Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 April 2019

Maszlee, Penyokong Buktikan Betapa Diskriminasinya Sikap Tommy Thomas Dalam Isu UEC - CLP.

Friends Of Maszlee Malik | Sudah bertahun-tahun pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM ni terpaksa ambil peperiksaan CLP kerana ijazah mereka tak diluluskan oleh pihak Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB).
 


Sampai bila lagi mereka nak kena tunggu?

Kenapa AG lebih kalut nak benarkan UEC menduduki peperiksaan CLP tapi buat sambil lewa permintaan siswa-siswa kita dari USIM ni?

Menteri kalut pergi sana-sini, selesai masalah siswa lapar, bagi peruntukan sekolah pondok-tahfiz, pergi tengok keadaan di Sekolah Pasir Gudang, tup-tup AG pergi iktiraf UEC.

Ini bukan masanya nak main 'game' belakang. Negara tengah susah, time-time macam ni kita kena kerja.
 

Kami nak ajak rakyat Malaysia share benda ni sampai AG tahu prioriti kerja dia.

Jom! Biar dia tahu, suara rakyat suara keramat.

-----
Maszlee Malik | Saya mendapat maklumat bahawa pihak Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sedang dalam proses memohon daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LPQB) untuk mendapatkan pengecualian menduduki peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) bagi pemegang Ijazah Undang-Undang daripada FSU, USIM.

Lawatan pihak LPQB pada tahun 2017 telah meminta pihak FSU, USIM untuk mengadakan kursus tambahan selama enam (6) bulan bagi empat (4) kursus kepada pelajar-pelajar yang bergraduasi pada tahun 2017.

Masalah timbul, kerana sehingga kini pihak LPQB masih belum memutuskan tarikh kursus tambahan berkenaan perlu bermula. Pihak FSU, USIM telah mengemukakan semua dokumen yang diperlukan oleh pihak LPQB, malah perkara berkaitan ini juga tidak dimasukkan dalam agenda mesyuarat LPQB yang bersidang pada awal Mac lalu.

Saya merasakan hal ini perlu diberikan keutamaan oleh pihak LPQB kerana pihak USIM telah menunggu untuk sekian lama dan telah menyediakan dokumen lengkap bersama-sama modul cadangan untuk mempercepat proses berkaitan.

Sehubungan itu, saya memohon untuk pihak LPQB segera melihat isu melibatkan USIM ini dan memberikan kelulusan sewajarnya bagi membolehkan pelajar-pelajar berkenaan dapat mengikuti pengajian dengan teratur. - 3 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...