Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 Oktober 2019

Ini Senarai 100 Berita Baik Dalam #Belanjawan2020.

Muzzammil Ismail | 100 Berita Baik BELANJAWAN Buat Rakyat Malaysia

Saya ingin membidas kenyataan yang dibuat oleh seorang Pensyarah UKM berkenaan dakwaan prejudis terhadap belanjawan 2020. Di sini saya sertakan senarai berita baik tersebut.



Jabatan Agama Islam (Pejabat Perdana Menteri):
1. RM1.3 bilion bagi Hal Ehwal Islam dalam pengurusan dan pembangunan Islam - RM100 juta berbanding Belanjawan 2019

2. RM10 juta diperuntukkan bagi inisiatif program promosi dan penerangan dasar ‘Rahmatan Lil Alamin’ dan ‘Maqasid Syariah’

3. RM100 kenaikan elaun guru KAFA

4. RM500 bantuan khas kepada Imam, Bilal, Noja dan Guru Takmir

5. Jawatankuasa Khas Kewangan Islam - merangka blueprint Ekonomi Islam dan inisiatif Outreach untuk meningkatkan kefahaman tentang Kewangan Islam

6. RM50 juta bagi institusi Tahfiz, RM25 juta bagi pondok dan RM25 juta bagi sekolah agama

7. RM10 juta kepada khidmat nasihat dan kesedaran Pembangunan Halal Industri Tempatan

Kementerian Belia & Sukan:

8. Peningkatan sebanyak 10.9% dari belanjawan 2019 iaitu dari RM1.04 bilion kepada RM1.20 bilion.

9. Belia: Pelanjutan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh BSN mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021. Jaminan pinjaman sebanyak 10% oleh Cagamas untuk membolehkan pembiayaan penuh dan bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan untuk 2 tahun pertama terhad kepada 10 ribu unit rumah.

10. Belia: #GraduanKerja - insentif gaji RM500 sebulan kepada graduan dan RM300kepada majikan. RM6.5 billion untuk 350,000 peluang pekerjaan.

11. TVET: RM50 juta menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

12. TVET: RM20 juta bagi penyediaan geran disamping kolaborasi dengan industri

13. TVET: Tawaran melanjutkan ijazah bagi pelatih dari Kolej Vokasional daripada Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)

14. TVET: Elaun TVET dinaikkan RM100

15. TVET: RM30 juta untuk melatih lebih 3000 anak muda dari keluarga berpendapatan rendah

16. Sukan: RM179 juta bagi persediaan atlet untuk kejohanan antarabangsa seperti Olimpik Tokyo 2020, Sukan Sea Hanoi 2021 termasuk pembangunan atlet paralimpik negara

17. Sukan: RM299 juta bagi baik pulih dan naik taraf fasiliti sukan termasuklah kompleks Belia dan Sukan serta kompleks Sukan Komuniti seluruh negara

18. Sukan: Peningkatan 200% bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dari RM15 juta pada 2019 kepada RM45 juta pada 2020. Ini adalah pengiktirafan Kerajaan dalam hasil positif program pembangunan ini.

19. Sukan: RM10 juta bagi pemerkasaan wanita dalam sukan.

20. Sukan: Peningkatan 100% bagi Sukan Elektronik (ESPORT) dari RM10 juta pada 2019 kepada RM20 juta pada 2020.

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli:

21. Bagi mengurangkan kejadian banjir kilat, Kerajaan akan memperuntukkan RM443.9 juta untuk Rancangan Tebatan Banjir.

22. RM150 juta untuk menyelenggara pengurusan kolam takungan banjir sedia ada.

23. Bagi memulihara keaslian hutan dan biodiversiti semulajadi Malaysia, Kerajaan akan memperuntukkan RM48 juta bagi tujuan tersebut di mana RM10 juta akan dikhususkan kepada sektor swasta melalui geran padanan. Usaha ini termasuklah menyokong inisiatif Central Forest Spine dan Heart of Borneo selain memulihara hutan terosot.

24. Sejumlah RM20 juta disediakan untuk melantik renjer dari kalangan askar yang telah bersara dan masyarakat Orang Asli setempat bagi melindungi flora dan fauna kita dengan lebih baik.

Kementerian Dalam Negeri:
25. Bagi memastikan keselamatan negara terpelihara, peruntukan kepada Kementerian Dalam Negeri akan diperkukuhkan daripada RM15.6 bilion untuk 2019 kepada RM16.9 bilion untuk 2020.

26. RM250 juta bagi aktiviti membaiki dan selenggara kuarters PDRM

27. RM85 juta untuk CIQ, Tambak Johor dan Linkedua, 50 kaunter tambahan akan dibuka untuk penunggang motosikal serta kaunter imigresen.

28. RM50 juta bagi pemasangan 11,500 CCTV di pusat tahanan polis dan pintu masuk imigresen.

29. RM26 juta, kenaikan elaun RM2 sejam RELA mulai 1 Januari 2020.

30. RM20 juta bagi mengembangkan latihan kemahiran dan program banduan untuk memenuhi keperluan TVET kebangsaan.

31. RM15 juta untuk program RINTIS AADK bersama NGO dan komuniti tempatan.

Kementerian Kesihatan:


32. Kenaikan sebanyak 6.7% iaitu RM1.92 billion daripada RM28.7 billion pada 2019 kepada RM30.6 billion pada 2020.

33. RM1.6 bilion untuk membina hospital baharu dan menaik taraf serta membesarkan hospital sedia ada. Ini termasuk di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Kampar, Hospital Labuan dan Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II di Sabah.

34. Sebanyak RM319 juta untuk membina dan menaik taraf klinik kesihatan dan pergigian serta kemudahan kuarters. Untuk itu, klinik baharu akan dibina di Setiu, Sungai Petani dan Cameron Highlands serta Kudat dan Tawau di Sabah, dan Long San dan Sungai Simunjan di Sarawak.

35. Sejajar dengan prinsip budaya Memperbaiki, Mengganti dan Memulihkan (3R - Repair, Replace and Restore) sebanyak RM227 juta disediakan untuk menaik taraf peralatan perubatan, manakala RM95 juta untuk pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan seperti di Hospital Pontian.

36. Sebagai memenuhi salah satu janji manifesto Pakatan Harapan, peruntukan permulaan sebanyak RM60 juta akan disediakan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua kanak-kanak.

37. Bagi memastikan perkhidmatan kecemasan dan trauma lebih responsif, RM59 juta akan diperuntukkan untuk menambah bilangan ambulans melalui kerjasama dengan perkhidmatan ambulans NGO.

38. Sejumlah RM31 juta diperuntukkan bagi menaik taraf dan menyelenggara perkhidmatan ICT, antara lain melaksanakan projek rintis bagi sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di hospital.

39. Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan untuk mencapai liputan kesihatan sejagat, sejumlah RM5 juta diperuntukkan bagi menyediakan perkhidmatan Klinik Bergerak untuk memudahkan penduduk di kawasan luar bandar terutamanya Orang Asli mendapatkan rawatan perubatan.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia:

40. Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM21.6 bilion melalui kerjasama awam swasta, sepanjang tempoh 5 tahun yang akan menyediakan liputan berkelajuan tinggi yang komprehensif dan jaringan digital yang berkualiti di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar.

41. Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta bagi menggalakkan pembangunan teknologi oleh syarikat Malaysia untuk menghadapi gelombang perubahan 5G di seluruh dunia, yang 100 kali lebih pantas berbanding 4G.

42. Peruntukkan RM25 juta untuk menyediakan dana geran padanan secara bidaan untuk menggalakkan lebih banyak projek perintis aplikasi digital bagi dron penghantar, kenderaan pandu sendiri, teknologi blockchain serta produk dan perkhidmatan lain yang memanfaatkan pelaburan dalam infrastruktur gentian optik dan 5G.

43. RM20 juta kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk memupuk jaguh tempatan dalam menghasilkan kandungan digital khususnya dalam bidang yang sedang berkembang pesat seperti e-Permainan, animasi dan seni digital.

44. Potongan cukai kepada sumbangan sektor swasta dalam aktiviti Tanggungjawab Sosial Digital (DSR) dalam meningkatkan keupayaan tenaga kerja masa hadapan dengan kemahiran digital untuk rakyat yang memerlukan.

45. RM10 juta akan disediakan kepada MDEC untuk melatih usahawan mikro-digital dan pakar teknologi bagi memanfaatkan e-Marketplaces dan platform media sosial.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna:

46. Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar merupakan sebahagian daripada janji Pakatan Harapan. Setiap rakyat yang memiliki tidak melebihi 2 kereta dan 2 motosikal yang layak, akan berhak menerima PSP untuk satu kenderaan sahaja.

47. Peruntukkan RM2.2 bilion bagi skim PSP yang akan memberi manfaat kepada kira-kira lapan juta pemandu.

48. Bagi penerima BSH (B40) yang layak, subsidi petrol yang diberikan untuk setiap penerima adalah sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal. Subsidi ini akan diberi dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan.

49. Bagi semua pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH, mereka akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal. Kad95 akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
50. Kerajaan akan memperuntukkan RM15 juta untuk inisiatif Bandar Selamat dan akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyediakan lampu jalan, kawasan parkir motosikal dengan ciri keselamatan dan pagar antipanjat serta program keselamatan lain.

51. Skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki (Rent To Own - RTO). Melalui skim ini, pembiayaan sebanyak RM10 bilion akan disediakan oleh institusi kewangan dengan sokongan Kerajaan melalui penyediaan jaminan sebanyak 30 peratus atau RM3 bilion.

52. Skim RTO ini adalah untuk pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500 ribu. Di bawah skim ini, pemohon akan menyewa rumah bagi tempoh sehingga lima tahun dan selepas setahun, diberi pilihan untuk membeli rumah kediaman berkenaan pada harga yang ditetapkan semasa perjanjian penyewaan ditandatangani.

53. Kerajaan juga akan memberi pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas instrumen pindah milik di antara pemaju dan institusi kewangan, serta di antara institusi kewangan dan bakal pembeli.

54. RM100 juta untuk membaik pulih perumahan tersebut bagi memastikan perkhidmatan lif, pendawaian elektrik, paip pembetungan dan bumbung adalah selamat dan berada dalam keadaan baik.

55. Dana Rumah Mampu Milik bagi membantu pembeli rumah golongan berpendapatan rendah untuk membeli rumah pertama mereka, dengan nilai hartanah sehingga RM150 ribu pada kadar faedah konsesi sehingga 3.5 peratus.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar


56. RM1 bilion untuk membina jalan raya luar bandar

57. RM326 juta bagi memperluaskan liputan infrastruktur asas di Sabah

58. RM224 juta bagi memperluaskan liputan infrastruktur asas di Sarawak

59. RM587 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar di Sabah dan Sarawak

60. RM470 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar di Sabah dan Sarawak

61. Pendidikan: RM1.3 bilion bagi institusi pendidikan di bawah MARA

62. Pendidikan: RM2 bilion biaya pinjaman 50,000 pelajar

63. RM500 juta untuk Projek Bekalan Eletrik Luar Bandar yang akan memanfaatkan 30,000 isi rumah.

Kementerian Pendidikan

64. Kenaikan belanjawan tahunan ke RM64.1 bilion dari RM60.2 bilion pada tahun 2019.

65. Peruntukan penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah daripada RM652 juta seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 kepada RM735 juta pada tahun 2020 seperti berikut:

a. Sekolah Kebangsaan: RM300 juta

b. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC): RM50 juta

c. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT): RM50 juta

d. Sekolah Berasrama Penuh: RM50 juta

e. Maktab Rendah Sains MARA: RM50 juta

f. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan: RM50 juta

g. Sekolah Mubaligh: RM50 juta

h. Sekolah Tahfiz: RM50 juta

i. Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama

j. Persendirian: RM25 juta

k. Sekolah Pondok yang berdaftar: RM25 juta

l. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan: RM20 juta

m. Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC): RM15 juta

66. RM783 juta bagi baik pulih sekolah daif terutamanya di Sabah dan Sarawak serta pembinaan sekolah baharu di Langkawi, Kulai, Hulu Langat, Putrajaya, Pasir Gudang, Tumpat, Marang dan Johor Bahru

67.RM23 juta bagi kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) di Sekolah Kebangsaan

68. RM11 juta bagi menggalakkan lebih ramai pelajar ke bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

69. RM12 juta bantuan utiliti buat Sekolah Bantuan Kerajaan

Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat

70. Sebanyak RM500 Juta bagi Usahawan Wanita dalam Skim Jaminan Perniagaan (SPJJ)

71. Insentif galakan pengupayaan wanita 30-50 tahun sebanyak RM 500 sebulan dalam #WanitaKerja

72. 5 Pusat Latihan Berdikara Baru dengan peruntukan sebanyak RM20 juta termasuk inisiatif pelaksanan Program Down Syndrome dan TASKA OKU.

73. Peruntukan RM20 juta melalui i-Suri sekiranya surirumah cedera atau kehilangan upaya

74. Caruman 2% daripada suami kedalam akaun isteri

75. Pengecualian cukai pendapat sehingga 2023

76. Peruntukan RM80 juta bagi Institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

77. RM 30 juta bagi meyediakan lebih banyak TASKA di hospital dan sekolah

78. Peningkatan tempoh cuti bersalin dari 60 ke 90 hari berkuatkuasa 2021

79. Peruntukan RM4.6 juta kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

80. RM4.5 juta bagi manfaat 7,000 orang gelandangan melalui inisitif Anjung Singgah

81. RM575 juta bantuan sosioekonomi bagi manfaat kepada 137 ribu Warga Emas
Kementerian Wilayah Persekutuan

82. RM100 juta untuk baik pulih perumahan berstrata kos rendah termasuk PPR di Kuala Lumpur

83. RM1.6 billion peruntukan membina hospital baru dan menaik taraf serta membersarkan hospital sedia ada, termasuk Hospital Labuan

84. RM15 juta bagi Inisiatif Bandar Selamat (termasuk di Kuala Lumpur, Putrjaya dan Labuan)

Kementerian Pembangunan Usahawan

85. RM 20 juta untuk Skim Pembangunan Masyarakat India, Tekun Nasional kepada 1,300 Usahawan India

86. RM 1 billion untuk pembiayaan PKS Bumiputra melalui SJPP dan SME Bank

87. RM 455 juta dari darisegi akses kepada pembiayaan, penyediaan dan permis perniagaan dan latihan keusahawanan kepada usahawan bumiputra

88. RM75 juta untuk membina kapasiti PKS Bumiputa oleh SMECorp, merangkumi program meningkatkan pemasaran pembungkusan dan celik kewangan

89. Lebih RM3.6 billion kepada syarikat bumiputra melalui tender tahun 2019

90. Sekuranya 30% tender kementerian khusus kepada kontraktor bumiputra

91. RM1.3 billion projek kerajaan untuk kotraktor bumiputra sedia ada dan baru yang layak

92. RM 100 juta kepada MaGIC bagi menyokong pertumbuhan perusahaan sosial untuk membantu kesejahteraan sosioekonomi dalam projek pembinaan komuniti

93. RM10 juta untuk tumpuan pembangunan Industri Halal

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

94. Pengecualian duti eksais 50% untuk kenderaan CKD

95. RM5 juta bagi inisiatif menyokong galeri seni visual dan penanjur seni

96. RM1.1 billion diperuntukan kepada MoTAC

97. RM 1 juta potongan cukai kepada syarikat yang menaja aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan

98. RM 100 juta untuk membina sistem kereta kabel baru ke Bukit Bendera

99. Pengecualian cukai pendapatan pengajur aktiviti kesenian, kebudayaan dan, pertandingan antarabangsa

100. Levi pelepasan untuk projek infrastruktur pelancongan

Ini bukti Belanjawan 2020 Kerajaan Pakatan Harapan adalah untuk semua dan tiada pengecualian.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...