Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 10 Oktober 2019

Tak Pernah Jual Tanah Kerajaan, Ini Maksud Lim Guan Eng.

POLITIK | Selepas mengeluarkan kenyataan media mengenai bahawanya kerajaan tidak pernah menjual tanah semalam, Menteri Kewangan itu masih terus dipertikaikan dan dipersalahkan kerana didakwa melakukan pembohongan.


Ramai pihak yang mempertikaikan kenyataan Lim Guan Eng dengan mengaitkan ia dengan tindakan Khazanah Nasional yang menjual beberapa aset kerajaan sejak Pakatan Harapan mentadbir negara.



Berikut adalah apa yang cuba disampaikan Lim Guan Eng;


1. Lim Guan Eng berkata Pakatan Harapan TIDAK PERNAH menjual tanah-tanah milik kerajaan meskipun terdapat beberapa dakwaan mengenainya yang tular di laman sosial.



2. Sejak mengambilalih pentadbiran negara pada Mei 2018, tak pernah walau sekalipun kerajaan menjual tanah.


3. Lim Guan Eng menguatkan hujahnya dengan bukti bergambar. (lihat bawah).






4. Lim Guan Eng juga mendedahkan sejak tahun 2010 hingga ke tahun 2017, sebanyak RM4b nilai tanah kerajaan telah dijual oleh pentadbiran terdahulu. Ini adalah merujuk kepada Barisan Nasional.


5. Lim juga berkata, proses penjualan tanah milik kerajaan itu pula dilakukan secara rundingan terus dan bukannya melalui proses tender terbuka.


6. Lim juga menegaskan, urusan penyahlaburan dan pelupusan bukan teras dan bukan kritikal aset negara merupakan urusan JABATAN PERDANA MENTERI yang berperanan mengimbangi kembali portfolio kerajaan dan sektor awam.

7. Dalam ertikata lain, Lim memperjelaskan, keputusan kerajaan untuk menyahlaburan beberapa aset negara yang bukan kritikal, bukanlah keputusan yang ditentukan oleh agensi beliau - Menteri Kewangan, sebaliknya keputusan itu tertakluk di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Untuk rekod, sejak kebelakangan ini, Khazanah Nasional dipertikaikan kerana melupuskan beberapa aset syarikat dan tindakan itu dikatakan berpunca dari DAP dan Lim Guan Eng dipersalahkan kerana menjaga Kementerian Kewangan. - 10 Oktober 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...