sdf
Cerita SR ini membuat beberapa tuduhan :
1. SR diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa ada dua jet peribadi telah dihantar dari Saudi Arabia pada malam PRU14 untuk membawa saya keluar dari Malaysia tetapi tidak dibenarkan oleh kerajaan untuk mendarat.
2. Tetapi dua jet peribadi ini sempat untuk membawa barang berharga milik saya bersama dengan beberapa pegawai kanan yang juga tidak dinamakan.
3. SR juga diberitahu oleh sumber yang kononnya dekat dengan saya bahawa dana sebanyak RM100 bilion telah dipindahkan ke akaun-akaun bank di Hong Kong.
http://www.sarawakreport.org/…/najib-and-rosmah-over-rm100…/
Fuh... kayanya. RM100 bilion. Bukan main-main.
Ok. Selepas saya tanya beberapa soalan sahaja, ramai akan tertanya-tanya diri bagaimana mereka boleh percaya cerita dongeng seperti ini.
a) Jika jet itu tidak dibenarkan mendarat, bagaimana pula mereka boleh bawa keluar barang-barang kemas serta pegawai-pegawai kanan?
Jet-jet itu mendarat di belakang rumah saya ke? Atau jet-jet itu pakai cahaya sedut?
Ataupun pegawai-pegawai ini jaguh lompat tinggi dan boleh lompat masuk semasa jet-jet itu masih terbang?
b) PH sudah mengambil alih kerajaan hampir satu tahun. Kenapa pula tidak ada rekod jet-jet ini pernah meminta kebenaran untuk mendarat. Tarikh jet-jet itu mahu mendarat pun sudah diberitahu oleh SR.
c) Siapakah dan kenapa kerajaan PH tidak pernah menamakan pegawai-pegawai kanan saya yang kononnya sudah hilang diri?
d) Jika sudah diketahui bahawa akaun-akaun bank ini ada di Hong Kong, kenapa kerajaan PH ataupun kerajaan Hong Kong ataupun DOJ Amerika Syarikat langsung tidak dapat mengesan?
Sumber yang kononnya masukkan duit itu pun SR sudah tahu.
Bank di negara mana pun SR sudah tahu.
Ini bukan kecil Ini dana RM100 billion.
Masih tak boleh kesan selepas satu tahun walaupun PH ada semua maklumat akaun-akaun bank saya dan keluarga saya?
e) Kenapa SR masih tidak mahu mendedahkan nama kedua-dua "sumber" ini?
Takut apa? Saya pun tak ada kuasa kerajaan lagi. Kenapa masih mahu main sorok-sorok?
Kan lebih bagus untuk SR memberi semua maklumat serta nama sumber-sumber ini kepada kerajaan PH.
Takkan MACC, pihak polis dan kerajaan PH enggan untuk ambil tindakan terhadap saya?
Terus-terang saya tanya.
Saya tak faham kenapa orang seperti Clare Brown boleh mengeluarkan fitnah-fitnah seperti ini tanpa sebarang rasa malu atau rasa bersalah. - 16 Mei 2019.