Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 Mac 2018

Viral Audio Pemimpin PAS Makan Duit UMNO, Nik Abduh Nafi, Husam Cabar Saman.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya. Rakaman ucapan saya itu adalah karut, mengarut dan fitnah ke atas diri saya," itulah penjelasan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh dalam mengulas penyebaran rakaman audio yang kononnya beliau mengaku telah terima duit UMNO dan bekerjasama dengan UMNO bagi menjatuhkan DAP.

Rakaman audio tersebut berlegar-legar di Facebook dan platform media sosial yang lainnya dengan pelbagai versi yang memainkan ucapan pengakuan individu yang didakwa sebagai Nik Abduh yang mengakui menerima wang UMNO bersama pemimpin PAS yang lain.

"Tuan Guru tanya betul ke ada makan duit UMNO? Takpe makan duit UMNO, janji buat kerja Islam," antara yang didengar dalam rakaman tersebut.

Nik Abduh bagaimanapun menafikan rakaman tersebut adalah suaranya dan mengatakan ia adalah fitnah karut ke atas dirinya.
 
"Jawaban Saya

Dakwaan rakaman ucapan saya itu adalah karut, mengarut dan fitnah ke atas diri saya, malah juga secara langsung dan sengaja ke atas parti PAS yang sejahtera daripada terlibat dalam perkara yang diharamkan oleh Islam termasuk memakan rasuah politik UMNO atau membuntut di ekor DAP.

Ia hanya sampah yang tidak layak dimakan kecuali oleh pelahap fitnah seperti PAN dan sekutunya.

Saya menafikan sekeras-kerasnya, berdoa semoga Allah menimpakan balasan segera ke atas para pelakunya kecuali mereka segera bertaubat kepada-Nya.

Semoga Allah mengukuhkan kekuatan PAS dan pendukungnya, dicintai rakyat Malaysia seluruhnya dan memimpin negara menuju kejayaan dan kesejahteraan yang sebenar,"
jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook.


Sementara itu Husam Musa, wakil rakyat DUN Salor meminta agar Nik Abduh tidak hanya bertindak menafikan sebaliknya samanlah pihak yang menyebarkan rakaman tersebut kerana dituduh menfitnahnya.

"Sepatutnya Nik Abduh samanlah, sebagai seseorang yang bermaruah.. dia tidak boleh menafikan begitu sahaja," kata Husam Musa dalam satu kenyataan.


Husam juga mencadangkan agar PAS menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat penyebaran audio tersebut disamping meminta agar setiap ahli PAS mendengar sendiri audio tersebut dan membuat penilaian sendiri.

Untuk rekod, rakaman audio yang berlegar-legar di platform media sosial terdapat dua versi, satu rakaman versi pendek dan satu rakaman suara versi panjang berdurasi hampir 20 minit lamanya.

Rakaman itu didakwa merujuk kepada perjumpaan tertutup antara dua pihak yang bertentangan di dalam PAS iaitu kumpulan Nik Abduh dengan kumpulan Ustaz Zaharuddin Muhammad yang juga menantu kepada Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang.

Sehingga kini Ustaz Zaharuddin Muhammad yang turut disebut-sebut dalam rakaman itu tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu itu.

Ramai pihak percaya rakaman audio yang tersebar itu ada kaitan dengan kes perselisihan faham antara beberapa pemimpin PAS suatu ketika dahulu, iaitu Ustaz Nurul Mohamed Yusoff (Nurul Islam) dengan Ustaz Zaharuddin.


Tahun lalu, beberapa peperangan sesama jemaah PAS menjadi perhatian ramai apabila Ustaz Nurul didakwa menerima wang 2 juta dari pihak UMNO dan kononnya ada mengeluarkan kenyataan bahawanya Presiden PAS mengatakan wang UMNO halal diterima.


Bagaimanapun ia dinafikan oleh beberapa pihak yang bersama Ustaz Zaharuddin yang mempertahankan Presiden PAS dan mengatakan kenyataan Ustaz Nurul itu adalah fitnah dan Tuan Guru Hadi Awang tidak pernah mengatakan wang UMNO boleh diterima.

Peperangan antara jemaah PAS itu turut membabitkan sesama cybertroopers PAS yang bercakaran sesama sendiri atas isu wang dan kerjasama dengan UMNO. - 2 Mac 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...