Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 Januari 2020

SPRM Tak Patut Dedah Audio, Salah Tetap Salah Kata Peguam.

Alan Azlan | “Betul ke Najib salah macam apa yang aku dengar dalam video tu?”

—————————————
Dengar sini baik-baik. Korang semua tanya soalan yang salah dan batil sebatil-batil Firaun. 


Soalan yang patut korang tanya adalah “Boleh ke tak Kak Tipah buat macam tu?”

SPRM ni sis adalah suatu agensi kerajaan yang ditubuhkan dibawah Jabatan Perdana Menteri yang diberi kuasa untuk mencegah segala mak nenek rasuah kat Malaysia ni.

Perkara yang berkaitan dengan pertuduhan mana-mana pihak adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara.

Akta yang berkaitan adalah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 [Akta 694].

Jadi apa yang berkaitan dengan rasuah dan pencegahan dalam bentuk pertuduhan jenayah adalah terangkum dalam Akta 694 itew.

Tugas SPRM sebagai agensi kerajaan ni adalah dengan niat suci hati untuk mencegah rasuah dalam negara kita.

Suci hati tu maksudnya ala-ala sesuci Maya Karin dalam Ombak Rindu tu. Ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab statutori dia melalui proses undang-undang yang betul. Inilah yang kita panggil “due process of the law”.

“Due process of the law” pulak sis maksudnya kena menerusi proses yang undang-undang dah sediakan. Lebih jelas lagi kalau ada bukti-bukti yang dijumpai dan dipercayai ada kaitan dengan seseorang dalam penglibatan aktiviti rasuah, maka undang-undang memperuntukkan untuk laporan dibuat kepada pihak berkuasa dan sekiranya Peguam Negara berpuas hati terdapat kes maka pendakwaan boleh dibuat.

Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Rakaman suara disebarkan di media.

Sangat salah dan tak beretika.

Aku ulang lagi sekali. SANGAT SALAH DAN TAK BERETIKA.

Bukan tanggungjawab Kak Tipah untuk sibuk-sibuk buat sidang media untuk zahirkan apa yang dia percaya berlaku. Tugas dia adalah untuk menecegah jenayah rasuah, sekiranya benar terdapat jenayah rasuah, melalui pendakwaan yang akan ditentukan di Mahkamah. Bukan melalui Mahkamah yang dipanelkan oleh rakyat netizen sekelian alam.

Kalau betul Kak Tipah percaya Najib telah dengan curang melakukan kesalahan jenayah rasuah tu, Kak Tipah patut bekerjasama dengan otoriti yang lain untuk pastikan keadilan dicapai menerusi proses undang-undang2. Bukannya melalui perspektif dan pandangan-pandangan tak matang dan tanpa asas dari netizen.

Beban pembuktian adalah terletak pada bahu Pendakwaan dan Tertuduh perlu diberi keadilan untuk membela diri sewajarnya - juga melalui undang-undang.

Apa tujuan sebenar nak sebarkan bukti di media aku tak tau tapi sebagai peguam aku yakin tindakan tu salah. Terlalu salah.

Politik bukan dan tak sepatutnya menjadi sebahagian dari sistem keadilan negara kita.

Medan perjuangan dalam sistem keadilan adalah menerusi undang-undang yang akan ditentukan hanya DAN HANYA di Mahkamah. Bukan tempat lain.

Ada beza antara “securing public interest” dengan “inciting public opinion”. Beza sangat-sangat.

Ilmu Kak Tipah dalam bidang undang-undang aku akui sangat dalam. Dia dulu adalah ahli Badan Peguam Malaysia dan dia pernah bagi nasihat kat aku pasal isu video Bedah dulu dan aku hargai tapi aku taknak berkompromi dalam hal ni. Salah tetap salah.

Pada yang lain, aku nasihatkan sudah sudahlah tu hina dan perli Najib dan Rosmah. Berlaku adil la kat diaorg.

Let the law and only the law run its course.

Korang nak cakap aku macai ke penjilat ke apa lantaklah. Sebagai peguam, kiblat aku adalah Perlembagaan Malaysia dan undang-undang yang sedia ada. Itu sahaja.

Sekian.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...