Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 7 Januari 2020

Dulu PM Kata Cukai Gula Untuk Program Sarapan Percuma, Kerajaan Ada Duit, Sekarang PSP Perlukan Dana Swasta..

POLITIK | Pada 19 March 2019, Perdana Menteri Tun Mahathir dipetik sebagai berkata;

"Mulai tahun depan, kerajaan akan menggunakan hasil daripada cukai gula bagi menyediakan sarapan percuma dan sihat kepada murid sekolah rendah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi membolehkan kanak-kanak sihat dan bertenaga untuk memulakan sesi persekolahan".

Kenyataan Perdana Menteri ini disiarkan oleh portal Berita Harian.

Rujukan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/542790/hasil-cukai-gula-biaya-program-sarapan-percuma-murid

Seterusnya Cukai Gula dilaksanakan pada 1 April 2019.

Dan pada 6 Januari 2020, portal The Malaysian Insight telah membuat pendedahan yang mengejutkan.



Menurut portal itu, Kementerian Kewangan tidak mengeluarkan peruntukan langsung bagi membiayai Program Sarapan Percuma, sebaliknya ditaja oleh pihak swasta. 

Dan itulah punca utama kenapa bagi fasa pertama hanya 100 buah sekolah sahaja terlibat.

Berikut adalah apa yang dilaporkan The Malaysian Insight;

1. 3 sumber berbeza telah memberitahu kepada wakil portal TMI bahawanya program PSP tidak dibiayai MoF. 

2. PSP dianggarkan akan menelan belanja RM1.67 billion.

3. "Kabinet meluluskan PSP, tetapi tiada peruntukan," petik sumber itu yang dilaporkan TMI.

4. Buat masa ini, MoE sedang menggunakan peruntukan yang memang diselaraskan kepada kementerian itu.

5. Dan dalam masa yang sama sedang mendapatkan bantuan luar, dengan kerjasama PNB.

6. PNB dikatakan akan mengetuai usaha bagi mendapatkan dana, sumbangan dan tajaan pihak swasta bagi menjayakan PSP.

7. Perbincangan dengan PNB telah bermula sejak September tahun lepas.

Sebagai rekod, pada 28 Ogos 2019, sekali lagi Tun Mahathir mengulangi kenyataannya, bahawa kerajaan mempunyai wang untuk melaksanakan Program Sarapan Percuma bermula tahun 2020.

Rujukan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/601034/kerajaan-ada-peruntukan-laksana-program-sarapan-percuma-pm

Pada awalnya Tun menjelaskan Cukai Gula diperkenalkan untuk laksanakan PSP tetapi kemudiannya Tun berkata kerajaan akan menggunakan duit dari agensi lain bagi menjayakan program tersebut. - 7 Januari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...