Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Januari 2018

Hanya Kerana Taknak Mengundi Pakatan Harapan, Aktivis Ini Dicaci, Diaibkan, Dimalukan Oleh Pro DAP.

PENJELASAN telah dibuat. Beberapa kali Maryam Lee mengatakan ia. Jika kamu mahu undi saya, maka kamu perlu bekerja untuknya.

"Saya melihat tiada beza antara BN dan PH. Mereka keanak-anakan.

Adakah PH bersuara apabila PPBM bersikap homophobic dan rasis? PH mendiamkan diri. Tiada seorang pun dikalangan mereka yang menegur budaya ini.

PH dan BN berbeza nama tetapi mereka mempunyai pendekatan (polisi) yang sama," demikianlah luahan Maryam Lee di forum #UndiRosak - Kau Nak Apa Sebenarnya? yang dianjurkan oleh NGO Perpaduan pada 25 Januari lepas.

Forum yang dianjurkan itu mendapat hebahan dan liputan meluas media-media tempatan dan menjadi perdebatan dikalangan penyokong pembangkang dan kerajaan di media sosial.

Kenyataan Maryam dan Hafidz yang menyokong hashtag #undirosak dikritik oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya oleh golongan berpartisan.

Sesetengahnya beranggapan kempen #undirosak ini mempunyai gerakan tersusun dan ditaja oleh pihak tertentu misalnya Art Harun ataupun nama sebenarnya Azhar Harun.

Paranoid dan fobia adalah reaksi yang ditunjukkan oleh kebanyakan pemimpin dan penyokong partisan ketika ini.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir misalnya mendakwa gerakan #undirosak didalangi UMNO. Manakala Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengatakan #undirosak tidak demokratik. Pemimpin nombor satu PAS pula, Tuan Guru Hadi Awang berpendapat #undirosak bukan cara Islam.

Diserang bertubi-tubi dalam #undirosak, maka sesetengah dari yang menyokong #undirosak meminta bukti dimana mereka dibiayai oleh UMNO.

Ramlee : "Mana bukti UMNO bayar wang? Pakatan Harapan menuduh kena hadirkan bukti. Ke dah jadi halal fitnah orang sebab Pakatan Harapan bersama Mahathir? At all cost boleh fitnah, kutuk, tuduh, caci orang semata-mata sebab nak kan kuasa? Pandai tuduh pandailah bagi bukti. Belum menang dah fitnah dan sekat suara demokrasi rakyat. Kalau dah menang? Kuku besi kembali lagi," katanya.

Faraq : "Pakatan Harapan dan PAS UG ke? Sepakat dalam isu #undirosak. Kalau PAS sepakat dengan UMNO dalam isu melayu dan Islam didakwa UG. Sekarang PAS dan PH sepakat mengutuk dan melabel #undirosak. Adakah PAS dibayar PH 90 juta untuk membela PH yang hampir kelemasan sebab tongkang kuasa mereka pecah?," sindirnya.

Sementara itu Harris Nasril mendakwa, Mahathir sendiri pernah menjalankan kempen undi rosak pada PRU ke 12.

"Dia buat boleh, kita buat jadi salah," katanya.

Baca : Ini Bukti Mahathir Pun Pernah #UndiRosak Pada PRU Ke 12.

Maryam Lee, aktivis wanita yang muncul di forum yang membincangkan isu #undirosak pula menjadi mangsa serangan dan kecaman teruk oleh rata-rata penyokong Pakatan Harapan.

"Mungkin kerana dia wanita, mungkin kerana dia muda, maka dia sasaran mudah," kata sesetengah netizens yang kesal dengan serangan keterlaluan yang diterima Maryam. 


Antara yang ramai menyerang Maryam secara peribadi sehingga ke tahap melucah dan mahu merogolnya ialah penyokong-penyokong DAP.



Melutut jika Pakatan Harapan kalah


Sesetengah dari netizens juga mahu Maryam melutut dan dihukum dihadapan mereka jika Najib dan rejim Barisan Nasional memenangi pilihanraya atas alasan #undirosak merupakan satu tindakan kebodohan.

Dah sokong Akta Hasutan pula


Flip-flop. Kejap membantah akta hasutan. Kejap menyokong akta hasutan dikenakan kepada pihak yang tak bersetuju dengan mereka. 

Melihatkan nilai politik yang tiada beza dengan BN, gerakan #undirosak ini mendapat peluru demi peluru untuk menembak tepat ke Pakatan Harapan yang disifatkan sebagai hipokrit, bias, tidak meraikan hak demokrasi pengundi, diktator, menghukum dan menyekat hak kebebasan bersuara.

Paksa undi PH ialah jenayah

Bagaimanapun tindakan menghukum kumpulan #undirosak membiakkan penentangan dari sesetengah golongan atas pagar yang bersimpati dan meluat dengan perangai taksub penyokong partisan.

Ada netizens yang melihat serangan dan ugutan ke atas #undirosak merupakan satu elemen pemaksaan agar pengundi-pengundi ini pergi mengundi dan mesti memangkah Pakatan Harapan.

Dan ini menurut mereka merupakan satu jenayah dan harus dilaporkan kepada pihak polis. 

Sesiapa sahaja harus dibenarkan untuk memilih mana-mana calon yang disukainya di atas kertas undi sekalipun mereka mahu membuat undi rosak, hak mereka diraikan dan tiada sesiapa berhak menyerang, menempelak, mencaci maki, super impose, mengugut, meletakkan doktrinisasi, memaksa, menekan, menghukum pengundi-pengundi ini. 

Sekali lagi kami ulang : "Jika anda mahu undi, bekerjalah untuknya," - Maryam Lee.- 31 Januari 2018.

Selasa, 30 Januari 2018

Aktivis Dedah Bukti Mahathir Kempen #UndiRosak Pada PRU 12.

Oleh : Muhammad Harris Nasril
Fakta yang disorokkan.
Gusar dengan kempen #UndiRosak yang semakin mendapat sokongan anak muda, PH dan NGO Bersih cuba menyebarkan keburukan #UndiRosak dan menggunakan "scare tactic" : https://www.malaysiakini.com/news/410416
Mereka memberikan contoh pada PRU 13 lepas, 11 kerusi dimana jumlah majoriti yang diperoleh oleh calon yang menang adalah lebih rendah dari jumlah undi rosak. Kesannya, 8 kerusi dimenangi oleh BN manakala, 3 lagi dimenangi oleh Pakatan.
"Without any spoiled vote campaign, GE13 already saw more spoiled votes than the winner’s margin in 11 parliamentary constituencies. With the help of spoiled votes, BN can easily win 15 more parliamentary constituencies in GE14 and regain its two-thirds majority. Will we then get any reforms? How many elections in future must you spoil your vote in perpetual frustration?" - Maria Chin.


"Undirosak tidaksalah. Maria tunjuk pru13 sebut undi rosak untungkan BN. Saya tunjukkan pru12 untungkan pembangkang" - Harris Nasril. 

Jadi kesimpulannya, tiada siapa boleh claim undirosak adalah sentiasa pada pihak bn.Adakah PRU 14 ini merupakan kempen #UndiRosak yang pertama kali diadakan? Sebenarnya pada PRU12, "kempen undirosak" telah dijalankan secara tidak langsung oleh Dr Mahathir yang ketika itu berkempen menentang BN kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah, perdana menteri ketika itu.  
Mahathir kempen undi rosak
Berikut merupakan petikan dari blog Dr Mahathir pada 12 May 2008 http://chedet.cc/?p=59 :
"Apabila ahli UMNO tidak dapat menyuarakan pendapat sebenar mereka berkenaan Kerajaan, hanya terdapat satu cara sahaja bagi mereka untuk menyatakan ketidakpuasan hatimereka, iaitu dengan undi mereka dalam Pilihanraya Umum. Undi secara dasarnya adalah rahsia. 
Begitu takutnya pengundi UMNO ini akan orang lain mengetahui tentang niat mereka, maka mereka tidak mendedah kepada sesiapapun niat mereka untuk mengundi pembangkang. 
Begitulah sehinggakan tiada siapa dapat meramal dengan tepat peralihan sokongan yang besar yang berpihak kepada pembangkang. Sesetengah ahli UMNO masih tidak sanggup mengundi pembangkang. Oleh itu mereka sengaja rosakkan undi mereka. 
Terdapat 300,000 undi rosak, satu angka yang mungkin terbesar dalam sejarah pilihanraya. Tak mungkin setelah 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum pengundi masih lagi tidak tahu bagaimana nak mengundi. Mungkin kerana saya pengundi UMNO berbuat demikian. 
Saya telah menyeru ahli UMNO untuk mengundi calon yang terbaik dan bukan hanya parti. UMNO boleh meletakkan calon yang benar-benar baik tetapi walaupun Presiden memberi jaminan yang semua calon bersih dan berkelayakan, mereka kalah. 
Ini kerana calon tidak baik dan ini mengganti calon yang berjaya atau “giant killers” yang telah berjaya pada pilihanraya lalu. 
Kebanyakan calon payung terjun muda dan ahli UMNO marah kerana mereka syak calon muda ini dipilih oleh orang tertentu. Buatlah satu kajian untuk tentukan berapa ramai calon baru ini yang kalah."
Undi Rosak Bergantung pada trend, bukan memenangkan BN
Kesan daripada kempen "UndiRosak" Mahathir ini, terdapat 300 000 undi rosak direkodkan pada PRU12 yang dilakukan oleh pengundi BN pro Mahathir, mensabotaj parti sendiri. Parti politik yang mana satu mendapat keuntungan dari kempen Mahathir ini? Bn atau pembangkang?
Perhatikan jadual yang disertakan. Terdapat 11 kerusi di mana undi majoriti adalah lebih rendah dari undi rosak. (Pembangkang menang di 7 kerusi! Manakala BN cuma menang di 4 kerusi.)
Maka, kesimpulan Maria yang mengatakan UndiRosak akan menyebabkan BN menang dengan mudah adalah tidak tepat sama sekali. Ia sebenarnya bergantung kepada mood pengundi di sesuatu kawasan parlimen itu dan juga pada kerusi yang menang tipis.
Kenapa perlu serang #undirosak
Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh Pakatan Harapan untuk memenangi kerusi tipis itu? Mendekati geng UndiRosak untuk mengetahui 'demand' mereka atau memilih untuk bermusuh? Nampaknya PH memilih untuk berkonfrontasi dengan geng UndiRosak dan bersekongkol dengan bekas diktator yang tidak popular.
Jika dulu Rafizi ada mengatakan diktator yang tidak popular itu berupaya menarik 5% undi lagi dari golongan melayu, maka geng UndiRosak kini kelihatan akan melebihi peratusan tersebut. Kempen mereka semakin agresif. Perkara ini yang menyebabkan Pakatan Harapan dalam ketakutan sehinggakan terpaksa menggunakan talian hayat, Maria Chin dan Bersih yang sepatutnya neutral.

Isu Logo : Nazri Kata Mahathir Monyet.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini mengibaratkan Tun Mahathir Mohamed sebagai "monyet" ketika diminta untuk mengulas respon Mahathir mengenai logo #VisitMalaysia2020 yang menerima kecaman teruk netizens sejak dilancarkan pada 3 hari lepas.

Malaysiakini melaporkan, Nazri Aziz berkata orang utan telah digunakan dalam logo tahun melawat Malaysia sejak pentadbiran Dr Mahathir Mohamad lagi.
 
“Saya hanya ikut dia,” katanya.

Mahathir hari ini malah secara sinis bertanya sama ada gambar mawas yang berkaca mata hitam itu kera atau manusia.

Nazri bagaimanapun berkata di sebalik kontroversi itu, ia tanpa sedar telah mewujudkan kesedaran awam berkaitan kempen itu.

“Saya guna (gambar) monyet itu supaya monyet macam dia (Mahathir) buat ulasan macam ini,” kata menteri yang terkenal dengan cakap lepasnya itu.

“Akhirnya logo saya sohor kini (trending) dan akan wujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia bahawa terdapat kempen Visit Malaysia 2020," katanya lagi seperti dalam laporan tersebut.


Dalam perkembangan berkaitan, page KukuBesi Manipulasi melancarkan "Perang Logo Visit Malaysia 2020" di halaman facebook mereka dengan mengadakan pertandingan merekacipta logo #visitmalaysia2020.


Pertandingan itu turut menawarkan hadiah dan ganjaran wang tunai dan insentif kepada pemenang yang terpilih. 

Dalam pada itu, page Grafik Malaya pula telah menerima lebih dari 60 jenis logo #visitmalaysia2020 yang diperbaharui dari segi rekaannya.

Menurut Grafik Malaya, logo yang dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan adalah lemah dan tidak sesuai untuk menjadi wajah Malaysia.

"Ini bukanlah logo yang terbaik tetapi mereka semua (pereka grafik) telah lakukan yang terbaik walaupun tanpa brief yang lengkap mahupun bayaran, hanya kerana mereka sayangkan maruah negara Malaysia. 

Ini adalah cara mereka bersuara, mengatakan bahawa logo rasmi Visit Malaysia 2020 yang baru sahaja dilancarkan adalah tidak sesuai atau dalam erti kata lain, lemah. Logo menjadi MAHA penting apabila ia menjadi wajah bagi sesebuah negara!," katanya Grafik Malaya dalam satu kenyataan. 

Menurut Grafik Malaya lagi, logo adalah perkara penting kerana ia adalah representasi yang mewakili rasa kreatif dan wajah negara di khalayak dunia.

"Negara yang di dalamnya terkandung tanah, kerajaan, rakyat dan segala institusi yang mendokong kemandirian dan kedaulatannya. Ia wajah buat kita semua, dipamer dan dipertonton ke khalayak dunia. Siapa yang mahukan wajah yang tidak menarik? Kita punya rasa dan daya kreatif, dan logo inilah representasi segala keupayaan itu. 

Representasi segala usaha keras kerajaan dalam menghasilkan rakyat dengan mentaliti dan daya kerja kelas pertama. 

Kami mengalu-alukan semua pereka grafik Malaysia untuk hantar logo Visit Malaysia 2020 ciptaan sendiri kepada kami untuk kami siarkan (viralkan) dalam album ini. Hanya perlu attach logo anda di ruangan komen atau inbox kami. 

Kita semua tahu bahawa masih ramai pereka grafik tempatan yang berkualiti dan mampu hasilkan logo yang lebih baik tanpa perlu berbelanja besar," jelasnya lagi.

Berikut kami selitkan beberapa logo menarik yang dicipta oleh netizens untuk tatapan anda semua;








Sumber : Grafik Malaya

Penjelasan Isu Penjualan Kem Tentera Sungai Besi Kepada China.

Oleh : Seademon
Isu Pangkalan Udara Strategik
1. Pemindahan TUDM Kuala Lumpur ke Pangkalan Udara Sendayan dibuat berdasarkan faktor rasionalisasi daripada aspek operasi dan keselamatan, dan juga TUDM Kuala Lumpur sudah terlalu lama dan usang, dibangun sejak tahun 1940-an.
2. Operasi penerbangan di TUDM Kuala Lumpur tidak berapa selamat disebabkan kepesatan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur, dengan adanya bangunan tinggi dan kepadatan penduduk.
"Bertapa sedihnya apabila mendengar lagu ini dan ini adalah majlis paluan berundur Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari kem TUDM Sungai Besi yang telah diserahkan kepada China.
Tanah bumi Melayu sudah tergadai..sudah tiada apa yang hendak di bangakan lagi. Berundur dengan iringan airmata kepada semua anggota ATM dan juga vateran ATM. Ini semua berlaku kerana kerakusan pemimpin Umno dan Barisan Nasional" - Tok Abahh.
3. Kawasan TUDM Kuala Lumpur amat terdedah dengan ancaman luar disebabkan lokasi berhampiran lebuhraya dan kawasan perumahan. Dengan ancaman yang ada sekarang ini, ia boleh dilancarkan daripada kawasan-kawasan tersebut.
4. Pendedahan TUDM Kuala Lumpur kepada umum turut menyukarkan pihak TUDM untuk memberi perlindungan mantap sebagai kawasan operasi ketenteraan kerana terdedah kepada aktiviti pengintipan.
5. PU Sendayan & 31 Rejimen Artileri Kem Tun Ibrahim, Kajang adalah antara tapak-tapak relokasi TUDM Kuala Lumpur. Penempatan di beberapa pangkalan udara yang ada adalah mengikut misi dan kesesuaian seperti yang dibuat di PU KL sebelum ini.
6. Ini adalah kali pertama sebuah Pangkalan Udara (Sendayan) dibina untuk keselesaan para pegawai dan anggota TUDM di mana mereka akan mendapat kawasan kerja, kediaman dan infrastruktur yang baru untuk memberi sokongan atas misi-misi latihan TUDM. Selain itu, dengan adanya PU Sendayan ini, TUDM akan dapat menempatkan pusat latihan TUDM di mana buat masa ini latihan-latihan tersebut berpecah dan ada yang dibuat di Subang, Alor Star serta di Kinrara.
7. PU Sendayan ini apabila siap dibina dapat menyatukan TUDM yang akan meletakkan semua ini di bawah satu bumbung bagi tujuan uniformiti dan latihan manakala perintah dan kawalan akan menjadi lebih berkesan.
ISU KEHILANGAN ASPEK SEJARAH PU KUALA LUMPUR
1. Sejarah TUDM Kuala Lumpur akan dikekalkan selepas dipindahkan ke PU Sendayan kerana ia merupakan landasan antarabangsa yang pertama digunakan semasa zaman kemerdekaan. TUDM akan memelihara artifak-artifak sejarah TUDM Kuala Lumpur ini di muzium TUDM. Ini akan dilakukan bagi memastikan sejarah TUDM tidak akan terlupus.
ISU PROJEK BANDAR MALAYSIA DIKUASAI SYARIKAT CHINA
1. Dakwaan kononnya projek Bandar Malaysia di bekas TUDM Kuala Lumpur di ibu negara dikuasai oleh syarikat China kini bukan lagi isu. Sebaliknya tapak strategik seluas 198 hektar itu dikuasai 100% Kementerian Kewangan, berikutan terbatal perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan pihak pemegang saham projek tersebut sebelumnya.
2. TRX City, dengan mengambil kira kepentingan nilai tanah Bandar Malaysia, akan mengekalkan pemilikan penuh terhadap kawasan itu demi memastikan rakyat Malaysia meraih manfaat hasil pembangunannya.
3. Adalah fitnah berniat jahat dengan mengatakan kem TUDM KL diserah kepada Cina dari China.
RUMUSAN
1. Adalah tidak benar kerajaan mengenepikan sejarah penting negara dengan menyerahkan Pangkalan Udara Kuala Lumpur kepada pihak pemaju untuk dibangunkan. Banyak sejarah dan artifak TUDM akan dipelihara untuk pengetahuan generasi akan datang.
2. PU Kuala Lumpur telah hilang nilai strategiknya dan tidak sesuai lagi untuk menempatkan unit-unit tentera. Kedudukannya juga menjadikan pengintipan dan serangan oleh musuh menjadi begitu mudah.
3. Angkatan Tentera Malaysia memperolehi kemudahan-kemudahan yang jauh lebih baik dan bersesuaian setelah perpindahan ini berlaku.

Poster oleh FOBN
4. Malaysia bukan satu-satunya negara yang menutup pangkalan-pangkalan tentera. United Kingdom telah dan bakal menutup sebanyak 56 pangkalan-pangkalan tentera termasuk Woolwich Barracks dan Fort George yang berusia hampir 300 tahun dan kaya dengan unsur-unsur sejarah. Berbeza dengan Malaysia, penutupan pangkalan-pangkalan tentera di UK tidak melibatkan sebarang penggantian.
Oleh itu janganlah kita mempolitikkan pertahanan negara dan hargai Angkatan Tentera Malaysia serta hak mereka untuk bertugas dan tinggal di pangkalan-pangkalan yang jauh lebih moden dan selesa sesuai dengan tugas mereka yang berat untuk menjaga kemananan, kesejahteraan dan kedaulatan negara.

Apa Hak Menteri Gunakan Siren Untuk Lepasi Kesesakan Jalanraya Soal Blogger BN.

Pemilik blog pro UMNO, Sang Kelembai ataupun nama sebenarnya Zaharin Mohd Yassin mempersoalkan tindakan sesetengah menteri yang menggunakan siren untuk melepasi kesesakan jalanraya sedangkan itu bukan sebahagian dari perkara yang dibenarkan oleh undang-undang katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


"Masa saya berkerja dengan Tan Sri (Tun) Mohd Ghazali Shafie, beliau Menteri Dalam Negeri. Ancaman subversib dan komunis masih tahap aktif. 

Beliau sendiri tidak pernah gunakan pengiring trafik polis, malah hanya ada seorang bodyguard dalam kereta sahaja. Malah UTK yang ditubuhkan olehnya tidak mengiring dia. 

Jika dia nak pakai siren Polis, siapa nak persoalkan. Sebab dia peguam dan tahu undang-undang kerana dalam RTO tahun 1959 (sekarang Akta Pengangkutan Jalan) kaedah 24 Pembuatan dan Penggunaan; hanya Jabatan yang diwartakan dalam Akta sahaja yang dibenarkan menggunakan siren seperti Ambulan, Jabatan Bomba, Jabatan Kastam, Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan sahaja. 

Bila masa pula Akta itu di pinda menbolehkan kereta Menteri mempunyai siren. Apa kecemasan Menteri itu? Jika dia perlu perjalanan mengatasi kesesakan, Menteri boleh meminta bantuan Polis trafik," katanya.

Menurut blogger itu lagi, tidak hanya menteri bahkan jika Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menggunakan siren pada kenderaan masing-masing, ianya juga merupakan satu kesalahan atas sebab itulah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri diiringi oleh pasukan polis trafik dan petugas khas.

"Itu sebab Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di dahulukan oleh Polis Trafik dan kereta peronda Polis. Sebab kereta PM dan TPM pun menyalahi undang-undang jika menggunakan siren. 

Ini satu video contoh kereta Menteri yang dirakam oleh orang awam yang mengunakan siren dalam saat pemandu lain terperangkap dalam kesesakan. Adilkah perbuatan ini? Sebaliknya menaikkan benci rakyat. 

Hanya Bandaraya Kuala Lumpur sahaja di dunia yang Polis Trafik berkerja di waktu pagi, jika dibandingkan dengan Jakarta, Bangkok, Manila malah Singapura yang Polis trafik setiap masa berada di jalan yang sesak," katanya lagi.

Di media sosial, netizens menyeru agar tindakan undang-undang diambil ke atas mana-mana pihak yang melanggar kesalahan jalanraya tanpa mengira darjat, pangkat dan kedudukan seseorang.

Sesetengah netizens juga mahu mengetahui siapakah menteri yang tergamak menggunakan siren untuk melepaskan diri daripada kesesakan jalanraya.

"Baru jem sikit dah guna siren. Rakyat hari-hari hadap jem sebab apa? Sebab BN la. Buat tol banyak-banyak, ada jalanraya pun berlubang sana sini, pengangkutan awam teruk, kalau boleh aku nak pergi balik kerja relax dalam bas tidur tapi bas tempat aku pun tak masuk, maju la sangat," kata seorang pengguna Facebook. 


1 Rumah, 8 Nama Pengundi, Pemilik Tak Tahu, Jiran-Jiran Tak Kenal - 5,000 'Hantu' Di Wangsa Maju.

Bendahari PKR, Tan Yee Kew mendedahkan terdapat 5,000 pengundi meragukan di Wangsa Maju bagaimanapun tiada apa-apa tindakan diambil samada oleh pihak polis ataupun SPR bagi menanggani perkara tersebut katanya kepada pemberita dalam satu sidang media.


Menurut Tan Yee Kew;

1. Pihaknya telah membuat empat laporan polis di Wangsa Maju dan Setapak di antara Ogos dan November tahun lalu mengenai 1,429 pengundi berdaftar.

2. Laporan dibuat kerana selepas siasatan dijalankan didapati 1,429 pengundi baru yang berdaftar tidak tinggal di alamat yang dinyatakan dalam rekod SPR, dipercayai memberikan maklumat palsu.

3. Menurut pegawai penyiasat, polis sudah pergi ke beberapa alamat dan mengesahkan bahawa mereka yang mendaftar menggunakan alamat berkenaan, tidak menetap di situ, bagaimanapun tiada apa-apa tindakan susulan diambil.

4. Manakala baki 3,500 pengundi baru pula dikesan meragukan apabila nama-nama ini kebanyakkannya mempunyai alamat rumah yang sama sehingga satu rumah dicatatkan mempunyai lapan pengundi baru berdaftar.

PKR dilaporkan mengetahui tentang 5,000 pengundi mencurigakan itu selepas kemasukan 12,000 pengundi baharu dalam daftar pemilih Wangsa maju dalam dua suku terakhir 2016. 

Tan berkata jumlah besar itu menyebabkan PKR meneliti nama itu, sehingga mereka membuat keputusan melakukan pemeriksaan dari pintu ke pintu. 

Katanya, jumlah besar pengundi baharu itu membingungkan kerana lebih separuh atau 7,000 nama bertambah kerana pertukaran alamat. 

“Tidak ada kawasan perumahan atau kilang baharu, jadi kenapa ada 7,000 orang tiba-tiba mahu berpindah ke Wangsa Maju,” katanya.

Menurut Tan lagi;

1. Ada beberapa tempat seperti di Taman Melati, Seksyen 1 Wangsa Maju, Gombak Utara dan Wangsa Melati yang mana sehingga lapan nama pengundi baru berdaftar di atas alamat yang sama.

2. Apabila semakan dibuat oleh PKR dengan turun pintu ke pintu, alamat tersebut sebenarnya tidak wujud.

3. Semakan turut dibuat oleh pasukan media The Malaysian Insight dan ini apa yang mereka rumuskan;

i) Alamat yang berdaftar dengan SPR tidak wujud

ii) 48 nama pengundi baru tidak dikenali oleh jiran-jiran

iii) Lapan pengundi baru yang didaftarkan atas alamat yang sama tidak dikenali oleh pemilik / individu yang menduduki rumah berkenaan

Untuk rekod, PKR memenangi kerusi Wangsa Maju dengan majoriti 5,511 menewaskan calon BN pada PRU ke 13 yang lalu. - 30 Januari 2018.

Isnin, 29 Januari 2018

Akhbar Harakah Dirampas Oleh Pihak Berkuasa.

Oleh : Harakah Daily
 
Harakah edisi terbaharu di pasaran yang dijual dibeberapa tempat telah dirampas oleh pihak berkuasa. 
 
 
Jabatan Editorial dimaklumkan, terdapat rampasan di beberapa kedai sekitar Kerdau, Temerloh dan selain itu di Hulu Langat sejak dua hari selepas ia dikeluarkan. 
 
Harakah edisi 2316 antaranya memaparkan cerita muka depan bagaimana Kerajaan BN pimpinan Dato’ Seri Najib Razak gagal memberi perbandingan adil mengenai ekonomi Malaysia berbanding Arab Saudi.
 
“Dah nak dekat pilihan raya umum, inilah trendnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harakah, Zainal Abidin Kidam dalam mesej ringkasnya kepada editorial.
 
Tindakan tidak demokratik dan halangan kebebasan maklumat itu dilihat sudah menjadi kebiasaan setiap kali menjelang pilihan raya

Mahathir Tidak Akan Jadi Diktator Semula Tegas Mat Sabu.

Pakatan Harapan akan memastikan pemerintahan perdana menteri pilihan mereka iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad adalah lebih baik daripada pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

"Balik tadi tentang boikot. Di antaranya mereka menyebut pemerintahan diktator akan pergi ke pemerintahan diktator yang lama.

Dan saya dulu pun memangla kritik Tun Mahathir ni masa dia memerintah. Tapi bila dia ada dalam Pakatan Harapan. Kita bermesyuarat kadang-kadang 3 jam, 4 jam, 5 jam.

Pengerusi kami tak pernah dictate apa yang dia nak diterima oleh mesyuarat," katanya.


Muhammad Sabu juga menjelaskan beberapa langkah produktif akan dibuat oleh Pakatan Harapan bagi menghalang pemusatan kuasa (diktatorship).

"Jawatankuasa Parlimen akan menjadi paling berkuasa pada masa yang akan datang (jika Pakatan Harapan memerintah). Ini betul-betul reform yang akan dibuat untuk mengelak diktatorship. 

Ini diterima oleh Pengerusi kami, Mahathir. Bahkan beliau sendiri memberikan beberapa pandangan untuk mengelakkan pemusatan kuasa," jelasnya lagi. - 29 Januari 2018.
 

Henti Buli Kelantan Kata Husam Pada Najib.

Kenyataan Media

Oleh : Husam Musa

BN Henti Buli Kelantan

Beri wang, kemudian ungkit, itu BULI namanya.

Apa lagi diungkit depan khalayak ramai. Sangat kurang sopan. Dilarang oleh Islam.




Jika Kelantan atau mana-mana negeri mengalami kurangan dalam belanja mengurus, iaitu bayaran gaji dan emolumen, Kerajaan Pusat wajib menampung.

Itu ada dalam perlembagaan negara sebelum DS Najib jd PM lagi.

Zaman PM sebelum Najib pun bayaran itu dibuat.

Nafkah wajib tak perlu diungkit.

Kalau nak ungkit, ungkit masa MB Kelantan datang jumpa tambah peruntukan. Bukan depan rakyat jelata kerana nak malukan MB dan Kerajaan Pas Kelantan.

YB Dato Husam Musa
29 Januari 2018
ADUN Salor
Naib Presiden Parti AMANAH NEGARA.

Bila Pula Kami Cekik, Pukul, Mengasari Rozan, Kata Penganjur Pasar Malam.

TIADA kaitan dengan UMNO. Begitulah penafian Ketua Pemuda Umno Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim ketika bercakap kepada wakil media dari portal Malaysiakini pada 27 Januari lepas. 

Menurut Gulam Muszaffar, tiga individu yang bergaduh dengan lelaki berbaju PKR sebenarnya merupakan penganjur pasar malam berkenaan.

“Pemuda Umno Batu tidak terlibat, mereka adalah ahli jawatankuasa (AJK) penganjur pasar malam berkenaan,” katanya, memetik laporan Malaysiakini.



Gulam Muszaffar menjelaskan AJK berkenaan menghalang Rozan memasuki pasar malam itu kerana membawa tiang bendera bersama yang dilihat sebagai membahayakan keselamatan.

“Tahu tak Rozan bawa kayu tajam (tiang kayu) dengan bendera (PKR) untuk tujuan berkempen? Ini boleh membahayakan pelanggan yang datang pasar malam untuk membeli makanan," jelasnya lagi.


Sementara itu, salah seorang AJK penganjur pasar malam yang bernama Ridzwan Mohd Ali membuat laporan polis terhadap Pemuda PKR berkenaan. Pemuda PKR berkenaan ialah Setiausaha Pejabat kepada Ahli Parlimen Batu yang dikenali dengan nama Rozan Azen Mat Rasip.

Dalam laporan itu, Ridzwan mendakwa dia mengingatkan Rozan agar tidak membawa tiang bendera yang dilihat sebagai membahayakan keselamatan.

"Saya menegur kedua-dua mereka dan beritahu jika mahu edar kalendar, sebagai penganjur pasar malam, saya benarkan tapi mereka tak boleh bawa bendera PKR kerana ia diikat pada tiang kayu yang tajam yang boleh membahayakan orang awam.

"Apabila saya nasihatkan mereka, salah seorang daripada mereka tidak puas hati dan kata kepada saya 'Siapa kamu? Atas undang-undang apa yang halang kami daripada memegang bendera dan tiang bendera?'

"Selepas itu, sedikit pertengkaran mulut dan tolak-menolak terjadi antara kedua-dua pihak sebab mereka enggan dengan arahan saya.

"Lelaki berbaju PKR itu terus membuat provokasi terhadap saya dan AJK lain,"
kata Ridzwan dalam laporannya.

Dia menambah, laporan itu dibuat kerana mendapat tahu Rozan menuduh dikasari, dipukul, dan dicekik dalam kejadian itu.

"Saya dan dua AJK lain tidak pukul dia, sebaliknya apa yang jadi adalah pertengkaran dan tolak-menolak.

"Saya buat laporan ini kerana ingin menyatakan hal sebenar. (Saya halang mereka) untuk menjaga keselamatan pengunjung dan peniaga pasar malam,"
tambah Ridzwan lagi.


Terdahulu tular video kekecohan petugas PKR yang dimaki hamun oleh beberapa lelaki yang tidak dikenali di sosial media.

Membuat penjelasan mengenainya, Rozan berkata beliau diserang di Pasar Malam di Flat PKNS, Jinjang Utara pada malam khamis ketika mengedarkan kalendar.

Menurut Rozan, ketika dia dan seorang sukarelawan pejabat Tian Chua cuba memasuki pasar malam itu untuk mengedarkan kalendar, secara tiba-tiba dihalang oleh 3 pemuda dan dilemparkan kata-kata kesat ketika beliau berunding secara rasional.

“Selain tidak membenarkan kami meneruskan gerak kerja berjumpa dengan pengunjung pasar malam, kami telah dilemparkan dengan pelbagai kata-kata kesat, maki hamun yang melampau, dan mengugut kami. 

“Walaupun cuba bertanyakan rasional larangan dan amaran serta sikap biadab mereka itu, namun mereka tetap berkasar dengan mula menyerang saya secara fizikal sehingga menyebabkan kecederaan ringan di muka. 

“Tiga individu berkenaan terus menjerit dengan kuat menyatakan bahawa kami wakil PKR dan pejabat anggota parlimen Batu tidak boleh memasuki pasar malam tanpa kebenaran mereka, dan bendera parti (PKR) tidak boleh dikibarkan," katanya.

Rozan juga berkata walaupun telah beredar dari lokasi kejadian beliau tetap diserang secara fizikal termasuklah dicekik.

“Saya berterusan telah dikasari dengan ditolak secara fizikal, dicekik di leher dan di muka sehingga mendatangkan kecederaan di wajah,” jelasnya.

Selepas kejadian, Rozan membuat laporan polis di IPD Sentul sebelum membuat pemeriksaan kecederaan di Hospital Kuala Lumpur. - 29 Januari 2018.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...