Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 10 Mac 2016

Kantoi Lagi - Belanja 1.5b Utk PRU Tetapi Pulang 2.03b Ke Arab, Matematik Apa Ni Najib?


Ya. Itula yang dipersoalkan oleh Mukhriz Mahathir yang buat kira-kira tengah belanja derma yang Najib terima dari Arab Saudi bagi membiayai kempen pilihanraya ke 13 yang lepas.

Sebenarnya. Aku dah lost dalam siri penjelasan Najib dan BN dalam isu derma 2.6b.

Banyak jawapan yang bercanggah antara satu sama lain. 

Pendapat aku ini boleh jadi juga salah satu strategi BN.

Sengaja bercanggah itu, bercanggah ini last-last orang pening terus malas nak follow-up.
Hihi.

Baru-baru ini blog Din Turtle melaporkan kenyataan Mukhriz Mahathir yang mendengar sendiri pengakuan Najib bahawa BN telah membelanjakan 1.5b dari jumlah derma 2.6b untuk tujuan PRU.

Sedikit petikan laporan dari FMT ;
Datuk Seri Mukhriz Mahathir menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbohong apabila mengatakan sejumlah RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion yang diterimanya daripada keluarga Diraja Arab Saudi telah dipulangkan.
Ini kerana, kata bekas Menteri Besar Kedah itu, Najib pernah mengatakan dalam mesyuarat UMNO bahawa beliau telah membelanjakan sejumlah RM1.5 bilion dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“RM2.6 bilion yang dia (Najib) terima katanya dari derma Arab. Kalau tolak RM1.5 bilion belanja PRU13, maksudnya tinggal RM1.1 bilion. Macam mana dia boleh kata dia pulangkan RM2.03 bilion balik dekat Arab itu?
“Daripada RM1.1 bilion naik jadi RM2 bilion? Benda itu saya ingat budak kecil pun boleh faham yang angka-angka ini semua tak betul.
“Bohong punya bohong. Sudah jadi bertimbun-bertimbun, kita pun sudah tahu yang mana benar dan yang mana tak benar. Tapi yang saya ingat, lebih kurang 100 peratus tidak betul,” katanya ketika mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cawangan dan ahli UMNO sekitar Kota Bharu pada Isnin (rujuk).

Untuk rekod, blog Din Turtle pro UMNO tu dah kena block dengan SKMM (rujuk). Atas alasan kandungan dalam blog tersebut melanggar undang-undang negara (Najib/BN).

Langgar peraturan la sangat.

KAH KAH KAH

Apa pun betul point Mukhriz tu. AG kata 2.03b dah pulang ke Arab Saudi. Laporan tersebut bukan setakat hearsay atau bertaraf cincai. Ia dikeluarkan oleh peguam negara sendiri dan memang ber-rekod. Senang cakap kat sini kalau AG tak tipu maka Najib la tipu. Atau kalau Najib tak tipu maka AG la tipu. Tak mungkin kedua-duanya benar dalam satu masa yang sama tetapi tak mustahil pula kalau kedua-duanya menipu kita semua dalam setiap masa.

KAH KAH KAH

Fikir. Guna otak korang tu sekejap.

Najib bagitau kat mesy MT 1.5b dari 2.6b dah digunakan untuk dana PRU ke 13. Cakap dalam MT. Ada saksi. Mungkin ada minit mesyuarat juga kot. Yang tu aku tak sure. Yang pasti kalau nak saksi tu Mukhriz dah dedahkan. P saman dia kalau sungguh dia fitnah.

AG pula bagitau dalam satu laporan rasmi bahawa PM dah pulangkan 2.03b ke Arab Saudi selepas tamat PRU ke 13.

Tapi kalau ikut penjelasan Mukhriz, 2.6b tolak 1.5b tinggal 1.1b.

Macam mana duit tinggal 1.1b tapi pulang 2.03b?

Kenapa tak dedahkan rekod bank statement sebagai bukti?
Betul ke Najib belanja 1.5b untuk dana PRU?
Betul ke Najib pulangkan semula 2.03b ke Arab?
Tu semua perlukan bukti.
Ini bukan bertaraf tuduhan lagi. Sebab ia dah diakui sendiri oleh menteri bahawa derma itu wujud, aliran wang keluar masuk itu benar. Bahkan masuk dalam account peribadi Najib sendiri. Mula2 aku rasa bodoh juga PIEM kalau sungguh wujud derma 2.6b tu. Aku macam duduk kat tengah2 nak percaya antara tidak dengan laporan SR pada awalnya. Tapi tak sangka. PIEM kau betul2 bodoh bhai. Betul2 derma tu masuk dalam account peribadi dia. Gila ar.

So, jawab la soalan dari Mukhriz tu Najib dan Apandi Ali.

Ya atau tidak Najib dah belanja sebanyak 1.5b dari 2.6b untuk dana PRU? Jika ya macam mana boleh pulang 2.03b ke Arab. Apandi tipu ka apa ka? Jika Apandi benar maka Najib tipu la ek? Kat MESY MT plak tu. Ahli2 MT tak rasa apa ke minum air kencing Najib tu? Rasa oren ke apa? Kiki.

Dalam pada itu pembangkang turut menjelaskan bahawa nilai 1.5b tu sebenarnya dah tersasar dari jumlah yang sepatutnya digunakan untuk belanja PRU. Ah sudah. SPR nak siasat tak benda neh? Kata agensi yang adil dan bebas. Siasat la apa lagi. Saksi dah ada dah tu. Ka, adil taik kucing?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...