Apabila mereka tidak mahu Barisan Nasional, ini bermakna, mereka juga tidak mahu apa-apa sikap buruk yang ada pada parti itu dibawa ke dalam Pakatan Harapan.
Hew nampaknya tidak memahami prinsip ini. Dia fikir, apabila Pakatan Harapan menang sekali, Pakatan Harapan boleh menang selamanya.
Mungkin kerana itu dia tergamak membuat perkara bodoh dan mempertahankan ia. Dan lebih teruk lagi, dia sanggup serang Menteri Pendidikan semata-semata nak mempertahankan kebodohan dia.
Komik yang dia buat adalah satu kebodohan.
Kenapa?
Pertama : Berbaur politik.
Hew berkata : "Buku ini mengandungi 164 muka surat, dan 10 bab, untuk memperkenalkan maksud inisiatif jalur dan laluan, dan merupakan buku komik yang membawa ilmu dan kreatif kepada remaja, antara bab yang ke 9 buku ini, juga membincangkan latar belakang pilihanraya 509, dan kandungan mengenai penghentian projek infrastruktur China oleh Tun Dr Mahathir selepas memegang jawatan PM. Maka, buku ini bukan bahan propaganda, buku ini cuma menjelaskan kenyataan sejarah.
SEJARAH?
BUKAN PROPAGANDA POLITIK?
Untuk pengetahuan Hew, sekurang-kurangnya untuk kata ia sejarah, ia perlu bersifat 'lama'. Perkara ini hanya berlaku tahun lepas sahaja! Nampak sangat benda neh berbaur politik la.
Untuk tulis sejarah, kita perlu ada kajian dan sokongan fakta yang melibatkan kesemua entiti tanpa bias. Dalam erti kata lain, baju politik perlu dibuka. Sentimen rasis perlu dibuang.
Apakah komik itu memenuhi syarat tersebut?
TIDAK. Ia terang-terangan propaganda politik yang cuba dibawa masuk ke dalam sekolah.
Setakat diri sendiri dan beberapa pihak yang entah ada kredibliti kajian sejarah entahkan tidak, tiba-tiba nak kata kau tulis sejarah. Apa BODOH sangat kau neh. Kalau macam tu lepas neh sesiapa pun layak tulis sejarah ikut versi pemikiran masing-masing ke?
Hakikatnya, ia bukan begitu.
Mungkin nak mendorong anak muda mengenali Pakatan Harapan dan DAP secara santai. Mungkin nak cari sokongan undi anak muda #18. Mungkin nak pujuk mereka perlahan-lahan sambil serap propaganda betapa bagusnya DAP.
Kedua : Bagi MODAL PADA PEMBANGKANG.
Terima kasih. Kerana sekarang bagi pembangkang modal bagaimana Pakatan Harapan akhirnya mempolitikkan #Undi18.
Perkara ini pernah menjadi kebimbangan pembangkang ketika membahas usul #Undi18. Hew, baru sahaja membuktikan kebimbangan mereka merupakan satu FAKTA.
Dan tak pasal-pasal tambah satu masalah kepada Pakatan Harapan dan Kementerian Pendidikan. Kau tak tahu ke Kementerian Pendidikan sakit kepala nak perbaiki sistem dari atas ke bawah. Kenapa kau menyusahkan kerja mereka dengan tindakan BODOH kau tu Hew?
Ketiga : "Hanya 3 ribu naskah buku komik ini dicetak dalam Bahasa Melayu, di mana 2.5 ribu naskhah akan dihadiahkan kepada pihak perpustakaan sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah jenis kebangsaan untuk tujuan koleksi dan arkib. Sebuah sekolah hanya akan menerima 1 naskah sahaja, dan bukan seperti mana yang dituduh oleh cyberytrooper umno bahawa komik ini merupakan bahan propaganda yang diedarkan kepada pelajar secara meluas. Tujuan pemberian buku komik kepada perpustakaan adalah untuk mengalakkan pelajar untuk meningkat ilmu pengetahuan tentang kajian masyarakat dan bukan penyebaran ideologi politik. Ini merupakan sebahagian proses pembelajaran sains sosial".
SAINS SOSIAL abah kau. Kementerian Pendidikan belum lagi mengeluarkan garis panduan yang kita boleh rujuk untuk melibatkan anak-anak muda kita dengan bahan politik di kawasan sekolah.
Kaedah yang sesuai perlu dikaji supaya tiada sesiapa yang terjejas ketika kita mendidik anak muda mengenai kesedaran mengundi sebagai langkah pra persediaan ke arah #Undi18 nanti.
Kita taknak, kempen POLITIK KEBENCIAN menghasut anak muda kita, seterusnya mereka fikir politik ini kotor lalu menjauhi dari terlibat untuk ambil tahu.
Sebab tu KPM perlu masa merangka cara yang terbaik, garis panduan yang tepat, sehingga langkah-langkah itu dikeluarkan, kenapakah Hew mendahului tindakan Kementerian Pendidikan? Dia siapa?
Keempat :
Sedang rakyat kita pun taktahu apa itu kerjasama Malaysia-China, Dana Jalan Sutera, Bank AIIB, ini nak pergi terangkan pada budak-budak sekolah pula.
Lagi la mengarut. Kandungan komik ini langsung tak mendekati kepada KAJIAN SAINS SOSIAL pun.
IA ADALAH BAHAN PROPAGANDA POLITIK YANG MENJILAT DAN MENGAGUNGKAN PIHAK TERTENTU SECARA KETERLALUAN BAGAIKAN MEMUJA TUHAN.
SATU PIHAK DIPUJA.
SATU PIHAK DIKECAM.
Ini ke sejarah?
Sejarah perlu dikupas tanpa emosi. Tanpa perasaan. Tanpa propaganda.
Itu kita boleh cakap sejarah. Jika kupasan dibuat dengan menjilat pihak tertentu, itu bukan sejarah tapi kempen politik.
Kelima : "Lim Kit Siang ialah orang cina. Orang melayu tidak akan menerima beliau sebagai calon Perdana Menteri".
Ini apa?
Ini ialah satu tuduhan kepada orang melayu. Orang melayu dipukulrata sebagai anti cina.
Itu sebenarnya tidak betul. Dengan tidak menafikan sesetengah melayu bersikap rasis, tetapi stigma perlu diperbetulkan.
Ia bukan orang melayu tidak terima Lim Kit Siang kerana dia cina, sebaliknya kerana keupayaan dan kelayakan dirinya sendiri. Dalam negara ini, ia bukan perkara mustahil untuk seseorang cina diterima menjadi Perdana Menteri, walaupun mungkin dia cina muslim.
DAP pun boleh jadi PM jika sudah takdirnya begitu.
Tetapi hakikatnya, orang melayu menolak Lim Kit Siang adalah kerana dirinya sendiri. Ada sesetengah cina berjaya mendapatkan kepercayaan orang melayu kerana keupayaan dirinya. Dan ada sesetengah cina gagal mendapatkan kepercayaan melayu, kerana sikap dirinya. Seperti itu jugalah ada sesetengah melayu dan india berjaya mendapatkan kepercayaan masyarakat berbilang bangsa, kerana dirinya. Dan ada pula yang gagal, kerana dirinya juga.
Berbanding membayangkan orang melayu tu rasis, anti cina, sepatutnya komik itu menulis "Lim Kit Siang gagal mendapatkan kepercayaan masyarakat berbilang bangsa, dia tak boleh diangkat menjadi PM".
Ini barulah boleh dikatakan nak menyatupadukan bangsa. Tapi nak juga serap propaganda ASAL MELAYU BENCI CINA. Dan sepertimana sesetengah MELAYU rasis, asal CINA benci MELAYU. Rasisma menyakiti kita semua. Apakah Hew tidak nampak?
Komik ini satu lagi bahan yang menyebarkan kebencian. Negara ini sudah penuh dengan kebencian. Kenapa Hew tambahkan lagi? - 18 Oktober 2019.