Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 April 2019

SU Salahuddin Terima Jam Mewah, Itu Perangkap Politik Untuk Menjatuhkan Reputasi Menteri Kata Ketua Pemuda Amanah.

POLITIK | Perkembangan kes siasatan Setiausaha Politik Menteri Asas Tani;
 


👉 SU Politik yang dikenali sebagai Ahmad Sabki itu ditahan reman selama empat hari.

👉 Beliau disiasat kerana menerima jam tangan berjenama Omega berharga RM28,000.


👉 Perdana Menteri menegaskan penjawat awam dilarang dari menerima apa-apa hadiah.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan melaporkan;

👉 Ahmad Sabki telah membuat laporan polis berhubung tindakan seorang individu yang cuba memerangkap dirinya.

👉 Jam itu diletakkan dibawah meja tanpa penglihatan sesiapa selepas beliau menolak pemberian jam mewah itu di pejabatnya. Saksi juga ada untuk mengesahkan kejadian.

👉 Ahmad Sabki juga telah melaporkan jam itu di Jabatan Intergriti dan mengisi borang penerimaan hadiah.
👉 Menurut Hazmi, ini adalah perangkap politik untuk mencemarkan reputasi Salahuddin Ayub.

Berikut adalah kenyataan penuhnya;

Hazmi Hassan | Saudara Supol YBM ada maklumkan kepada saya, dia buat report Polis berkenaan individu yang cuba perangkap dia dengan memberikan seutas jam tangan.

Beliau maklumkan dalam masa terdekat dia diberitahu oleh SPRM akan memanggil dia untuk siasatan kerana individu berkenaan membuat aduan terhadap beliau. Beliau juga menyerahkan jam tangan tersebut kepada Jabatan Integriti dan mengisi borang penerimaan hadiah. InsyaAllah kita yakin Akhuna tidak terkait dengan sebarang salah laku.

Ya. Memang orang yang datang tu hanya datang untuk hantar jam tangan. Apabila ditolak oleh beliau sendiri, dalam senyap orang tersebut letak jam tangan di bawah meja bila staf tak nampak. Saksi ada. Terus beliau buat laporan ke Unit Integriti MOA. Borang declaration itu ada.

Kita lihat ini adalah political trap sebab ada orang terus ke media untuk sebarkan kononnya beliau menerima jam tangan ini untuk habuan kontrak. No kontrak has been signed whatsoever. Ini adalah mainan perception di media to tarnish his and YBM’s reputation.

Sekian, terima kasih.🌹


----------

Amir Zakaria |  Saya sendiri turut hadir ketika perbicaraan permohonan reman. Sahabat dan senior sejak saya kenal politik.

Beliau tenang dan cerita sendiri kepada kami peguam-peguam yang hadir apa faktanya. Kepada yang memfitnah tanpa tahu hujung pangkal, bertanggungjawablah. Ini hanya proses reman. Belum pun dituduh. Apatah lagi disabitkan bersalah. Mungkin ini ujian di dunia untuk mengangkat darjat di sisi-Nya.

Ketika hendak berjalan keluar mahkamah usai prosiding, ada yang tanya taknak tutup muka ke? Beliau rilek menjawab “Buat apa tutup? Tak salah nak malu apa?” Jalan terus dan senyum.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...