Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 11 Januari 2020

Najib Tegur Teresa, Data MPOB Buktikan Eksport Sawit Menurun..

Najib Razak | Di sebalik propaganda PH hari ini bahawa eksport sawit telah meningkat pada tahun 2019 lepas, data rasmi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menunjukkan jumlah nilai eksport semua produk sawit terus menurun tahun lepas.


Data kerajaan sendiri menunjukkan jumlah nilai eksport yang menunjukkan trend menaik sebelum PRU14 masih menurun selepas PRU14.

Pada tahun 2017, eksport sawit negara bernilai RM74.8 bilion tetapi ini jatuh ke RM65.4 bilion pada tahun 2018 dan terus jatuh lagi ke RM63.7 bilion tahun lepas.

http://bepi.mpob.gov.my/index.php/en/statistics/export.html

Ini ialah kejatuhan nilai eksport sebanyak RM11.1 bilion berbanding tahun 2017 di bawah BN.

Industri sawit bimbang bahawa trend penurunan akan bersambung tahun 2020 ini apabila negara pengimport sawit terbesar dalam dunia India mengharamkan import produk sawit diproses minggu lepas.

India biasanya mengimport minyak sawit diproses dari Malaysia dan minyak sawit mentah dari Indonesia.

Ini bermakna kesan kepada Malaysia akibat pengharaman ini adalah jauh lebih besar.

Produk sawit yang diproses merupakan produk sawit yang telah ditambah nilai.

Oleh itu, nilai eksportnya adalah lebih tinggi berbanding eksport minyak sawit mentah belum diproses.

Besar kemungkinan juga ialah nilai eksport yang jatuh ketara adalah akibat Malaysia sekarang terpaksa memberi diskaun berbanding harga pasaran semasa menjual sawit kita..

"November 14, 2019: India resumes buying Msian palm oil as Kuala Lumpur offers discount - Traders"

https://www.nst.com.my/business/2019/11/538622/india-resumes-buying-msian-palm-oil-kuala-lumpur-offers-discount-traders

Lagi membimbangkan ialah data MPOB menunjukkan jumlah pengeluaran sawit Malaysia mengalami kejatuhan yang agak besar sejak 6 bulan yang lepas.

Misalnya jumlah pengeluaran pada bulan Disember 2019 ialah 1.33 juta tan manakala pengeluaran bulan Disember 2018 adalah 1.81 juta tan.

Ini adalah penurunan hampir setengah juta tan berbanding tahun lepas.

Sebab utama ialah pembajaan yang telah mengurang sejak tahun 2018 selepas PRU14.

Ataupun penurunan pengeluaran ini adalah akibat ladang sawit diganti dengan ladang buluh seperti disaran Menteri PH?

Pengeluaran yang semakin rendah menyebabkan Malaysia tidak dapat mengambil kesempatan harga minyak sawit yang sedang memulih.

Pada masa pengeluaran sawit Malaysia menurun, pengeluaran di Indonesia terus meningkat pula.

Saya harap Menteri Teresa sedar dengan situasi ini.

Tetapi saya bimbang dia belum sedar akibat terlebih minum sawit masa dia meraikan kemenangan PH di Tanjung Piai.

Sebab itu, tolong sebarkan posting ini supaya Teresa sedar dan memberi penjelasan apa langkah kerajaan PH akan ambil untuk menangani situasi ini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...