu isu dalam tangan sendiri. Kuasa yang sendiri pegang. Lagi nak pulihkan sesuatu yang bukan dalam tangan. Hadoi. Ketawa je Mahathir gelakkan kome tau tak.

ii. Jatuhkan Najib. Oke. Zahid naik. Oke. BN kekal. Oke. Macam mana ini beri nilai tambah kepada hasrat pembangkang yang mahu memerintah negara. Bagi la plan sikit. Sebab aku tak nampak jalan-jalan ke arah itu wujud. Bukan pasal deklarasi rakyat neh. Tetapi cara pembangkang tu sendiri bermasalah. Tindakan lain, hasrat lain. Beria baling mic. Kutuk melayu itu ini. Sekali kau sendiri salam Mahathir. Lawak-lawak. Aku rasa 10 tahun pun tak basi lawak neh.

iii. Selamatkan negara. Saya cabar kamu kata Kit Siang. Cabar apa? Selamatkan negara apa? Kat Penang ratusan penduduk kena halau pun apa tak hel. Tak mampu nak selamatkan. Isu tambak tanah pun tak settle. Ini ko sembang bab selamatkan negara. Sila selamatkan Penang dari tangan anak ko dulu la woi.

iv. Maria Chin siap cakap jangan ungkit kesilapan lampau Mahathir. Sikit pun dia tak mendesak kepada reformasikan SPR untuk demand Mahathir.

Flip flop.
Tidak konsisten.
Tidak strategik.
Tiada plan.
Tiada halatuju.
Tiada matlamat.
Lepas tu buta-buta nak cabar orang. Hadoi Kit Siang. P rehat la. Tolong. Wan Azizah lagi aku respect sebab dia tak hadir meskipun dibekap dengan alasan-alasan bangang selepas itu.

Dia cerita dia macam neh.

Yang aku nampak la. Puak2 pembangkang neh tak reti demand. Buta-buta kena main. Mahathir perlukan sokongan korang. So, demand la sikit benda-benda yang buat rakyat bengkek.

Ko nak aku sokong kau?
Ko nak aku hadir PC tu?
Kau nak aku sign deklarasi tu?
Ko tahu tak nanti aku kena troll?
So untuk biar jadi berbaloi, aku nak demand.
Ko tak setuju tu kau punya pasal.
Sebab dalam PC tu nanti cuma ada muka puak2 ko je.
Maka yang ruginya kau.
Bukannya aku.
Demo BERSIH 4 dua hari pun tak jalan.
Najib tak jatuh2 juga.
Ini setakat deklarasi rakyat yang ada muka puak2 kau.
Lagi la jahanam. 
Aku pembangkang tak rugi apa.
Sebab apa-apa hal kami ke pilihanraya.
Kamu, Mahathir nak jatuhkan Najib macam mana?

Hah, nampak?
Mahathir yang perlukan pembangkang.
Mahathir terdesak.
Tapi yang terhegeh-hegeh ialah puak2 pembangkang neh.
Siap main cabar-cabar orang lagi. Hadoi.

Ke, demand senyap-senyap?
Demand yang tiada kaitan dengan rakyat? Opocot. Jangan la marah. Teman tanya. Bukan menuduh. 

Hihi.

Nak selamatkan negara. Tiada salahnya dengan matlamat tersebut. Tetapi macam mana. Plan mesti nak ada. Itu satu perkara.

Siapa yang selamatkan negara tu?
Boleh ke diharapkan pada dia tu untuk selamatkan negara?
Boleh percaya ke?
Apa rekod lampau?

Ini satu perkara lagi.

Dari segi rekod. Kita tengok muka-muka pembangkang. Terpaksa geleng kepala.
Dari segi rekod. Kita tengok muka Mahathir dan ex-ex bien. Terpaksa geleng kepala sekali lagi.

Dari segi rekod. Kita tengok muka kita sendiri pula.
Lagi haram.
Ini muka-muka nak selamatkan negara?
Kau biar benar?

Jahanam-jahanam. Kita neh sebenarnya takde plan. Takde kekuatan. Dan takde kepercayaan umum pula tu. Serba serbi kecamuk dan bercelaru. Itulah kita sekarang neh.

HAHAHAHAHA.

Oke. Seriyus. Apa pun walaupun muka-muka kita neh takley diharapkan untuk selamatkan negara tetapi perlu juga kita lakukan sesuatu kan.

Almaklumla, BN pun dah kemain kemaruk susahkan kita.
Kepala BIEN tu dianggap rakyat sebagai punca utama kepada semua permasalahan tersebut.
Mungkin pembangkang nak pahatkan legasi.
Mereka antara muka-muka yang berjaya jahanamkan karier politik Najib.
Itu kalau Najib jahanam. Kalau pembangkang yang jahanam? Ah sudah. Makan tahun nak bina reputasi, kepercayaan dan keyakinan rakyat semula. Tak risau ke kawan?

Sejujurnya, sebelum selamatkan Malaysia perlu pembangkang belajar selamatkan parti dan negeri. Dalam parti sendiri bergolak bukan hanya krisis kepimpinan bahkan krisis berkaitan intergriti dan ketelusan. Belum masuk isu negeri. Skandal bukannya zero. Kalau lepas part tu fuhhhh.. bertubi2 keyakinan rakyat masyuk ke pembangkang semula tau. Bukan macam sekarang neh.

Ada sebab kenapa perkataan hipokrit dicipta. Ia bukannya untuk suka-suka. Wahai pembangkang sebelum rakyat panggil kamu pembangang negara, ubahlah diri sebelum beria ubah negara. 

Akhir. Layan gambar-gambar troll bawah neh. Kredit page Tentera Troll Kebangsaan Malaysia. Kita gelak pula sesudah seriyus.

KAH KAH KAH



 








Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...