Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 20 Mei 2019

Jangan Terpedaya Lakonan DAP Semasa Bulan Ramadhan Kata Ustaz Ahmad Dusuki

POLITIK | Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani mengingatkan umat Islam di Malaysia agar tidak terpedaya dengan lakonan pemimpin DAP semasa bulan Ramadhan.

Gambar - Ustaz Ahmad Dusuki
Menulis di Facebooknya, Ustaz Ahmad Dusuki berkata kelakuan beberapa pemimpin DAP yang mendekati umat Islam ketika bulan Ramadhan merupakan satu lakonan dan tindakan itu berjaya mengelirukan serta menambat sekumpulan umat Islam sehingga sanggup memilih DAP sebagai wakil rakyat mereka.  


Berkongsikan dua gambar atas hantaran itu, Ustaz Ahmad Dusuki juga berkata, asal masuk sahaja bulan Ramadhan, pemimpin DAP bagaikan berlumba menunjukkan sikap mereka yang baik.

"Beberapa tindakan 'lakonan' pemimpin DAP terhadap umat Islam di Malaysia ini hampir sahaja mengelirukan malahan berjaya menambat beberapa ketul hati orang Islam sehingga sanggup menjadi wakil rakyat mereka.

Masuk sahaja bulan Ramadhan, adalah sahaja amalan yang cuba di tunjukkan bagaikan mereka terbaik untuk Islam bahkan seolah olah merekalah pejuang Islam yang tulin di 'redhai di sisi Allah'. Syabas DAP!!, teruskan lakonan anda.. moga mendapat anugerah menjadi actor terbaik.



Gambar - Ustaz Ahmad Dusuki
Ummat Islam, kalian pula usahlah terkeliru dengan lakonan hebat ini, sejarah kita di tipu ini terlalu panjang sesebelum ini, kitakan biasa mendengar kata kata mashyur ini " IF YOU CAN'T BEAT THEM, JOIN THEM".. jika kamu tidak berkuasa melawan mereka, kamu bersamalah dengan mereka, saat itu kamu berjaya mengatasi mereka," katanya. 


Ustaz Ahmad Dusuki juga mencabar DAP agar bersolat dan sujud bersama umat Islam jika benar meletakkan Islam sebagai keutamaan.

Selain itu DAP juga didesak untuk melaksanakan janji penghapusan tol dan PTPTN seperti yang dijanjikan dalam manifesto tulisnya lagi.


"Jika benar DAP dan sekutu mereka meletakkan Islam sebagai keutamaan, kita cabar mereka, jom bersolat dan sujud bersama kami, laksanakan janji penghapusan tol dan bayaran PTPTN yang di janjikan di dalam manifesto mereka itu, Jom laksanakan apa yang terdapat didalam Al Quran.. Gentar?

Sebenarnya DAP ada agenda tersembunyikan? Kami umat Islam di latih dengan kefahaman perang Badar Kubra di bulan Ramadhan ini.. Selamat mencuba DAP...

p/s : bagi para RBA tentera upahan DAP, harap kalian dibukakan hati oleh Allah, atau Allahlah sebaik baik pembalas,"
katanya.


Untuk rekod, Pakatan Harapan tidak menjanjikan penghapuskan PTPTN. - 20 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...