Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 22 Mei 2019

Kaitkan Dengan Insiden Bakar Kereta Mufti, Unit Amal Mungkin Dianiaya Pihak Tertentu, Ada Orang Dengki Kata Ketua Pengarah.

SEMASA | Ketua Pengarah Jabatan Unit Amal PAS, Mohd Nazree Mohd Aris mengesahkan dakwaan beberapa anggotanya telah direman polis bagi membantu siasatan dalam kes membakar kereta rasmi milik Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin pada 22 Mac 2019 yang lalu.



Sebelum ini sosmed mendedahkan seorang anggota unit amal dianggap sebagai dalang yang mengupah beberapa individu bagi menyimbah asid ke muka Dr. Asri. 

Bagaimanapun kumpulan itu enggan  melakukan perbuatan itu sebaliknya hanya bersetuju untuk membakar kereta rasmi milik Mufti Perlis itu dengan upah RM5,000 namun hanya dibayar RM500 sahaja.

Dakwaan yang tersebar itu dipercayai merujuk kepada hasil siasatan polis terhadap suspek yang ditahan. Suspek itu dikatakan seorang penganggur dan menghisap dadah.

Hal itu kemudiannya mengundang perasaan marah ahli PAS lalu mereka membuat laporan polis beramai-ramai supaya pihak yang membocorkan maklumat siasatan kepada orang awam dapat disiasat.

Namun selepas tiga hari, Jabatan Unit Amal mengesahkan anggotanya ditahan namun menjelaskan;

๐Ÿ‘‰ Suspek utama yang dicari merupakan seorang penganggur, ada rekod jenayah lampau, menghisap dadah dan bukannya ahli PAS. Malahan tidak dikenali oleh unit amal.
 
๐Ÿ‘‰ Hairan kenapa polis menahan 3 anggotanya

๐Ÿ‘‰ Kemungkinan besar Unit Amal sedang dianiaya oleh pihak tertentu

๐Ÿ‘‰ Tiada sebarang pertuduhan dikenakan, anggota unit amal hanya membantu siasatan

๐Ÿ‘‰ Peguam PAS juga sedang mempertimbangkan tindakan selanjutnya ke atas Dr. Maza yang membuat hantaran mengaitkan unit amal dengan kejadian membakar kereta itu.

๐Ÿ‘‰ "Ini semua satu tindakan yang sengaja dilakukan pihak tertentu untuk memalukan kami atas kredibiliti kami yang cemerlang sebelum ini.

"Kami membantu semua pihak dan atas sikap dengki itu maka ada usaha untuk memburukkan nama kami, burukkan nama parti.

"Kami selama ini membantu semua pihak, tak kira PH atau BN, juga semua bangsa dan agama yang ada di negara ini, semua kami tolong,"
katanya lagi. - 22 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...