Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 April 2019

Diancam Saman, Fahmi Reza Terus Persendakan Lokman Adam Lobak Koyak, Hati Tisu.

Fahmi Reza | Dear Lokman Adam,

Aku dengar kamu nak ambil tindakan saman ke atas aku kerana satu design poster grafik di mana karikatur muka kamu digambarkan sedang koyakkan sepanduk muka badut boss kamu.




 
Aku faham kamu mungkin seorang yang hati tisu dan mudah sentap bila tengok lukisan karikatur muka kamu atau karikatur muka boss kamu tersiar di media sosial. Sebagai seorang politikus yang memegang jawatan tinggi dalam UMNO, sepatutnya kamu sedar bahawa setiap politikus yang mahu jadi wakil rakyat harus bersedia untuk menerima kritikan daripada rakyat. Tak ada politikus yang patut bebas dari dikritik, ditegur, disindir, dicemuh, diperli, disatira dan dipersendakan oleh rakyat, termasuklah kamu dan boss kamu.

Sebagai seorang politikus yang pernah memegang jawatan dalam kerajaan sebelum ini, dan mahu menjadi wakil rakyat, kamu seharusnya sedar sebagai public servant kamu patut bersedia dan perlu tahan mendengar teguran, gurauan, sindiran, kritikan dan cemuhan daripada rakyat. Ini sebahagian daripada tugas kamu untuk mendengar suara rakyat, termasuklah suara yang tak sedap didengar.

Kalau kamu mahu mewakili rakyat, kamu harus bersedia untuk mendengar pandangan dan maklumbalas daripada rakyat, dan harus bersedia untuk menerima pelbagai jenis kritikan dan sindiran dalam pelbagai bentuk, termasuklah lukisan karikatur dan poster satira yang kurang menyenangkan daripada rakyat.

Kalau kamu mudah sakit hati, mudah sentap, mudah butthurt, mudah triggered dan mudah koyak dengan kritikan, teguran, sindiran dan cemuhan rakyat, aku nasihatkan kamu supaya jangan jadi politikus, jangan jadi wakil rakyat, bersara saja dari politik.

Jika kamu mahu teruskan dengan tindakan saman kamu, ia hanya akan sampaikan mesej jelas kepada rakyat bahawa kamu seorang politikus yang mudah koyak, dan tidak boleh langsung menerima kritikan dan sindiran daripada rakyat, mahu menyekat suara rakyat yang mengkritik kamu, dan tak menghormati kebebasan rakyat untuk berekspresi.

Nak tahu apa akan jadi kalau kamu pilih untuk lawan dengan seorang pereka grafik yang gunakan lukisan, grafik dan poster sebagai senjata? Kamu akan dapat lebih banyak poster muka lobak koyak, bukan hanya satu. Sila lihat kempen muka badut #KitaSemuaPenghasut sebagai rujukan.

Bersiap-sedialah.

Akhir kata, jadilah seorang politikus yang bijak, bukan jadi lobak yang mudah koyak. - 3 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...