Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 8 Oktober 2019

Isu Boikot #FoodPanda, Syed Saddiq Kata Utusan Menfitnah.

POLITIK | Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil menafikan laporan Utusan yang bertajuk : FOODPANDA : Syed Saddiq Tidak Bincang Dalam Kabinet Langsung - PM, hari ini.

Katanya laporan yang tersiar di Utusan itu adalah fitnah, dan selepas ditegur Utusan bertindak membetulkan laporan mereka dengan menukar tajuk.



Tajuk itu kemudiannya ditukar kepada BoikotFoodpanda : Syed Saddiq Tidak Bincang Dalam Kabinet Langsung - PM.


"Jangan tertipu dengan fitnah!

Utusan pun dah betulkan tajuk berita apabila ditegur,.

Minggu lepas dah bincang dalam kabinet & kenyataan bersama dengan YB Kula pun dikeluarkan. Kerajaan berikan nasihat untuk kembali ke skim pembayaran lama & akan rangka pelan jangka masa panjang untuk jaga kebajikan pekerja “Gig economy”.

Ini berkenaan isu yang dibangkitkan semalam berkenaan #BoikotFoodPanda . Isu baru timbul semalam & saya kekal dengan pendirian peribadi saya.

Sebagai #Yangberkhidmat,saya dipilih oleh rakyat & boleh dihukum oleh rakyat.

Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja/pengguna, & boleh dijatuhkan oleh pekerja/pengguna.

Keangkuhan bukan jalan penyelesaian.

Saya hanya sokong korporat yang adil kepada pekerja & pengguna,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook sebentar tadi.


Menurut Syed Saddiq isu yang diulas oleh Perdana Menteri merujuk kepada isu boikot Food Panda yang baru ditimbulkan semalam dan bukannya isu berkaitan Food Panda.

Beberapa portal lain turut melaporkan kenyataan Perdana Menteri sebagaimana laporan Utusan tetapi dengan tajuk yang sedikit berbeza.

Malaysiakini : Pendapat Syed Saddiq Bukan Pendirian Kabinet.

"Itu pendapat dia (Syed Saddiq), dia tidak bincang dalam kabinet langsung.

"Itu bukan pendirian kerajaan, mungkin dia ada sebab kenapa dia buat kenyataan itu,"
katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.



Laporan The Malaysian Insight  : FoodPanda's Affair Not Government Bussiness, Says Dr. Mahathir.

Untuk rekod, isu FoodPanda mula menjadi polemik apabila rider mempersoalkan sistem pembayaran baharu yang dilihat agak menindas rider sedia ada.

Sayantan, Pengarah Urusan kepada FoodPanda pula berkata mana-mana rider yang tidak bersetuju dengan sistem pembayaran baharu bolehlah berhenti kerja namun adalah lebih baik jika mereka dapat mencuba terlebih dahulu sistem baharu sebelum mengambil keputusan berhenti.

Kenyataan oleh Sayantan itu disifatkan sebagai angkuh oleh Syed Saddiq semalam. 

Menurut Sayatan, sistem baharu sebenarnya berupaya meningkatkan pendapatan rider sehingga 50% lebih tinggi berbanding dari apa yang dilaporkan.

“Saya rasa mereka patut mencuba dahulu sistem pembayaran baharu ini terlebih dahulu.

Sekiranya mereka mahu kekal, mereka boleh kekal.

Jika mereka tidak mahu, mungkin mereka boleh meneroka peluang pekerjaan yang lain.

Berbeza dengan apa yang dilaporkan, sistem pembayaran baharu sebenarnya memberi peluang kepada penghantar untuk mendapat pendapatan sehingga 50 peratus lebih banyak berbanding sistem sebelumnya.

“Manakala bagi penghantar yang berprestasi rendah, skim ini mungkin akan memberikan motivasi kepada mereka.

“Ini kerana di bawah skim baharu, kadar mengikut jam telah dihapuskan namun begitu pembayaran mengikut tempahan dinaikkan.

“Skim ini turut digunakan di negara-negara lain juga,”
katanya, memetik laporan Malaysia Gazette pada Isnin.

Jelas Sayantan lagi, sebelum ini seorang penghantar mendapat bayaran RM5 bagi setiap tempahan bagaimanapun mengikut skim baharu, bayaran dinaikkan kepada RM7.

Para penghantar juga akan diberi insentif sebanyak RM150 apabila berjaya menghabiskan waktu bekerja selama 40 jam seminggu di samping bayaran tambahan RM1 bagi setiap tempahan yang dihantar bagi tempoh 11 malam sehingga 9 pagi setiap hari.

Menurut Sayantan, Foodpanda Malaysia tidak berhasrat untuk menghentikan sistem pembayaran baharu tersebut kerana ianya baru sahaja dilaksanakan. - 8 Oktober 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...