Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 November 2018

Gaji Lebih RM1,000 Kena Bayar PTPTN Secara Potongan Gaji. #Belanjawan2019.

BELANJAWAN2019 | Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan semua peminjam PTPTN perlu membayar semula pinjaman mereka apabila menerima gaji melebihi RM1,000 sebulan.




"Memastikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kekal mampan, Kerajaan akan memperkenalkan:

Pembayaran balik dengan cara potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam, bergantung kepada paras pendapatan peminjam. 

Pembayaran balik ini hanya terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan," kata Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 siang tadi. 

Sekurang-kurangnya potongan 2% akan dikenakan bagi mereka yang bergaji rm1,001 ke atas. Manakala 15% adalah had potongan maksima yang akan dilakukan kerajaan, bergantung kepada mana-mana pendapatan terkini peminjam.

Bagaimanapun Lim Guan Eng tidak menjelaskan dengan lebih lanjut apakah mekanisme yang akan digunakan oleh kerajaan bagi memastikan;

1. Peminjam bersetuju dengan potongan gaji.

2. Apakah melibatkan syarikat swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

3. Adakah terpakai untuk yang bekerja tetap ataupun sambilan.

Seperti yang kita ketahui, kebanyakan pekerja di bandar menerima gaji lebih daripada RM1,000 sebulan. 

Tambahan pula gaji minima telah dinaikkan ke paras RM1100 sebulan bermula tahun hadapan. 

Dan ini bermaksud tiada mana-mana peminjam PTPTN dikecualikan daripada membayar pinjaman mereka, ini bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan yang beraspirasi mahu mengecualikan peminjam yang bergaji kurang RM4,000 daripada membayar pinjaman pendidikan masing-masing.

Selain itu Lim Guan Eng juga mengumumkan beberapa insentif berkaitan pembayaran semula PTTPN, iaitu;

• Pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019;

• Layanan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000;


• Potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama; dan


• Menghapus kira baki hutang kepada peminjam yang berusia 60 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, yang memanfaatkan 350 peminjam dengan kos RM4.2 juta.


Ini bermaksud seseorang yang berumur 60 tahun ke atas dan mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan, baki hutang mereka akan dihapuskan.

Mungkin inilah satu-satunya perkara yang mengembirakan peminjam-peminjam PTPTN yang berumur 60 tahun dan ke atas. - 2 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...