Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 9 Mac 2016

Lawan Najib - Pendebat Terbaik Asia Disekat, Diserang Bertali Arus Di Laman Sosial - Ini Ke Kebebasan Bersuara YG Dikatakan Najib?


Inila hakikat yang terpaksa ditelan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas Belia Challenger mengumumkan bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib Razak dan negara akan rosak jika terus ditadbir oleh individu berkenaan.

Challenger merupakan kumpulan belia dari pelbagai lapisan masyarakat yang dibarisi oleh pemimpin terkini, bekas pemimpin belia, penyokong kerajaan, pro-pembangkang, neutral, dan juga pemimpin masyarakat sivil. Syed Saddiq merupakan jurucakap kepada kumpulan belia berkenaan yang menghantar mesej kepada Najib Razak pada rabu lepas bagi menyatakan bahawa mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan Najib Razak.

Gabungan itu turut menyenaraikan beberapa perkara yang membimbangkan mereka yang berlaku di Malaysia dan antaranya ialah kegagalan Najib menangani dakwaan rasuah dan salah urus dana negara yang dibebani hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Selepas itu apa yang berlaku kepada Syed Saddiq ialah ;

1. Diserang bertali arus di laman sosial oleh cybertroopers UMNO.

2. Menerusi blog, twitter dan facebook. Bahkan CFO turut menyerang Syed Saddiq dengan ala-ala debate online menggunakan website THE NATION.

3. Apa yang aku nampak kat situ ialah, nampak sangat bebudak UMNO neh pentingkan pendapat Syed. Samada dia nak sokong Najib atau tidak, sapa kesah pun kan. Hak masing-masing. Tetapi puak2 UMNO tu sangat kisah. Apakah kerana Syed Saddiq mampu mempengaruhi golongan belia agar tidak mengundi BN pada PRU akan datang? Atau.. mampu mempengaruhi golongan belia pro UMNO agar turut tidak menyokong kepimpinan Najib? Jeng jeng jeng..

4. Tak sampai 24 jam Belia Challenger keluar kenyataan tolak Najib, dan-dan kumpulan belia pro Najib keluar kenyataan. (rujuk) Nampak tak sesuatu kat situ? Nampaknya geng2 UMNO betul2 nak memastikan bahawa kenyataan Belia Challenger tu sebenarnya tak menepati pemikiran belia semasa. Nampaknya macam mereka dah set dalam minda bahawa belia2 yang lawan Najib tu ialah SUATU ANCAMAN. Ada juga belia2 yang sokong Najib bahkan mungkin yang sokong Najib tu majoriti.. hehehe. Yeke? 

5. Tidak hanya diserang menerusi laman sosial bahkan turut didatangi oleh pihak polis untuk brainwash otak Syed Saddiq. (rujuk).

6. Dan yang terkini lapor Malaysiakini ;

Pemimpin belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa beliau disekat daripada berucap di dua universiti selepas menandatangani Deklarasi Rakyat yang menuntut penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pembaharuan institusi.

"Saya kecewa dengan campur tangan saat akhir Kementerian Pengajian Tinggi yang menghalang saya daripada bercakap di Uniten (Universiti Tenaga Nasional) dan Usim (Universiti Sains Islam Malaysia) disebabkan oleh kontroversi yang tidak berasas.

"Ini adalah program yang pada mulanya diluluskan oleh universiti masing-masing.

"Saya dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa saya akan membawa masuk 'provokasi luar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Saddiq yang dikenali sebagai pendebat utama Asia, berkata beliau dimaklumkan bahawa program berkenaan ditangguhkan sehingga "senario politik menjadi lebih baik".

Beliau dijadualkan untuk bercakap mengenai nasib Palestin, krisis pelarian dan kerja-kerja sukarela di kalangan belia.

"Ini hanya menunjukkan bagaimana terhadnya kebebasan akademik di universiti di Malaysia.

"Saya tidak tahu, saya boleh menjadi ancaman kepada pelajar universiti dengan hanya membincangkan tentang nasib saudara-saudara kita di Palestin," katanya.

Nampak?
Kritik Najib terus kena sekat.
Umum tak sokong Najib terus kena siasat.
Padahal dia masuk U tu untuk berucap tentang Palestine jek pong.
Perlu ke sekat dan halang bagai sampai batalkan program?
 
Syed turut mengkritik Najib tentang isu 1MDB. Dan kesannya, cybertroopers UMNO secara berkumpulan serang Syed Saddiq guna blog la efbi la twitter la. Dah dekat 3 hari aku nampak depa dok ulang2 benda sama untuk attack Syed Saddiq. Mana ada kebebasan bersuara kat Malaysia neh. Mungkin terpakai pada sesetengah individu. Tetapi pada kebanyakan yang kritik Najib atau BN, kebebasan bersuara tak tertakluk pun ke atas diri mereka. Bahkan dibayangkan seolah2 mereka2 tu sedang melakukan kebebasan menfitnah. Haiyoo.

Kebebasan suara sokong Najib ada la. Adil ke macam tu Najib. Kita tanya dia balik.

Itu baru kes kecik. Tak masuk lagi kalau dalam bab ko ada bukti-bukti kesalahan pemimpin. Macam-macam boleh jadi pada kau. Bila guna duit tak jalan untuk beli bukti/tutup mulut kau, maka dengan cara ugut. Undang2. Dakwa. Kalau itupun tak jalan juga? Doa banyak-banyak. Minta dijauhkan diri dari tong dan simen la jawabnya. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...