Khamis, 13 September 2018

Strategi Bijak Rafizi Dalam Langkah PD Buktikan Beberapa Pemimpin PKR Menolak Anwar.

LAPORAN | Rafizi dan strategi berpisah tiada. Terbaru dalam Langkah Port Dickson membuktikan kenyataan Rafizi sebelum ini bahawanya terdapat beberapa pihak yang tidak mahu Anwar naik sebagai Perdana Menteri adalah benar.

Rafizi yang dipetik sebagai berkata oleh beberapa media tempatan sebelum ini beberapa kali menegaskan terdapat beberapa pihak yang cuba menghalang Anwar dari dinaikkan sebagai Perdana Menteri ke 8.

Rafizi memetik nama seperti Daim, bagaimanapun Daim menafikan dakwaan tersebut. Rafizi juga membayangkan Azmin dan Zuraidah antara yang terlibat. Azmin sepertimana Daim, juga menafikan perkara itu. 

"Undi saya jika mahu Anwar sebagai PM," kenyataan ini sudah cukup membayangkan Azmin sebagai batu penghalang kepada Anwar. Ini sekaligus mencemarkan imej Azmin di mata penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi kemudiannya bertindak dengan lebih berani apabila mengumumkan Anwar akan bertanding di Parlimen dalam masa terdekat.


Tian Chua antara pemimpin PKR yang bangkit mempersoalkan tindakan Rafizi itu.

"Sebelum ini anda tak habis-habis bercakap tentang keterbukaan, ketelusan dan kebenaran. 

Tapi kini boleh pula mendakwa beberapa orang terpilih boleh membuat keputusan besar untuk parti tanpa berunding dengan orang lain dalam kepimpinan.


"Ini parti demokratik atau kongsi gelap?,"
katanya menerusi ciapan di Twitter.


Dalam satu siri jelajah Rafizi di Kuantan, Rafizi kemudiannya menjawab Tian Chua dengan menjelaskan hanya pihak tertentu sahaja yang mengetahui lokasi sebenar dimana Anwar akan bertanding kerana perbincangan tidak melibatkan semua pimpinan PKR.


Ini bukan sahaja tidak menjawab kepada soalan bahkan menjadi tanda-tanya kenapa hanya pihak tertentu sahaja yang berbincang dan tidak melibatkan kesemua pimpinan PKR. Apakah ada krisis ataupun Rafizi mahu membendung batu api dan pengintip di dalam PKR?


Pada Rabu, beberapa pimpinan PKR akhirnya mengumumkan jua Anwar akan bertanding di Port Dickson. 

Antara yang hadir di dalam sidang media itu ialah;

👉 MP Sungai Petani - Datuk Johari Abdul 
👉 MP Lembah Pantai - Fahmi Fadzil
👉 MP Wangsa Maju - Datin Paduka Dr Tan Yee Kew
👉 MP Kulim-Bandar Bharu - Saifuddin Nasution

Kesemua di atas dianggap sebagai #TeamRafizi selain dari MP Selayang, MP Kapar, MP Johor Bharu, MP Subang, dan MP Kuantan seperti yang diketahui umum.
Ini termasuklah Nurul Izzah dan Wan Azizah sebagai ahli keluarga Anwar.

Datuk Danyal Balagopal Abdullah, Ahli Parlimen Port Dickson yang juga hadir kemudiannya mengumumkan perletakkan jawatan serta merta bagi memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim masuk ke Parlimen dan seterusnya menjadi PM ke 8 negara.


Anwar dilaporkan berada di Hong Kong ketika pengumuman dibuat. Penjelasan Anwar mengenai pengumuman itu kemudiannya dilaporkan Awani seperti berikut;



Wan Azizah dipetik sebagai berkata tindakan Anwar bertanding di PD adalah wajar.

“Ini adalah kerana apabila beliau, Anwar dinafikan hak apabila dia dimasukkan ke dalam penjara sudah sebelas tahun, kalau dihitungkan semuanya jadi (PRK ini) untuk dia bertindak aktif dalam politik.
 

Inilah caranya untuk menjadi wakil rakyat dalam Dewan Rakyat, InsyaAllah sebab persepsi ini sudah kita lalui PIlihan Raya Umum ke-14. Kita kata kalau kita menang Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar sebagai Perdana Menteri Menanti,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas isu tersebut.

NGO Patriot kemudiannya meminta Anwar agar tidak bertanding di PD sebaliknya bertanding di kerusi lain.


"Jika laporan berita itu terbukti benar, PATRIOT melihat keputusan parti itu tidak mempedulikan veteran tentera dan kepemimpinan PKR nampaknya tidak menghargai kehadiran seorang pegawai bersara tentera sebagai anggota parlimen.


"Kepimpinan PKR mesti memahami bahawa kehadiran veteran angkatan tentera di parlimen disokong oleh ribuan pesara yang dilihat mewakili mereka, dan suara mereka bergantung kepadanya,"
kata Presidennya, Mohamed Arshad dalam satu kenyataan.


Siti Kasim juga menyeru agar jangan mengundi Anwar Ibrahim di PD di Instagram miliknya.



Instagram Siti Kasim

"Jangan undi Anwar, biarkan pembangkang menang. PKR dan keluarganya (Anwar Ibrahim) perlu diajar. Mereka dah melakukan perkara seperti ini sebanyak 3 kali. Tidak lagi. 

Mereka fikir mereka boleh lakukan apa sahaja menggunakan wang pembayar cukai? JANGAN HARAP!," tegas peguam kontroversi, Siti Kasim sambil berkongsikan kenyataan media Zuraidah yang mempersoalkan tindakan meletakkan Anwar sebagai calon di PD.


Zuraidah menjadi pemimpin pertama dari PKR yang dilihat membantah tindakan menamakan Anwar sebagai calon di PD. 


Menurut Zuraidah perkara itu diputuskan tanpa melalui saluran yang betul, yakni membelakangkan Biro Politik PKR.


Selepas Zuraidah, peguam mesra PKR, Latheefa Koya kemudiannya menyusul dengan nada serupa.



"Kenapa kamu putuskan sesuatu dengan membelakangkan parti, tanpa melalui Biro Politik ataupun Jawatankuasa Pusat? 

Kenapa lakukan perancangan secara sulit tanpa memaklumkan kepada pimpinan tertinggi? Dan kenapa biarkan budak kamu berkeliaran dan bergaduh dengan semua orang bagi memastikan agendanya (terlaksana)? Reformasi apa yang kamu laungkan? Demokrasi apa yang kamu canangkan? #JanjiAkuPM," tulis Latheefa dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Anwar Ibrahim dan 'your boy' pula dipercayai ditujukan kepada Rafizi Ramli. 

Latheefa dan Rafizi diketahui umum mempunyai sejarah pergaduhan

Zuraidah pula dianggap umum adalah proksi kuat kepada Azmin Ali. Sesetengah pihak beranggapan suara Zuraidah adalah mewakili mesej yang ingin disampaikan oleh Azmin Ali.

Andaian itu dikuatkan lagi apabila anak Azmin Ali turut mengulas isu tersebut di Twitternya.


Ameer yang juga anak kedua kepada Azmin Ali berpendapat mengadakan pilihanraya kecil merupakan satu pembaziran. Meskipun dirinya mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi beliau beranggapan zaman Anwar Ibrahim sudah pun berakhir. Anwar sepatutnya membiarkan generasi muda mengambilalih, jelasnya lagi.

Sesetengah pihak beranggapan rancangan Rafizi mengumumkan Anwar bertanding di PD merupakan satu strategi politik yang bijak. 

Bertanding di pemilihan parti, beberapa kali telah Rafizi katakan ada usaha mahu menghalang Anwar dari memasuki Parlimen. Apabila kata-kata tidak lagi menyakinkan, maka tindakan akan membuktikan. Itulah yang berlaku kini. - 13 September 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...