Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 29 November 2019

20 Juta Untuk Kereta Terbang? - Apa Yang Kita Tahu Setakat ini.

POLITIK | Pak Wan ataupun nama sebenarnya Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dilanda kontroversi lagi.


Masih lagi berkisarkan isu kereta terbang. Sebelum ini kerajaan telah menyatakan beberapa kali projek kereta terbang tidak menggunakan dana awam.

Baca sini : https://peraktoday.com.my/2019/07/kereta-terbang-tak-guna-sesen-pun-duit-rakyat/

Dalam kenyataan di atas, Pak Wan menegaskan di Parlimen, projek kereta terbang tidak menggunakan dana awam.

Kenapa hal itu dibangkitkan pada 2 Julai 2019? Ia adalah kerana Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh memaklumkan pihak PAC sedang membuat siasatan terhadap dana pembiayaan projek kereta terbang, meskipun Menteri Usahawan pernah berkata projek tersebut tidak dibiayai dana kerajaan.

Baik. Pada 17 Oktober 2019, sekali lagi Pak Wan bercakap mengenai kereta terbang. Kali ini ia mengenai kereta terbang kedua meskipun kita belum lagi kenal rupa kereta terbang pertama setakat ini.

Baca : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/507927/kereta-terbang-kedua-negara-tahun-depan

Sekali lagi hal ini menjadi kontroversi dan rakyat tertanya-tanya apakah ia menggunakan dana awam.

Sebagai rekod, kereta terbang yang difahami oleh Pak Wan ialah merupakan sejenis super dron.

Pada 20 November 2019, sekali lagi Pak Wan menegaskan di Parlimen, projek kereta terbang tidak menggunakan dana awam.

Baca sini : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/630302/kerajaan-tak-bagi-dana-untuk-kereta-terbang

Kenapa hal ini ditimbulkan?

Kerana : "Kenyataan pemaju sistem pengangkutan udara tempatan, Aerodyne Group, yang mengumumkan satu pusingan pelaburan Siri B bernilai AS$30 juta (RM125.62 juta), diketengahkan pada 16 Oktober lalu" (Berita Harian).

Pada 28 November isu tersebut bertambah sensasi apabila PAC sendiri mengumumkan RM20 juta dana awam telah dilaburkan ke atas Aerodyne Venture.

Baca sini : https://www.sinarharian.com.my/article/59518/BERITA/Nasional/PAC-gesa-audit-dana-RM20-juta-projek-kereta-terbang

Pak Wan menafikan pelaburan itu adalah bertujuan untuk membangunkan projek kereta terbang.

Baca sini : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/633076/rm20-juta-daripada-might-bukan-untuk-projek-kereta-terbang

Siapakah Aerodyne Venture ini?

Syarikat yang membuat projek super drone (yang Pak Wan fahami sebagai kereta terbang).

APA KATA PAC? : PAC dalam laporannya mengenai projek super drone yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, dan turut dimuat naik di laman web PAC, menyatakan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, membuat pengumuman terlalu awal mengenai projek berkenaan.


Menurut laporan berkenaan, PAC mendapati MIGHT melalui VentureTech Sdn Bhd (VTSB) meluluskan pelaburan dalam Aerodyne sebanyak RM20 juta yang disalurkan pada 1 November lalu.

PAC juga meminta Jabatan Audit Negara membuat pengauditan terhadap pelaburan RM20 juta itu.


Siapakah MIGHT? : Agensi yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

1 NOVEMBER 2019 - ialah tarikh MIGHT melaburkan RM20j ke dalam Aerodyne.



18 NOVEMBER 2019 - Pak Wan dengan bangganya mengumumkan di Parlimen yang beliau akan menaiki kereta terbang.


Nampak kan?

Pihak kami tidak melakukan apa-apa dakwaan dan tuduhan disini. Pihak kami sekadar menunjukkan tarikh pelaburan dan tarikh pengumuman amatlah dekat. Apakah ia ada kaitan tertentu? Diharapkan PAC boleh menyiasat lebih lanjut. - 29 November 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...