Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 20 Mei 2019

"Sesiapa Nak Lawan PH, Akan Datang Pun Dia Tak Boleh Aman," - Pemimpin DAP Ugut Polis.

POLITIK | Semuanya bermula apabila Pengerusi DAP Jerantut Loo Why Leong menganggu siasatan pihak polis ke atas Setiausaha DAP daerah dalam kes;


👉 Menjual rokok seludup (haram)

👉 Menjual arak seludup (haram)

dan menghalang barang-barang tersebut dirampas dalam satu operasi.

Tindakan itu kemudiannya menyebabkan Loo ditahan pihak polis kerana mengacau tugas dan siasatan pihak polis.

Loo yang tidak berpuas hati kerana ditahan kemudiannya telah menghantar mesej ugutan ke atas Ketua Polis Daerah Jerantut, Mazlan Hassan. 

Mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp itu berbunyi,"sesiapa nak lawan PH, akan datang pun dia tak boleh aman".

Selepas menerima mesej ugutan itu, Mazlan kemudiannya membuat laporan polis dan Loo kemudiannya ditahan kali kedua dan kali ini disiasat kerana membuat ugutan jenayah ke atas OCPD.

Loo bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas disiasat selama beberapa jam.

Telefon bimbit dan kad simnya turut dirampas dalam siasatan tersebut.



Dalam perkembangan berkaitan, Najib Razak mempertikaikan tindakan membebaskan pimpinan DAP yang mengugut pihak polis serta menghalang siasatan menjual barangan seludup.

"Sebut "ko bodoh" kepada Menteri PH, duduk lokap 3 malam.


Ugut ketua polis daerah secara bertulis dan cuba mempertahankan ahli DAP menjual rokok dan arak seludup, dibebaskan selepas beberapa jam.


Kuasa DAP memang besar.," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Kenyataan itu juga disokong oleh rata-rata netizens di ruangan komen. 

Kebanyakannya mahu tahu jika DAP mahu mengalakkan aktiviti jenayah seperti menjual barangan seludup, rokok dan arak lari cukai tetapi dalam waktu yang sama menjadi kerajaan yang terikat dengan undang-undang. Ketidakkonsisten ini mengelirukan, dan DAP didesak untuk menyatakan pendirian.


Untuk rekod, ini bukan kali pertama pimpinan DAP Pahang dikaitkan dengan aktiviti samseng dan budaya ugut mengugut. - 20 Mei 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...