Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 15 Oktober 2019

PM Pertahankan SOSMA, Ezam Pertikaikan Tun Mahathir.

POLITIK | Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad diingatkan untuk tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara polis.


Peringatan itu disampaikan Ezam Mohd Nor dalam satu kenyataan terbuka di halaman Facebooknya semalam.

Ia dipercayai ada kaitan dengan kenyataan Tun Mahathir yang bersetuju dengan penggunaan SOSMA bagi menahan beberapa individu terkait dengan penyebaran fahaman LTTE di Malaysia.

Mahathir ketika menjawab pertanyaan wartawan semalam dipetik sebagai berkata bersetuju dengan penggunaan SOSMA bagi membendung kegiatan LTTE kerana ketika ini tiada undang-undang lain yang setaranya untuk mengawal keganasan. 

Berikut adalah kenyataan penuh Ezam;

Mahathir jangan ulangi perangai lama jadikan Malaysia Negara Polis.

( A Police State).

1. Tiada kompromi bagi sebarang bentuk keganasan dinegara ini.

2. Tiada kompromi juga bagi campurtangan politik dalam urusan keselamatan negara.

3. Kenyataan PM dalam isu tangkapan Polis atas nama keganasan LTTE mengundang banyak persoalan.

4. Kita mempunyai alasan untuk merasa bimbang terhadap kecenderungan Mahathir menggunakan isu keselamatan untuk kepentingan politik beliau.

5. Ianya kerana di awal era reformasi dahulu beliau mempunyai rekod jelas telah menjadikan Malaysia sebuah negara polis untuk kepentingan politik beliau.

6. Akhir-akhir ini semenjak seorang ahli kabinet beliau ditampilkan bukti kukuh melakukan seks songsang Mahathir terlalu banyak membuat kenyataan yang melibatkan urusan polis.

7. Dan sehingga ke hari ini Polis dilihat gagal bertindak profesional dalam kes itu.

8. Saya ulangi peringatan kepada PM. Jangan ulangi perangai lama. Jangan jadikan Malaysia Negara Polis sekali lagi.

Mohamad Ezam Mohd Nor
Tahanan ISA dan OSA 2001-2003.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...