Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 November 2019

SPRM Mengaku Tersilap Hantar Surat Ke PKR, Netizens Kata Ada Campurtangan..

SOSMED | Nampaknya, kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang mengakui pihaknya terkhilaf kerana mencadangkan tindakan tatatertib kepada dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menimbulkan spekulasi dikalangan netizens.

SPRM mengesahkan kesilapan itu dilakukan oleh Ketua Cawangan Laporan dan berkata mengikut garis panduan tatatertib SPRM, laporan salah laku itu hanya boleh dihantar kepada agensi kementerian Kerajaan Persekutuan atau negeri

“Bagaimanapun, garis panduan itu tidak tertakluk kepada mana-mana parti politik.

“Malah, bukan menjadi polisi kepada SPRM untuk membuat laporan sedemikian kepada parti politik berhubung salah laku ahlinya,”
jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.


Respon netizens;




Berdasarkan semakan, rata-rata netizens beranggapan parti politik ataupun pihak berkepentingan telah masuk campur bagi membersihkan PKR dari dakwaan salahlaku rasuah.

Kerana itulah SPRM bersikap uturn.

Sebagai rekod, apa yang berlaku ialah SPRM tidak membersihkan dakwaan rasuah ke atas pihak yang dinamakan sebaliknya hanya mengakui terkhilaf dari segi SOP.

Surat saranan SPRM dihantar kepada PKR pada 21 Oktober 2019 yang lalu, hanya pada 24 November 2019, barulah parti memutuskan untuk memecat dua pemimpinnya yang terlibat dalam dakwaan rasuah selepas melakukan siasatan dalaman.

Bagi pemerhati politik, tindakan SPRM itu dibaca sebagai alasan untuk mendesak pemecatan 2 pemimpin PKR itu ditarikbalik kerana SPRM telah pun uturn dalam tindakannya. - 25 November 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...