Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 5 April 2019

Hibah Tabung Haji 1.25% Paling Rendah Dalam Sejarah, Ini Penerangan Lengkap Untuk Mereka Yang Marah-Marah..

POLITIK | Disebabkan pengumuman hibah terrendah dalam sejarah Tabung Haji maka Pakatan Harapan telah menerima kecaman bertubi-tubi dari orang melayu dan pembangkang sejak petang tadi. 



Apa sahaja alasan yang diberikan mereka tidak mahu mendengar bahkan bertindak menyalahkan DAP dan Pakatan Harapan yang menjadi punca kenapa hibah tahun ini paling rendah dalam sejarah Tabung Haji.



Untuk rekod petang tadi, Tabung Haji mengumumkan hibah 2018 sebanyak 1.25% kepada semua pendeposit Tabung Haji.



 
Sebelum ini kerajaan pernah memberikan bayangan hibah tahun 2018 tidak akan sama seperti tahun-tahun sebelumnya kerana;

👉 Berdasarkan prestasi kewangan semasa Tabung Haji, Tabung Haji tak selayaknya atau sepatutnya memberikan hibah tinggi kepada pendeposit.

👉 Hal ini berlaku kerana sejak 4 tahun yang lepas, Tabung Haji telah membuat beberapa keputusan perniagaan yang merugikan syarikat - pelaburan yang dibuat tidak menjana keuntungan malahan rugi.

👉 Bagi menutup kerugian itu, maka TH bertindak membuat sedikit manipulasi mengenai kedudukan kewangan mereka (kreatif akaun); yang menunjukkan atas kertas tercatitnya keuntungan tetapi secara hakikatnya, TH bukan sahaja tidak untung bahkan rugi dan kerugian itu pula membuatkan TH tiada upaya untuk membayar hibah tinggi.

👉 TH sebaliknya membayar hibah menggunakan deposit/wang simpan penabung.

👉 Namun alasan itu berjaya dispin oleh pembangkang - pendeposit bayar pendeposit, apa masalahnya?

👉 Hakikatnya ia memang merupakan satu masalah kerana jika keadaan ini diteruskan ataupun tidak diperbaiki, TH akan kehilangan wang lebih banyak lagi.

👉 TH perlu cari lebih banyak wang untuk menampung hibah yang telah diumumkan, dan TH perlu cari lebih banyak wang untuk tampung kerugian pelaburan - prestasi kewangan TH menjadi teruk dan nazak. Bahasa ringkasnya begini; 

Kita ada duit rm10. Kita belanja kawan kita rm20 dengan menggunakan duit yang kita pinjam sebahagiannya.

Perniagaan kita rugi. Kita dapat rm10 sahaja.
Tapi sebab kita nak nampak macam hebat dan berjaya kita kata untung dan belanja kawan kita rm20.

Kawan kita taktahu kita rugi.

Duit keuntungan kita rm10 - lesap kerana bagi ke kawan kita.

Dan kita pula tak pasal-pasal ada pinjaman rm10 sebab nak belanja kawan kita duit. 

Untuk cover masalah ini, kita perlu fikir untuk dapatkan balik keuntungan yang melebihi dari pinjaman kita supaya dapat membetulkan keadaan.

Tetapi untuk tahun seterusnya, kita ulang lagi langkah yang sama sebanyak 4 kali berturut-turut.

Dari rm10, pinjaman kita menjadi rm40.

Kesemua keuntungan kita hilang kerana bayar tanggungan dan kita masih lagi ada pinjaman rm40 kerana belanja kawan kita dalam keadaan kita tiada kemampuan kewangan untuk berbuat demikian. 

Ini sebenarnya yang terjadi. Pakatan Harapan mahu membetulkan kesilapan keputusan pelaburan kepimpinan terdahulu dengan;

- Mencari punca masalah/kesalahan/kesilapan pelaburan yang pernah dilakukan Tabung Haji dan membetulkan perkara itu.

- Mengetahui kemampuan kewangan sebenar TH dan membayar hibah berdasarkan prestasi semasa dan bukannya prestasi yang diperbesar-besarkan supaya tidak menjadi beban dikemudian harinya.

Ini sebenarnya yang berlaku.

Jika sekalipun merasakan ini semua adalah salah DAP, takpe, baca dulu penerangan kerajaan kat bawah ini. Baca dulu satu persatu, baca dulu sampai faham dan selepas itu jika nak marah ke apa ke, tak kisahlah. Janji baca dulu. Kalau nak marah sekalipun biarlah selepas kerajaan diberikan ruang untuk menjelaskan perkara sebenar. - 5 April 2019.







Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...