Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 November 2019

Pegawai Syed Saddiq Lapor Polis Atas Kenyataan Fitnah Lokman Adam.

KENYATAAN MEDIA | LAPORAN POLIS DAN SPRM UNTUK STATUS BERUNSUR FITNAH OLEH DATO’ LOKMAN NOOR BIN ADAM

1. Pada 24 November 2019, jam 21:16 UTC+1, Dato’ Lokman Noor bin Adam, Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah memuat naik sebuah status di Facebook yang berunsur fitnah.

2. Salinan teks status itu ada disertakan di bawah.




3. Dalam status ini, Dato’ Lokman menggunakan kata-kata dan soalan-soalan retorik yang berunsur fitnah secara tidak langsung untuk menimbulkan persepsi tidak benar bahawa YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan telah menggunakan pengaruh beliau untuk menganugerahkan kontrak-kontrak kepada beberapa syarikat secara korup dan tidak ikhlas.


4. Antara kata-kata yang digunakan untuk menimbulkan keraguan dan syak kepada umum adalah, “Tidak adakah syarikat lain yang lebih berkelayakan? Adakah penganugerahan kontrak ini bersih dari elemen rasuah, salahgunakuasa dan kronisma?” (Teks penuh ada disertakan di Bahagian seterusnya)

5. Maklumat-maklumat yang dikepilkan bersama status beliau tersebut adalah maklumat umum yang boleh diakses di laman e-Perolehan. Penerima kontrak (pemenang tender) juga adalah syarikat-syarikat yang membuat bidaan terbuka (open tender) yang mana jawatankuasa penilaian tender membuat penilaian dan keputusan secara bebas daripada pengaruh menteri. Ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk membuang pengaruh politik dalam urusan profesional kerajaan dan memastikan kebebasan perkhidmatan awam (independence of the civil service) daripada tekanan ahli politik.

6. Sememangnya seorang Menteri perlu menjawab soalan yang dikemukakan oleh rakyat, namun soalan perlulah dibuat dengan tertib dan hormat. Antara saluran yang boleh digunakan adalah dengan menyoal Menteri secara lisan atau bertulis di Parlimen melalui mana-mana ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Ini selaras dengan komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk memastikan ketelusan dalam urusan perolehan kerajaan (government procurement).

7. Status Dato’ Lokman ini ternyata hanya bertujuan untuk merosakkan kredibiliti YB Syed Saddiq tanpa mengemukakan bukti bahawa YB Syed Saddiq ada mempengaruhi apa-apa keputusan tender yang disebutkan. Kesannya boleh dilihat di ruangan komen yang mana ramai pengguna Facebook memuat naik komen yang mempercayai fitnah yang cuba disampaikan oleh Dato’ Lokman secara berkias.

8. Tuduhan seperti ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung, adalah berunsur fitnah (defamatory) dan dibuat secara tidak suci hati (mala fide) untuk merosakkan reputasi peribadi (character assasination) dengan menggambarkan YB Syed Saddiq sebagai seorang Menteri yang menggunakan kaedah yang korup dan tidak ikhlas untuk mempengaruhi pertimbangan profesional (professional judgement) para penjawat awam.

 


9. Pihak Pejabat YB Syed Saddiq menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan menggesa pihak yang menimbulkan keraguan, syak dan persepsi seperti ini disiasat, sama ada didalangi oleh pegawai-pegawai dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atau mereka yang bersubahat di luar.

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS MENTERI BELIA DAN SUKAN

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...