Portal itu melaporkan begini;
1. Pada 27 Disember 2019, PM telah memberikan surat 17 perenggan kepada Maszlee Malik. Surat itu dihantar ke Pejabat Parlimen Simpang Renggam.
2. Surat tersebut menyatakan beberapa tindakan Maszlee dilihat melemahkan sokongan rakyat ke atas kerajaan.
3. Masalah pembekalan internet di sekolah, mewujudkan polisi sarapan percuma dan pengenalan jawi - ini adalah 3 punca kenapa Maszlee dinasihati berhenti daripada menjadi Menteri Pendidikan.
4. Ketika menerima surat itu, Maszlee Malik sebenarnya sedang bercuti di Amerika Syarikat bersama keluarganya.
Portal The Malaysian Insight mengesahkan telah membaca kandungan surat mengarahkan Maszlee meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada 4 Januari sebelum melaporkan ke dalam portal itu pada 5 Januari.
Kesemua tindakan-tindakan Maszlee itu dianggap telah meletakkan kerajaan dalam keadaan yang sukar.
Pihak kami telah menghubungi pegawai Maszlee Malik untuk mengesahkan kandungan laporan tersebut. Setakat ini belum lagi menerima apa-apa jawapan balas diatas soalan yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp itu.
Dalam perkembangan berkaitan, sejurus Maszlee diarahkan berhenti dari Menteri Pendidikan, halaman Facebook yang sering memaparkan sokongan ke atas Maszlee membuat beberapa poster yang memerli YTL dan Siti Kasim yang dikatakan akan gembira di atas pemecatan Maszlee Malik.
Siti Kasim dikaitkan dengan bantahan keras terhadap pengenalan jawi yang sebenarnya telah pun bermula sejak tahun 2015 lagi.
Manakala isu internet pula dikaitkan dengan pembatalan tender YTL. YTL sebelum ini dikaitkan dengan projek kroni, yang membekalkan internet kepada pihak sekolah. Tetapi guru-guru seringkali mengeluh dengan internet tersebut kerana tiada sambungan stabil dan menyukarkan kerja cikgu-cikgu.
Sebaliknya cikgu-cikgu terpaksa melanggan internet sendiri bagi menyiapkan tugasan masing-masing.
Maszlee yang mengambilberat masalah tersebut bertindak membatalkan kontrak YTL dan membuat tender terbuka untuk mendapatkan syarikat yang mampu membekalkan sambungan internet yang lebih stabil bagi memudahkan tugasan cikgu.
Sebagai rekod, syarikat YTL dikaitkan sebagai kroni utama dan paling penting bagi pemimpin gergasi negara. - 5 Januari 2019.