Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 6 Oktober 2019

Cukai Baru Akan Diperkenalkan - Apa Yang Kita Faham Setakat Ini.

POLITIK | Perdana Menteri Tun Mahathir mengesahkan yang kerajaan akan memperkenalkan beberapa cukai baru yang lebih cekap bagi meningkatkan hasil pendapatan negara.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Tun Mahathir ketika melancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Kuala Lumpur semalam.
Setakat ini apa yang kita faham menerusi kenyataan Tun Mahathir ialah;
 1. Beberapa cukai baru bermaksud lebih dari satu cukai.
2. Beberapa cukai baru itu pula dianggap TIDAK AKAN membebankan rakyat dan ini adalah jaminan Perdana Menteri sendiri.
3. Cukai baru yang diperkenalkan itu bertujuan untuk meningkatkan hasil pendapatan negara, ini secara tidak langsung mengesahkan SST tidak dapat menjana pendapatan sama seperti GST. Kerajaan telah hilang hasil dan hal ini sudah tentu merungsingkan.
4. Tun juga mengesahkan sistem percukaian yang diperkenalkan dulu tidak dikenakan secara tertib dan tersusun dan hal ini telah membuatkan banyak orang terlepas dari membayar cukai. Ini mungkin merujuk kepada SST.
5. Oleh kerana itu cukai baru yang akan diperkenalkan kelak, akan lebih kemas supaya orang tidak lagi dapat lari dari membayar cukai. 
6. Menurut Tun Mahathir lagi, kerajaan tidak melakukan ini secara suka-suka. Langkah ini terpaksa diambil bagi memperkasakan sistem percukaian negara. 
Adakah cukai baru ini merujuk kepada GST?
Setakat ini beberapa pimpinan Pakatan Harapan nampaknya menafikan yang kerajaan akan membuat pusingan U dalam isu GST.
Anwar misalnya berkata kerajaan tidak akan melaksanakan GST kerana orang miskin masih ramai di negara ini. Masalah kemiskinan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum mengenakan cukai kepada golongan ini. 
Pakatan Harapan juga mengesahkan Tun Mahathir sebenarnya menjawab soalan wartawan berhubung usul Pakar Ekonomi yang mencadangkan agar kerajaan kembalikan GST tetapi kadarnya perlunya bermula pada 3% untuk menampung perbelanjaan kerajaan yang nampaknya gagal ditampung oleh SST.
Tun Mahathir berkata cadangan itu akan dikaji dan jika rakyat bersetuju mahukan GST semula, ia boleh dilaksanakan. Tetapi ia tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Perbincangan untuk membawa semula GST juga tidak dibincangkan dalam Belanjawan kali ini. - 6 Oktober 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...