Rabu, 12 September 2018

Wartawan WSJ Jawab Najib Isu Wang Sumbangan Arab Saudi.

AWANI | Tiada perkara baru yang didedahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengenai sumbangan Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz as-Saud pada 2011 di Facebooknya, kata wartawan Wall Street Journal Tom Wright dan Bradley Hope.


Malah Wright menerusi akaun twitternya memberitahu telah lama memiliki dokumen yang bekas perdana menteri itu dakwa sukar untuk beliau miliki sebelum ini.

“Najib berkata dia ambil masa untuk mendapatkan dokumen derma Saudi ini. Kami sudah ada (dokumen) tersebut bertahun lamanya, dan tidak ada perkara baharu mengenainya. Dan ia tidak menjelaskan mengapa dia terima AS$681 juta tunai daripada 1MDB," ciap Wright.


Manakala Hope menerusi akaun Twitternya berkata dokumen yang didedahkan Najib diragui kesahihannya dan mendakwa seolah terdapat unsur penipuan.

"Dokumen yang anda sertakan adalah sebahagiannya mengelirukan (iaitu pemindahan, yang melindungi asal sebenar dana) dan sebahagiannya berdasarkan penipuan yang didakwa (surat yang dikatakan berasal dari putera Saudi, yang diwujudkan untuk mengelirukan pengawal selia dan bank)," ciap beliau.

Wright Dan Hope merupakan wartawan WSJ yang membongkar skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mereka mendakwa tiada perkara baru yang didedahkan oleh Najib menerusi akaun Facebooknya semalam.

Pada Isnin malam, Najib menerusi akaun Facebooknya mendedahkan bukti sumbangan Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz as-Saud pada 2011 yang didakwa bertujuan membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sumbangan itu dakwa Najib bertujuan bagi memastikan UMNO dan BN mampu bertahan, sekiranya berlaku kebangkitan rakyat ala Arab Spring di Malaysia. - 12 September 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...