Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 13 September 2018

RORA Tegur Sikap Mahasiswa Terjerit-Jerit Depan Menteri.

LAPORAN | Ini susulan dari pertemuan dua hala antara Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dengan beberapa mahasiswa dan anak muda yang memprotes tindakan beliau menerima perlantikan sebagai Presiden UIA di Restoran Amjal. 

Antara yang hadir ialah anak muda dari KESATUAN, DEMOKRAT, GAMIS, PKPIM, BELIA HARMONI (IKRAM SISWA), Pemuda PSM, dan Aktivis Mahasiswa Indipenden.



Pertemuan dilaporkan berlangsung dalam suasana aman harmoni selama dua jam meskipun berlakunya aksi 'perdebatan panas' ketika menteri mendengar keluhan-keluhan dari kumpulan anak muda itu. 

Maszlee telah 'dibantai' bertubi-tubi bagaimanapun beliau tetap tenang mendengar. 

Antara alasan yang dikemukakan oleh kumpulan anak muda tersebut ialah;

👉 Selaras dengan janji Pakatan Harapan yang mahu memisahkan pemimpin politik dan pentadbiran universiti bagi mengelak dari campurtangan politik.

👉 Bagi mengelak wujudnya favoritism, universiti yang didokong oleh pemimpin/menteri tertentu mungkin mengutamakan universiti tersebut berbanding universiti lain terutamanya dalam pengagihan peruntukan.

Video mengenai pertemuan itu kemudiannya tular di laman sosial dan Maszlee ditroll oleh sekumpulan pihak kononnya bermuka merah padam apabila mendengar kritikan tepat ke wajahnya pada petang semalam.

Bagaimanapun tidak semua pihak mempunyai pemikiran yang serupa. Untuk rekod, pertemuan ini adalah atas inisiatif dari pihak yang menyokong Menteri Pendidikan itu sendiri yang bermaksud Mazlee Malik cukup berlapang dada dan terbuka untuk meluangkan masa bagi bertemu anak muda dan mendengar sendiri kritikan di depan mata. 



Mana mungkin Maszlee Malik boleh dibayangkan sebagai telah dimalukan atau jatuh maruahnya mahupun bermuka merah padam.

Beberapa anak muda yang bersuara secara lantang (kuat) bukanlah kerana tidak menghormati menteri tetapi kerana suasana yang bingit dengan kehadiran ramai pihak, jadi ianya rasional untuk kita menguatkan sedikit 'volume' suara agar semua pihak dapat mendengari hujah yang disampaikan.

Pertemuan itu berakhir dengan kumpulan anak muda itu membuat ketetapan bahawanya Maszlee harus berundur sebagai Presiden UIA dalam masa 7 hari.


"Perjumpaan dengan Dr Maszlee menjumpai jalan buntu. Kami bertegas dengan prinsip bahawa universiti awam patut bebas daripada lantikan politik dan Dr Maszlee ada 7 hari untuk letak jawatan trrmasuk setiausaha politik beliau. Terima kasih mahasiswa yang turun memberi sokongan dan pandangan.


Hari ini kita sudah tunjukkan bahawa mahasiswa tidak akan menggadaikan prinsip walau siapa pun menteri tersebut.

Aku tekankan kepada maszlee sebentar tadi bahawa jika dia tidak boleh letak jawatan maka dia tidak layak untuk berbicara soal autonomi universiti. 


Pakatan harapan boleh gugurkan Janji 50 mereka daripada buku HARAPAN!," tulis Asheeq Ali di Facebooknya pada rabu.


Tidak ketinggalan, Ustaz Rozaimi turut mengulas isu berkenaan di laman sosialnya pagi ini.

Sejak kebelakangan ini Ustaz Rozaimi ataupun nama manjanya RORA dilihat sering mengulas isu politik terutamanya andai perkara itu membabitkan pimpinan PPBM dan PAS.

"Saya terlihat satu video mahasiswa terjerit-jerit di depan seorang menteri.

Jeritan ala-ala demo ini bukanlah salah. Tetapi ia kurang sesuai jika orang yang kita ingin komen berada di depan kita. Lainlah kalau menteri gunakan polisi tutup pintu kepada mahasiswa sehingga tidak mahu berjumpa langsung,"
katanya dalam satu kenyataan.

Menurut RORA mahasiswa sepatutnya menggunakan ruang pertemuan dengan menteri dengan melakukan perbahasan tanpa perlu terjerit-jerit agar apa yang ingin disampaikan lebih focus dan terarah.


"Bagi saya, mahasiswa sepatutnya gunakan ruang yang ada untuk berjumpa menteri berbahas dan memberi hujah ilmiah tentang cadangan dan bantahan yang mereka kemukakan.

Mungkin mahasiswa telah berbahas dengan baik masa berjumpa menteri tetapi jeritan yang sedikit itu telah menjadi fokus netizen dan tenggelamlah hujah ilmiah mahasiswa yang berjumpa semalam (jika ada).

Untunglah mahasiswa menteri ingin berjumpa sebab itu jika boleh peluang ini jangan disia-siakan. Tunjukkan kemampuan anda berhujah dan berbahas depan menteri. Itu lebih baik bagi saya tanpa ada jerit-pekik.

Ingin saya ingatkan kita semua: untuk menjadi pelajar yang bagus biar muka pecah, asalkan adab cantik dan akal sejahtera,"
katanya lagi. - 13 September 2018.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...