Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 16 April 2019

Isu Sebenarnya ECRL Ialah Kewangan Dan Teknikal..

Ahmad Kailani Muhammad | Akhirnya projek ECRL diteruskan selepas rundingan yang agak lama dgn China. Saya mempunyai banyak maklumat tentang projek kerana penglibatan saya semasa penyediaan feasibility study ECRL untuk kerajaan (melalui UKAS, JPM) beberapa tahun lepas. 



Tetapi memandangkan ramai kawan saya juga terlibat dalam projek ini semasa fasa pembinaan sekarang, saya memilih untuk tidak membuat sebarang posting tentang projek ini. 

Rasanya sekarang bolehlah saya menulis tentang ECRL memandangkan ianya telah dimuktamadkan. Banyak posting yg saya baca adalah terlalu political sedangkan isu sebenarnya ialah financial dan technical.

'Between the devil and the deep blue sea', itu adalah pandangan saya mengenai pilihan yang kerajaan ada ke atas ECRL. 


Membatalkan projek bermakna kerajaan terpaksa membayar RM20bil kepada China tetapi tidak mendapat end product. Meneruskan projek dengan kos dahulu bermakna kerajaan akan terpaksa menanggung beban hutang yang lama dan dalam masa sama memberi subsidi untuk kos operasi. Sekarang pun kerajaan terpaksa memberi subsidi lebih RM100 juta setahun untuk kos operasi KTMB. Jadi pilihan yang ada adalah dengan meneruskan negotiation dengan kerajaan China.

Alignment yang 'preferred' dalam feasibility study ialah melalui Gombak (ada 3 options yang dikaji). Tapi semasa feasibility study, engagement hanya dilakukan dengan kerajaan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan NS. 


Jajaran Gombak Port Klang akan melalui Klang Gates Quartz Ridge sepanjang 16km dan 200m lebar, the longest of its kind in the world. Kawasan ini mempunyai 265 species plant yang tidak didapati di tempat lain. Quartz Ridge ini sedang cuba untuk dimasukkan di bawah warisan Unesco oleh kerajaan Selangor. Selagi isu Quartz Ridge ini tidak diselesaikan oleh kontraktor ECRL, kerajaan Selangor tidak membenarkan jajaran ECRL melalui kawasan ini.

Di antara 3 alignment options semasa feasibility study dahulu ialah melalui Jelebu/Kuala Kelawang di NS. Amat menyedihkan bila perkara ini disebut oleh Lim Guan Eng, timbul tuduhan bahawa ini adalah disebabkan PRK Rantau. 


Dengan pemilihan alignment di NS, panjang pembinaan terowong akan dapat dikurangkan dan tentunya kos dapat dikurangkan. Begitu juga dengan jajaran sehingga Kota Bharu sahaja dan tidak ke Tumpat, kos pembinaan juga dapat dikurangkan. British membina rel sehingga ke Tumpat dahulu hanyalah bagi tujuan mengangkut iron ore.

Kesimpulannya, kos RM44bil itu tidaklah begitu jauh dari kos asal di dalam feasibility study dengan mengambil kira inflation rate dan kejatuhan ringgit.

Saya tidak akan mengulas sama ada projek ini feasible dan economically viable atau tidak (walaupun conclusion of the feasibility study agak jelas tentang projek ini). Itu mungkin boleh dibincang over a cup of tea. Tapi comparatively di antara HSR dan ECRL, mungkin kita memerlukan HSR lebih dahulu. Tetapi bila contract telah ditandatangani, pilihan yang ada untuk kerajaan amatlah terhad dan kerajaan terpaksa fight dengan tangan terikat.

Jangan terlalu menilai dan membaca sesuatu dengan pandangan politik sahaja, dan tanyalah orang yang lebih pakar. - 15 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...