Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 Oktober 2019

Tuduh KUIS Kumpulan Pengganas, Pensyarah Kata Kit Siang Meracau.

KAMARUL YUSOFF | LIM KIT SIANG MERACAU: TUDUH ULAMA ISLAM DAN PAS PENGGANAS

Dalam kenyataan beliau hari ini, pemimpin DAP, Lim Kit Siang, membangkitkan mengenai laporan bahawa Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain memasukkan, PADA 2017, Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) ke dalam kategori kumpulan pengganas.

Kata Lim Kit Siang, disebabkan seorang pemimpin parti pembangkang Malaysia adalah Naib Presiden KUIS, maka mana-mana kertas putih mengenai kumpulan pengganas yang akan dibentangkan di Parlimen mestilah bukan sekadar menyentuh LTTE tetapi juga KUIS.
Untuk makluman Lim Kit Siang yang seperti ketinggalan zaman, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bukan lagi Naib Presiden KUIS setelah tidak mempertahankan jawatan tersebut dalam Muktamar KUIS yang berlangsung di Turki pada 7 November 2018.
Yang turut hadir di dalam Muktamar KUIS ini adalah sekumpulan pemimpin tinggi AMANAH, termasuk Datuk Seri Ahmad Awang, Datuk Wira Abdul Ghani Shamsuddin, Dr Mohd Fauzi Zakaria, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Wan Subki Wan Salleh.

Datuk Seri Ahmad Awang dan Datuk Wira Abdul Ghani Shamsuddin malah turut bertanding untuk jawatan Ahli Jawatankuasa KUIS di dalam Muktamar KUIS bagi sesi 2018-2022 tetapi kalah bila mereka hanya mendapat tempat ke-43 dan tempat ke-65 sahaja dalam undian.

Menuduh KUIS yang dianggotai oleh ribuan ulama Islam ternama dunia sebagai kumpulan pengganas hanya kerana mahu memalitkan imej lawan DAP, iaitu PAS, dengan imej penyokong kumpulan pengganas, adalah satu tindakan yang amat bahaya sekali.

Apatah lagi bila KUIS tidak pernah dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh badan berkuasa antarabangsa seperti INTERPOL, dan kerana Presiden KUIS sekarang, Syeikh Ahmad al-Raysuni, adalah kenalan rapat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih penting lagi ialah bila KUIS turut didukungi oleh rakan DAP, AMANAH, sendiri, yang menyebabkan gelaran kumpulan pengganas kepada KUIS ini pasti sahaja akan memalitkan imej AMANAH dengan imej penyokong kumpulan pengganas juga.

Pemimpin AMANAH, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, menulis beliau cukup terkesan pada kupasan cukup mendalam Setiausaha KUIS, Syeikh Ali Mahyuddin QarrahDaghi, dalam ucap utama Muktamar KUIS berkaitan konsep Islam “Rahmatan lil ‘Alamin”.

Jika KUIS yang berpegang dengan konsep Islam “Rahmatan lil ‘Alamin” mahu dikategorikan sebagai kumpulan pengganas, apakah Lim Kit Siang maksudkan konsep Islam “Rahmatan lil ‘Alamin” yang diperjuangkan oleh AMANAH sekarang adalah konsep pengganas? - 14 Oktober 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...