Rabu, 9 Mac 2016

ISIS Nak Culik Najib - Netizen Tak Percaya Cerita Zahid, Minta Bukti.

Kisahnya ;


Viral. (rujuk)

Sangat viral.

Semalam Zahid bercakap di parlimen bahawa ada cubaan menculik Najib oleh IS namun cubaan itu berjaya dihidu oleh PDRM dan rancangan berkenaan gagal.

Bukan hanya Najib bahkan Zahid dan Hishamuddin turut menjadi sasaran mangsa yang mahu diculik IS kata Zahid.

Aku tak pasti kenapa secara tiba-tiba Zahid buka cerita penculikan neh. Padahal isu neh dari tahun lepas lagi dia dah sebut. Kiranya macam ulangan je la. Mungkin nak tutup isu deklarasi Mahathir. Mungkin juga nak raih simpati ke atas Najib. Atau mungkin ada wakil rakyat yang bertanya di parlimen. 

Namun rata-rata netizens yang memberikan respon tentang isu penculikan tu memandang sini terhadap kenyataan berkenaan bahkan siap ditroll lagi.


Mula-mula kena troll.
Sekarang netizen mula mempersoalkan kebenaran cerita berkenaan.
Betul ke ada cubaan untuk menculik Najib?
Bodoh sangat ke penculik tersebut?
Kiri kanan bodyguard mengelilingi Najib, macam mana nak culik?
Dulu pernah ada orang cuba bagi surat ke Najib.
Itupun gagal bahkan siap ditahan polis dan disiasat lagi.
Inikan pula nak culik.
Apatah lagi kalau berlaku di Malaysia.
Bukan senang nak menculik Najib sorok-sorok.
Melainkan cubaan bunuh.
Itu mungkin logik.
Netizens juga mempersoalkan kredibliti Zahid dalam mengeluarkan kenyataan.
Terutamanya dalam isu Lahad Datu. 
Dulu Zahid pernah berkata bahawa pemimpin kanan pembangkang dikesan sebagai dalang dalam insiden Lahad Datu dan ianya akan didedahkan kepada umum. Dari tahun 2013 sampai membawa kepada 2016, haram Zahid dedahkan waima satu nama sekalipun. Kenapa tak dedahkan? Ke tersembang kencang depan media untuk sabotaj imej pembangkang? Ke tunggu babi terbang baru nak dedahkan nama-nama pemimpin pembangkang yang menjadi dalang dalam insiden Lahad Datu? 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...