Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 September 2019

Tiada Satu Dalil Yang Kata Boikot Barangan Non Muslim Dapat Pahala Tapi Dalil Bayar Hutang Ada Banyak..

FAWWAZ JOHARI | BOIKOT vs HUTANG
Sebab ramai yang berkata pasal boikot, maka hari ini saya ingin tulis pasal hutang.

1. Ada pihak yang mengatakan boikot barangan non-muslim akan dapat pahala. Sebenarnya tiada satu pun dalil mengenai boikot barang non-muslim boleh mendapat pahala. Yang mengatakan sedemikian hanyalah ijtihad, ia boleh jadi betul, dan boleh jadi salah.



2. Rasulullah ﷺ sendiri, walaupun sedang berperang dengan kaum Yahudi, tetap berurusan dengan mereka. Sewaktu baginda wafat, masih terdapat baju perang baginda yang dipajakkan kepada orang Yahudi.

📗 Rujuk: http://hadits.in/bukhari/2700

3. Sekiranya benar mendapat pahala memboikot, sudah semestinya Rasulullah ﷺ terlebih dahulu akan memboikot Yahudi tersebut.

4. Hari ini, kita dapati kumpulan yang menyeru orang supaya memboikot non muslim, dengan jelas tidak mengikuti seruan mereka itu sendiri.

AMAT BESAR KEMURKAAN ALLAH ﷻ
5. Ini adalah firman Allah ﷻ terhadap mereka yang tidak melakukan apa yang mereka katakan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

Amat besar kemurkaan di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

📗 (Surah As-Saff, ayat 2-3)

6. Rasulullah ﷺ pula bersabda:

"Di antara tanda-tanda orang munafik ada tiga: apabila dia berbicara niscaya dia berbohong, apabila dia berjanji niscaya mengingkari, dan apabila dia dipercaya niscaya dia berkhianat."

📗 (HR. Muslim: 90) - http://hadits.in/muslim/90

BERKHIANAT

7. Pihak yang sama juga didapati telah mengkhianati orang MUSLIM. Mereka tidak membayar hutang-hutang mereka dan lari ke syarikat milik orang cina. Perbuatan mereka telah menyebabkan syarikat muslim tersebut menjadi muflis.

8. Tiada dalil satu pun mengenai boikot non-muslim, tetapi terlampau banyak dalil mengenai orang yang tidak membayar hutang mereka. Berikut adalah dalil-dalil mengenai hutang:
a) Akan digantikan pahala kebaikannya dengan setiap wang yang ia berhutang

📗 Rujuk: http://hadits.in/ibnumajah/2405

b) Rasulullah ﷺ tidak solat bagi jenazah yang tidak membayar hutang

📗 Rujuk: http://hadits.in/bukhari/2133

c) Bertemu dengan Allah ﷻ sebagai pencuri bagi mereka yang tiada niat membayar hutang mereka

📗 Rujuk: http://hadits.in/ibnumajah/2401

d) Mereka biasanya suka berdusta dan suka menyelisihi janji

📗 Rujuk: http://hadits.in/bukhari/2222

e) Allah ﷻ akan menghancurkan mereka yang mengambil harta orang lain

📗 Rujuk: http://hadits.in/bukhari/2212

g) Tidak akan terampun dosa mereka sekalipun mereka mati Syahid

📗 Rujuk: http://hadits.in/muslim/3498

9. Sebenarnya terlampau banyak lagi dalil-dalil mengenai mereka yang tidak membayar hutang. Cukuplah saya kongsikan beberapa dalil diatas.

10. Semoga kita sama-sama mengikuti ajaran Islam yang sebenar dan tidak terpedaya dengan retorik dan perkataan kosong yang dilaungkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang memburukkan imej dan agama islam.

11. Semoga kita termasuk dalam golongan yang dapat melunaskan hutang.

12. Rasulullah ﷺ banyak memohon doa supaya dilindungi daripada berhutang. Berikut adalah doa yang boleh kita amalkan:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

(Maksudnya: Ya Allah aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan terlilit hutang)

📗 Rujuk: HR. Bukhari: 2222 & Muslim 925

http://hadits.in/bukhari/2222

http://hadits.in/muslim/925

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...