Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 8 Oktober 2019

Ucapan Mahathir Di KMM Buktikan Maruah Melayu Dah Tergadai - Annuar Musa.

TAN SRI ANNUAR MUSA | PENGAKUAN TUN M

"Saya nak mengaku di sini Kerajaan walaupun dipimpin oleh orang Melayu tidak sekuat Kemelayuannya sekarang.

Kalau dahulu kita boleh harap kerana Kerajaan dipimpin oleh orang Melayu kerana orang Melayu memang kuat. Tidak kuat kerana nak taknak pun kita kena ambil kira perasaan orang lain.."


(Petikan amanat Tun Dr. Mahathir di Kongres Maruah Melayu).



Alhamdulillah,atas keputusan MKT UMNO saya telah mengetuai rombongan 15 orang ahli MKT UMNO menghadhiri Kongres Maruah Melayu(KMM)anjuran Pusat Kecemerlangan Melayu UNIVERSITI MALAYA bersama UITM UPSI DAN UPM.

Turut bersama saya ialah DS TENGKU ADNAN Bendahari UMNO, YAB MB PERLIS, YAB MB PAHANG, PENGERUSI PENGERUSI PERHUBUNGAN PERLIS KEDAH DAN SELANGOR.

PAS di wakili Presiden nya sendiri serta YAB MB KELANTAN DAN YAB MB TERENGGANU.

Kehadhiran kira kira 6000 orang, kebanyakannya Pelajar IPTA, peserta AIM dan lain-lain.

Kehadhiran UMNO adalah atas dasar rasa tanggungjawab untuk mengikuti wacana berkaitan orang Melayu. Sebagai parti politik yang memikul mandat majoriti Melayu, MKT umno memutuskan untuk menghantar wakil bagi mengikuti perkembangan kongres itu.

Sebagai pemerhati, kita meneliti setiap resolusi kongres itu. Banyak juga yang baik NAMUN SAYANGNYA IA ADALAH RESOLUSI KONGRES ANJURAN UNIVERSITI, maka sejauh mana ia akan dilaksana tidak menjamin apa apa. Malah PM dalam ucapannya mengakui kerajaan pimpinannya sekarang TIDAK KUAT KEMELAYUANNYA DAN TERPAKSA MENJAGA HATI ORANG LAIN..

Jika sudah begitu pengakuannya, bererti MARUAH MELAYU telah tergadai akibat parti politik Melayu dalam kerajaan itu sendiri.

Tepatlah tindakan TAAWUN UMNO-PAS dan PIAGAM MUAFAKAT NASIONAL, yang merupakan satu komitmen jelas menyatukan ummah dan seterusnya menyusun roadmap baru bagi membela MARUAH BANGSA MELAYU.

Justeru kita akan meneruskan pemerkasaan Muafakat Nasional (MN) sebagai satu jalan tuntas.Melayu yg mengaku lemah dalam kerajaan PH boleh jua turut serta dalam MN, asalkan mereka tidak lagi menggadai kedudukan, maruah dan kuasa kepada pihak yang jelas diketahui tidak menyenangi kekuatan dan kedudukan orang Melayu.

Bak kata Tun M, Melayu sendiri yang tak mahu mengambil tanggongjawab terhadap sesuatu, maka sewajarnyalah orang lain menguasai mereka!

Rumusan bagi kita dari Kongres ini ialah ORANG MELAYU MENERUSI UMNO DAN PAS MEMULAKAN PENYATUAN DAN MENGGERAKKAN MUAFAKAT NASIONAL.

Kita mengajak seluruh umat melayu bersama dalam muafakat besar ini. Insyaalah DILEMA MELAYU kita lenyapkan dan kita tidak tergulung dalam kalangan MELAYU YANG MUDAH LUPA, insyaallah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...