Menurut Wak Sempoi, Adun Pilah sebenarnya sakit sehingga hilang upaya untuk bertugas sebagai wakil rakyat.
"Sampai bila MB N9 hendak berdiam diri dan pusing segala cerita tentang penyakit yang di alami oleh ADUN PILAH sehinggakan Wakil Rakyat ini tidak mampu bekerja & membantu rakyat didiamkan begitu saja..
Selepas PRU14 Adun Pilah disahkan sakit.. ada yang mengatakan beliau terkena penyakit misteri yang tiada ubat moden yang mampu mengubati & pada masa yang sama ada yang mengatakan beliau berusaha ke rawatan tradisional.
Walau apa pun ramai yang mendoakan semoga Adun Pilah kembali sembuh..
Dalam pada masa yang sama, masa terus berlalu setahun lebih usaha yang dijalankan masih belum ada perubahannya..
Yang pastinya masa terus berlalu & rakyat di kawasan terus mengeluh.. yang sakit sudah pun diberi tempoh oleh MB N9 walaupun ada desakan untuk menyuruh Wakil Rakyat ini melepaskan jawatan oleh Bekas Pegawai Khasnya sebelum ini
Masalah yang timbul..
Bagaimana pula dengan aduan rakyat..
Siapa yang nak bantu.. adakah dengan berurusan dengan pihak keluarga wakil rakyat itu akan dapat selesaikan masalah.. Siapa mereka untuk meluluskan.. siapa mereka untuk merasmikan.. siapa mereka untuk berucap.. siapa mereka untuk menjaga tugasan sebagai exco kerajaan negeri.
Menteri Besar Negeri Sembilan.. Jangan terus berdiam diri atas kejadian ini.. Yang membuat kenyataan seperti orang-orang di Kuala Pilah tidak tahu apa-apa.. Mereka hari-hari di K.Pilah.. Mereka lebih dekat & tahu perangai terkini ADUN PILAH.
Antaranya..
Ada orang kampung datang ingin memohon bantuan tapi apa yang terjadi.. Adun buat tak tahu dengan aduan yang di ajukan & mengambil barang mainan & terus bermain dengan mainan tersebut.
Ada orang kampung datang berjumpa tapi Adun Pilah melayan dengan senyap seribu bahasa & seperti seorang yang mengelamun jauh masuk ke alam khayalan.
Pernah terjadi satu kejadian Exco hilang di SUK & mencarinya hingga terjumpa di tandas duduk berdiam diri," katanya dalam kenyataan itu.
Hal ini kemudiannya semakin sensasi diperkatakan apabila halaman Facebook : Pemuda UMNO Bahagian Rembau menyebarkan pula satu rakaman video dan beberapa gambar kononnya merujuk kepada aksi Adun Pilah yang enggan keluar dari kenderaannya setelah tiba di DUN.
Tidak dapat dipastikan samada dakwaan itu benar ataupun palsu memandangkan tiada jawapan balas dari wakil kerajaan negeri setakat ini.
Pemuda UMNO Bahagian Rembau berkata, "Penyudahnya YB tak masuk bersidang. Kerusi DUN Pilah kosong. Apa tak kosongnya, ADUN Pilah taknak keluar dari kereta!
MB pulak jangan menipu rakyat tentang isu ini. MB sudah menginaya rakyat Pilah yang perlukan khidmat wakil rakyat dan dalam tak sedar MB juga telah menginaya ADUN Pilah sendiri yang tak sihat tapi dipaksa bekerja juga hanya kerana takut menghadapi PRK.
Sila kosongkan kerusi secara terhormat. Rakyat Pilah berhak mempunyai ADUN yang kompeten, yang boleh menggalas tanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan. Desakan meletakkan jawatan juga dibuat dalam bentuk tanda pagar.
Sesetengah netizens beranggapan ADUN Pilah dipaksa untuk mempertahankan kerusinya walaupun sakit atas nama kepentingan politik dengan mengabaikan hak pesakit itu sendiri.
Apatah lagi kenderaannya diparkir di kawasan OKU.
Pihak kami cuba mendapatkan penjelasan dari pihak yang dekat dengan situasi ini. Sumber yang enggan dinamakan itu memberitahu, keadaan ADUN PILAH sebenarnya bertambah baik berbanding setahun yang lepas.
Namun tidak memberitahu seberapa lamakah tempoh Adun Pilah itu akan bercuti bagi merawat penyakitnya dan apakah penyakit yang beliau alami. - 25 November 2019.