Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 24 November 2019

Nelayan Tanjung Piai Dah Terima Bantuan Khas Elaun RM1,000.

DENGAN KEMASKINI 24 NOVEMBER 2019, 1.40 PETANG.

POLITIK | Walaupun #PRKTanjungPiai telah habis tetapi cerita tentang Tanjung Piai belum tamat lagi. Kali ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata ada nelayan yang menelefonnya dan meminta bantuannya untuk bertanyakan kepada Menteri Besar Johor, bilakah elaun nelayan akan diagihkan kepada mereka.
 

"NELAYAN TANJUNG PIAI TUNTUT JANJI RM1,000

Pagi tadi Abang Mat dari Kampung Jeram Batu Tanjung Piai telefon saya minta Pemuda UMNO bantu bertanyakan JANJI Menteri Besar Johor untuk menyalurkan bantuan RM1,000 kepada Nelayan-nelayan di Tanjung Piai. 


Hari ni sudah masuk minggu kedua janji Kerajaan PH Johor yang kononnya hendak sampaikan wang sumbangan tersebut minggu lalu. Apakah ini satu lagi siri-siri penipuan PH kepada rakyat?," soalnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Berdasarkan kepada beberapa laporan yang tersebar, kerajaan terdahulu memberikan elaun berjumlah RM2,000 kepada nelayan di Johor. Namun pemberian elaun itu telah tertangguh sejak tahun 2016. 


Dan pada 2019, kerajaan PH membawanya semula semasa berkempen di PRK Tanjung Piai namun menolak dakwaan ia adalah gula-gula PRK.

Terdapat poster viral yang berkata bahawa elaun nelayan telah dibayar pada 19 November 2019 yang lalu, dan berdasarkan semakan secara online, pihak kami mendapati maklumat itu adalah benar.

Lihat;



Mengikut kenyataan Menteri Besar Johor, pemberian elaun akan diberikan secara berfasa dan diberikan secara bersemuka. 

Ia akan membabitkan tiga majlis berbeza iaitu;

Gelang Patah dan Pulai yang melibatkan 432 nelayan.

Pasir Gudang, Johor Bharu dan Tebrau yang melibatkan 537 nelayan.

Pontian dan Tanjung Piai yang melibatkan 544 nelayan.



Setakat ini nelayan di Gelang Patah, Pulai, Pasir Gudang dan Tebrau telah menerima elaun masing-masing pada 16 dan 18 November lepas.

Pihak kami dimaklumkan, bagi nelayan di Tanjung Piai dan Pontian, mereka mendapat elaun khas RM1,000 pada tarikh 19 November 2019.

Bantuan elaun ini bertujuan meringankan serba sedikit beban kos sara hidup nelayan. - 24 November 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...