Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 12 Mac 2016

Bukan Curi VICO, Tetapi Dizinkan Utk Bawa Balik - FOBN Kantoi Fitnah & Mengaibkan Org Ramai YG Mengambil VICO.

Dengan penuh kesedihan admin FOBN pun mengupdate ;

Sedihnya tengok sikap sesetengah orang ni. Seolah-olah mendapat untung atas kecelakaan orang lain.


Lori minuman coklat Vico kemalangan dan terbalik di Jalan Kuala Selangor, Klang tapi berebut ambil barang. Khabarnya polis dan larang tapi ambil juga.







Sedih la sangat. Sekali aku teranjang ko lapan belas kali baru la ko tahu erti kesedihan yang sebenar.





KAH KAH KAH!





Lori VICO terbalik. Kemalangan. 





Baca petikan berita BH kat bawah neh jap ;





Polis menafikan dakwaan bahawa orang ramai mencuri produk Vico seperti yang tersebar di laman sosial, selepas sebuah treler yang membawa muatan minuman itu terbalik dalam kemalangan di Kilometer 37.5 Jalan Teluk Intan menghala ke Klang di sini, semalam.  





Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah, sebaliknya berkata orang ramai membawa balik produk itu selepas mendapat kebenaran pengurus syarikat treler berkenaaan, memandangkan kebanyakan bungkusannya sudah rosak serta tidak boleh dijual.  Katanya, kejadian itu berlaku pada jam 5.15 pagi, apabila pemandu treler berkenaan gagal mengawal kenderaannya ketika melalui laluan berkenaan kerana keadaan jalan yang gelap.  





"Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang perlanggaran berlaku dan cuaca dalam keadaan baik. Namun keadaan jalan agak gelap berikutan tiada lampu jalan dipercayai menjadi punca treler ini terbabas, sebelum terbalik," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini. 

Ruslan berkata,  pemandu treler hanya mengalami kecederaan ringan di kepala manakala kelindannya bengkak di kaki kanan," katanya.  





Semalam, kemalangan treler itu menjadi viral di laman sosial apabila orang ramai didakwa mengambil kesempatan mencuri minuman berkenaan, sehingga menimbulkan kemarahan pelbagai pihak dengan menyifatkannya sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab. (rujuk)

Laa.. dah diberikan keizinan untuk bawa balik VICO2 yang bertaburan atas jalanan. Bukannya mencuri pun. Maka sia-sia la admin FOBN korang sedih tadi kan?

KAH KAH KAH

Slumber gila je update muka2 orang kat efbi dengan membayangkan depa2 tu pencuri, jenis tak bertanggungjawab, takde sifat perikemanusiaan dan simpati lepas tu kantoi fitnah. Dah kantoi pun bukannya nak minta maaf ke padam posting ke buat bodoh je sampai sekarang. Almaklumla, muka2 orang ramai dalam tu pada awalnya dicop sebagai tak bertanggungjawab. Siap kena hambur dengan komen2 negatif di ruangan komen dan status pelbagai netizens. Alih2 depa kena fitnah daaa.

Rujuk sini. Posting tu masih ada lagi tau.


Dan menteri-menteri2 Malaysia ;


KAH KAH KAH

Woi. Pergi semak posting-posting pro UMNO dulu sebelum sembang kencang boleh tak? Fitnah media sosial konon. Baru tegur sikit kena block. Tu bukan perangai Shabery Cheek ke? Siap ajar netizen guna function block lagi masa mula-mula dilantik sebagai menteri komunikasi.

Elak LIKE membuta tuli? Bodek membuta tuli takpe ke?

KAH KAH KAH

Geng2 pembangkang terfitnah sikit. Laju-laju korang serang. 
Geng2 sendiri sengaja fitnah. Diam pula.
Pirahhhhhhhhhhh mabok!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...