Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 7 Januari 2020

Pengakuan Dong Zong Kepada Wakil iGuru, Akan Lakukan Apa Sahaja Demi SJKC, Tolak Sekolah 1 Aliran.

Mohd Azizee Hasan | Hari ini saya menjejaki Bangunan Dong Zhong bersama beberapa pimpinan tertinggi iGuru untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap Dong Zhong berhubung polemik tulisan jawi.


iGuru diwakili saya bersama Ust Agus Lokman Timbalan Presiden dan Dr. Sharifah Hanum bt Syed Sahuri. Manakala pihak Dong Zhong diwakili En. Ng Chai Heng selaku Setiausaha Agung dan En Yap Heng Lung Eksekutif Projek Silang Etnik dan Budaya.

Meskipun di permulaan diskusi agak tenang tetapi ia menjadi semakin panas ketika membahaskan isu sekolah satu aliran dan polemik tulisan jawi. Pihak Dong Zhong tegar menolak pembelajaran jawi di tahun 4 SJKC dan SJKT dan berkeras supaya hal keputusan pembelajaran tulisan jawi di serahkan kepada Lembaga Pengelola Sekolah bukan pihak PIBG , ibubapa dan murid- murid.

Pihak iGuru telah menjelaskan pendirian tegas membantah tindakan Dong Zhong yang cuba mencabar kedudukan Bahasa Melayu dan menyeru untuk menghormati apa yang termaktub di dalam perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan.

Kesimpulan yang dapat difahami ialah ;

1. Dong Zhong melihat naratif pendidikan melalui kacamata perspektif "kecinaan" dan menganggap kewujudan sekolah- sekolah cina sudah lama bertapak dan British mengiyakan perkara tersebut.

2. Dong Zhong menolak konsep sekolah satu aliran dan memperjuangkan konsep multi language. Ini bererti pihak Dong Zhong akan terus berjuang untuk pengekalan sekolah vernakular.Sehingga kini terdapat 80 buah sekolah SMPC.

3. Perjuangan Dong Zhong merentasi parti dan meletakkan identiti, bahasa dan budaya mesti dipelihara melalui pendidikan. Justeru badan yang paling berkuasa ialah Lembaga Pengelola Sekolah ( LPS). Sebarang keputusan pihak KPM tanpa mengambil kira perbincangan LPS akan membawa konflik antara dua pihak.

4. Dong Zhong menganggap pembelajaran jawi adalah satu bentuk islamisasi. Ia turut disokong pihak kaum India yang mendakwa ramai anak india memeluk islam disebabkan belajar tulisan jawi walaupun ini hanya tuduhan tidak berasas.

5. Dong Zhong konsisten memzahirkan sikap rasis dalam memperjuangkan pendidikan cina. Oleh itu kakitangan dan staf adalah mereka di ambil dari mereka yang boleh bercakap Bahasa Cina.

6. Dong Zhong tidak menggunakan silibus sejarah yang ditetapkan pihak KPM. Mereka menggubal kurikulum sejarah menurut perspektif sendiri dan memasukkan lebih banyak kandungan berkaitan sejarah dunia berbanding sejarah Malaysia. Mereka melihat penulisan sejarah negara dimanipulasi orang politik. Hakikatnya mereka gagal memahami sejarah negara dengan tepat dan betul.

7. Dong Zhong kekal ekstrim dan bersifat cauvinis dalam mempertahankan pendidikan kaum cina meskipun berdepan ugutan mana- mana pihak termasuk kerajaan yang memerintah. Bagi mereka kepentingan kaum itu adalah mempertahankan identiti dan bahasa mereka. Oleh itu mereka akan all out untuk hal tersebut dari sudut kewangan dan fasiliti.

8. Dong Zhong menganggap sistem pendidikan sedia ada hanya mementingkan satu kelompok sahaja iaitu mereka yang belajar di SK manakala murid- murid di SJKC/ T dipinggirkan atau berlaku diskriminasi. Sebenarnya pihak Dong Zhong menolak untuk menerima sistem pendidikan aliran perdana.

Semoga rumusan ini adalah permulaan mengkaji lebih mendalam sistem pendidikan kelolaan Persekutuan Persatuan- Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia.

iGuru akan terus memberanikan diri berdepan dengan pihak Dong Zhong secara lebih berdepan dalam mempertahankan kepentingan nasional.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...