Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 17 Mei 2019

Tiada Lagi Mesin Slot, Kasino Di Sabah, Mufti Perlis Puji Tindakan Shafie Afdal.

SOSMED | Tindakan menghapuskan perjudian berbentuk mesin slot dan kasino sepertimana yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Shafie Afdal pada 10 Mei 2019 yang lalu mendapat pujian dari Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin.

"Semoga Allah merahmati usaha ini. Di Bulan Ramadhan ini marilah kita berdoa agar YAB DS Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah ini mendapat ganjaran yang besar atas tindakan beliau tersebut. 


Islam mengharamkan judi kerana ia merosakkan kehidupan manusia. Negara kita juga patut berusaha ke arah bebas judi," kata Mufti Perlis itu dalam satu hantaran di Facebooknya pada rabu. 


Sebelum ini BERNAMA melaporkan Shafie telah memberikan arahan agar semua jenis kasino mini dan mesin slot di Sabah dihapuskan tanpa kompromi.


Rundingan juga akan dilakukan bersama Kerajaan Persekutuan agar tidak lagi menggunakan cukai bagi menghalang perjudian kerana itu tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya apa yang berlaku ialah meskipun cukai dinaikkan, perjudian tetap akan berlaku

"Apabila seseorang mempunyai tabiat berjudi, ia boleh membawa kepada kesan bahaya seperti pengabaian keluarga dan berakhir dengan pinjaman along untuk memudahkannya bermain lagi judi.

"Tetapi sekiranya anda mahu bermain mahjong, saya tidak kisah selagi ia tidak melibatkan wang,"
katanya ketika dalam satu sesi dialog dengan komuniti peniaga Cina Sandakan. - 17 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...