Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 April 2019

Peguam Negara Iktirafkan UEC Tanpa Kelulusan Kabinet Rupanya..

POLITIK | Pakatan Harapan dikecam teruk berikutan tindakan Peguam Negara Tommy Thomas mengumumkan UEC kini diiktirafkan sebagai memenuhi syarat kelayakan untuk menduduki Sijil Amalan Guaman (CLP) bermula 1 Januari 2021.


Pengumuman itu juga diraikan secara gembira oleh Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dalam satu kenyataan ringkas di Facebooknya pada sabtu.

"Terima kasih Peguam Negara," (disertai dengan ikon tepuk tangan) katanya dalam satu kenyataan. Bagaimanapun status di Facebooknya itu kemudiannya dipadamkan kerana menerima serangan yang teruk dari netizens.

Namun pautan berita berbahasa cina dikekalkan meskipun memaparkan kenyataan yang sama, cuma ia ditulis dalam bahasa cina.

Tindakan Peguam Negara itu kemudiannya mewujudkan pelbagai sangkaan negatif terhadap kerajaan Pakatan Harapan apatah lagi apabila Rais Yatim mendedahkan perkara yang berlaku disebalik tabir!

Ini antara sangkaan yang berlegar-legar di sosial media;

👉 Tommy Thomas bekerja untuk DAP dan bukannya untuk rakyat Malaysia dan kerajaan Pakatan Harapan.

👉 Tommy belum lagi menyelesaikan siasatan terhadap Najib Razak, bahkan berlaku beberapa kesilapan kerana kecuaiannya, tetapi dia dilihat terlalu berpartisan dan memberikan gambaran negatif terhadap kerajaan dalam beberapa isu seperti;

i) Isu siasatan terhadap Lim Guan Eng - ramai pihak berharap yang kes itu patut diputuskan oleh mahkamah dan bukannya digugurkan dipertengahan jalan memandangkan tindakan itu akan menyebabkan Pakatan Harapan dibayangkan mengawal sistem kehakiman;

ii) berjoget dan bersosial dengan pihak yang boleh dipertikaikan.

Apa yang lebih mengejutkan ialah bilamana Rais Yatim mengatakan;

👉 Mengiktirafkan UEC untuk CLP tidak melalui proses perbincangan dan perundingan di kabinet!

👉 Keadaan ini membayangkan Malaysia mempunyai dua jenis sistem pendidikan. 

👉 Tommy juga seperti memberikan ruang ekploitasi pihak tertentu atas kedudukannya. 

👉 Sepatutnya Peguam Negara memberikan masa kepada kerajaan untuk memutuskan yang terbaik, selepas perbincangan dan kajian dilakukan secara menyeluruh.

Apa yang diperkatakan oleh Rais Yatim tidak salah juga kerana tindakan Tommy Thomas mendorong kepada perpecahan antara kaum. 

Negara berpecah kepada dua jenis pendidikan, satu pendidikan kebangsaan satu lagi pendidikan kecinaan yang mengutamakan satu kaum sahaja. Semangat kebangsaan dilenyapkan secara perlahan-lahan.

Lama kelamaan Malaysia akan menjadi negara Malaysia-Taiwan. 

Dimasa rakyat sedang mencari alternatif terbaik untuk menyatukan rakyat dibawah satu sistem pendidikan, pihak tertentu dengan sengaja mencetuskan provokasi dengan memisahkan kaum cina dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

Perkara seperti inilah yang akan membuatkan cina semakin menjauh dan seterusnya menjadi benci kepada kaum lain. Ia tidak baik untuk perpaduan negara. Cukuplah Tommy gagal dengan bahasa melayunya dan sifat kebangsaannya, kenapa dia perlu heret orang lain menjadi seperti dirinya? Itu perlu difikirkan bersama. - 2 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...