Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 6 April 2019

Hibah TH Terendah Dalam Sejarah, Jangan Keluarkan Simpanan Anda, Fikirkan 'Keselamatan' Tabung Haji.

KHAIRUL AZRI | NASIHAT



Kepada Pendeposit;

Mantain duit anda dalam TH, tahun depan adalah hampir pasti hibah akan meningkat. Isu rosot nilai dan asset<liabiliti telah diselesaikan dengan pemindahan aset-aset TH ke dalam SPV.

Kita raikan proses 'pemuliharaan' TH ini.

Ambil peluang ini untuk memahami bahawa Hibah TH adalah “hadiah” yang diisytihar oleh TH, berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa.

Hibah tidak wajib dibayar oleh TH. Walaupun amalan pemberian hibah dibenarkan, ia tidak boleh dijadikan sebagai amalan tetap bagi mengelakkan amalan tersebut dikira sebagai “‘urf” (kebiasaan) yang menyerupai syarat dalam kontrak deposit berasaskan wadi’ah.

Mensyaratkan pulangan dalam bentuk hibah terhadap simpanan wadi’ah boleh menjerumuskan akad tersebut ke dalam riba yang diharamkan syarak dan pulangan itu menjadi sesuatu yang tidak bersih. [1]

Kepada Pembangkang;

Usah politikkan isu peratusan hibah yang kecil ini secara berlebih-lebihan.

Kalau anda berasa marah dan rasa seolahnya aset dan TH dijual yang akan menghancurkan TH, jangan jadi catalyst kepada kehancuran ini dengan mewujudkan panik dan seterusnya mengakibatkan bank run kepada institusi ini.

In a way, kita sebenarnya harus puji YB Menteri di atas 'keberanian' beliau membawa isu ni ke tengah, sebagai pembangkang yang matang kita kena beri peluang kepada pengurusan TH untuk menyedarkan orang ramai dan kembalikan balik falsafah simpanan TH ke akad asal TH itu sendiri iaitu Wadi'ah Yad Dhamanah dan juga berasaskan Qard.

Dan kita kena accept the fact yang kedudukan defisit TH ini tidak boleh dibiarkan lagi kerana ianya adalah tidak sustainable untuk jangka masa panjang.

Serta tidak dilupakan kelemahan pentadbiran dan kekurangan "Political Will" pembangkang dalam menguruskan TH serta isu pemberian hibah ketika menjadi kerajaan dulu.

Anda juga ada sebahagian daripada masalah ini.

Itu hakikat.

Kepada Kerajaan;

Tahniah diucapkan di atas kerja keras, keberanian dan kesanggupan mengubah pradigma pemikiran pendeposit TH.

Bahawa hibah itu tidak lah wajib dan ianya berdasarkan prestasi TH.

Benda yang perlu diperhatikan bagaimana kerajaan hari ini akan manage expectation hibah/dividen TH bagi tahun-tahun yang akan datang daripada pendeposit sama ada mereka boleh terima keadaan hibah/dividen yang kecil berbanding tahun-tahun sebelum ini?

Hal ini kerana risiko paling besar sekali adalah apabila expectation para penyimpan Hibah/Dividen tu tak kena dengan roadmap asset-liability allocation TH itu sendiri.

Paling penting, diharapnya kerajaan 'owned' dan stand firm dengan keputusan hibah kali ini, dan elakkan playing victim dengan meletakkan kesalahan hibah kecil ini 100% kesalahan kerajaan lama walhal prestasi pasaran ekuiti juga memainkan peranan yang besar dalam kemelut ini, dan terlepas peluang untuk set the right cause untuk TH pada masa hadapan.

Akhir sekali, sudah-sudahlah mempolitikkan isu TH ini dengan menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya seperti isu korupsi atau rasuah walhal isu ini lebih kepada isu piawaian perakaunan, governance dan juga political will oleh kerajaan yang terdahulu dalam isu pemberian hibah/dividen, kecuali jika anda mempunyai bukti yang kukuh perkara tersebut dilakukan.

Kepada semua : Sayangilah Tabung Haji. Kalau bukan kita, siapa lagi? 🙂

Sekian.

[1] https://www.tabunghaji.gov.my/…/simpan…/maklumat-am/hibah-th

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...