Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 13 Oktober 2019

Najib Dakwa BN Dah Luluskan Elaun Bomba Sebelum Dibatalkan PH & Kini Uturn..

POLITIK | Bekas Perdana Menteri, Najib Razak mendakwa kerajaan terdahulu sebenarnya telah meluluskan Elaun Khas Bomba sebelum ianya dibatalkan oleh Pakatan Harapan sejurus mengambilalih pentadbiran negara pada Mei 2018.


"PH fikir Malaysia mudah lupa.

Elaun kritikal Bomba telah diumumkan lulus oleh BN pada 21 Mac 2018 sempena Hari Bomba tahun itu.

"Sempena Hari Bomba yang akan disambut pada 28 April ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan permohonan elaun khas bagi menghargai jasa anggota bomba yang banyak berkorban dalam memastikan keselamatan rakyat terjamin : 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/402095/anggota-bomba-dapat-elaun-khas-rm200-sebulan

Lepas PRU14, PH batalkan elaun khas ini,"
katanya dalam satu kenyataan.

Najib juga mendakwa tindakan membatalkan elaun kepada anggota bomba itu juga membuatkan Agong terpaksa campurtangan pada Julai 2019 bagi mempertahankan pengorbanan anggota bomba yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa orang awam.

"Sehingga DYMM YDP perlu campur tangan pada bulan Julai 2019 untuk mengembalikan elaun khas Bomba.

Kertas cadangan elaun anggota bomba diserah kepada Agong :

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/07/26/kertas-cadangan-elaun-anggota-bomba-diserah-kepada-agong-kata-zuraida/

BN yang lulus,

PH yang batal,

YDP Agong yang tolong kembalikan,

PH pun kembalikan,

Lepas itu, PH tanya kenapa dulu BN tak lulus,"
katanya.
Najib juga berkata sekiranya BN masih mentadbir negara selepas PRU14, pihaknya berniat untuk menaikkan Elaun Khas Bomba.

"Jika BN masih mentadbir dan elaun Bomba lulus pada tahun 2018, besar kemungkinan elaun ini juga akan dinaikkan lagi untuk tahun 2020 untuk menghargai anggota Bomba akibat tragedi 6 ahli Bomba mati lemas pada bulan Okt 2018 serta tragedi kematian saudara Muhammad Adib," katanya lagi.

Sebagai rekod, pada pembentangan #Belanjawan2020, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan pemberian Elaun Khas kepada anggota bomba bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota.

Hal tersebut kemudiannya dilaporkan secara berleluasa dimana media tempatan turut melaporkan pujian kepada Agong, dan ini memberikan gambaran seolahnya Agong berperanan besar dalam meluluskan elaun yang diminta sejak 2015 itu.

Dengan kenyataan terbaru dari Najib, selain mengkritik Pakatan Harapan yang kononnya uturn, Agong juga dipuji netizens kerana membela nasib bomba. - 13 Oktober 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...