Adalah tidak adil bila media memperbesarkan isu Penyata Kewangan Kerajaan Terengganu yang dikatakan kurang stabil ekoran baki Kumpulan Wang Disatukan pada akhir 2018 telah menurun sejumlah RM9.08 juta menjadi RM154.67 juta berbanding RM163.75 juta pada 2017.
Ada pencapaian lain yang tidak ditimbulkan:
1. Jumlah hutang awam 2018 menurun RM173.81 juta menjadi RM733.13 juta berbanding RM906.94 juta pada 2017.
2. Tunggakan bayaran balik hutang awam menurun sejumlah RM113.96 pada 2018 menjadi RM422.12 berbanding RM536.08 juta pada 2017.
3. Penyata Kewangan Negeri Terengganu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018 telah diberi Pendapat Tanpa Teguran.
4. Ketua Audit Negara menyatakan, Penyata kewangan tersebut menunjukkan kedudukan kewangan kerajaan negeri dan rekod perakaunan telah diselenggara dengan teratur dan kemas. - 25 November 2019.