Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 26 November 2019

MCA Berang Dikaitkan Sebagai Dalang Insiden Bendera Lima Bintang MABA.

MIKE CHONG, JURUCAKAP MCA | Viral dalam sosial media berhubung insiden bendera Malaysia dengan lima bintang yang dipaparkan menerusi klip video semasa perasmian kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.


Dengan segera, pihak penganjur MABA (Persatuan Bola Keranjang Malaysia) telah meminta maaf di atas insiden tersebut, manakala pihak PDRM telah mengambil tindakan pantas dalam menyiasat kes itu.

Kami mengecam tindakan tersebut, samada secara sengaja atau tidak sengaja, kerana ia adalah satu salah-laku yang langsung tidak boleh diterima.

Kewibawaan Jalur Gemilang pantang dihina dan dicabar!

Namun, kami juga mengecam mana-mana pihak yang cuba mengaitkan Presiden MABA Lua Choon Hann dengan MCA.

Tengoklah sendiri bagaimana FB page ini yang bernama "Friends of DAP" menggunakan hanya beberapa keping gambar untuk memberikan gambaran seolah-olah Lua Choon Hann ini adalah orang kuat Wee Jeck Seng dan Wee Ka Siong.

Come on lah, fitnah nak kenakan MCA biar ada standard sikit.

Kalau begitu, saya turut lampirkan beberapa keping gambar si Lua ini dengan Dato' Saifuddin Abdullah, Menteri Menteri Luar Negeri dan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan.

Bolehlah saya katakan Lua Choon Hann ini orang kuat Saifuddin Abdullah @ Pakatan Harapan?

Sudah-sudahlah dengan kerja haram jadah memfitnah, bertaubatlah PH, terutamanya DAP. - 26 November 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...