Menurut Dato Hamdan, elaun itu telah dipohon pihaknya sejak 2015.
"Saya bagi Jabatan Bomba Dan Penyelamat seluruh negara mengucapkan terima kasih khususnya kepada DYMM Agung dan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perumahan, yang telah memberikan pertimbangan sewajarnya dengan meluluskan Elaun Perkhidmatan Bomba yang telah sejak tahun 2015," katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, kerajaan mengumumkan seramai 14,400 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba RM200 sebulan, dengan membabitkan peruntukan berjumlah RM35 juta.
Elaun itu diharapkan akan dapat meringankan beban kos sara hidup anggota bomba.
Turut difahamkan, permohonan elaun itu mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - 12 Oktober 2019.