Ahad, 28 Januari 2018

Selepas Dikecam Kaw-Kaw Malu Menjadi Rakyat Malaysia, Mukhriz Kata Kenyataan Disalah Lapor Media.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan laporan Sinar Harian yang mengatakan beliau malu untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia ketika berkunjung ke luar negara sebaliknya lebih selesa mengatakan beliau adalah rakyat Brunei.

Memetik laporan News Strait Times hari ini, setiausaha akhbar Timbalan Presiden PPBM itu Mohd Fisol Jaafar berkata kenyataan Mukhriz telah dilaporkan luar daripada konteks sebenar.

Fisol turut menjelaskan apa yang disebut oleh Timbalan Presiden PPBM itu adalah secara am tentang sikap rakyat Malaysia yang merasa malu mengenai imej negara yang tercemar di persada antarabangsa.

Kenyataan Mukhriz itu juga tersebar meluas dalam bentuk rakaman video di media sosial.

Lihat;

 

Dalam rakaman viral itu Mukhriz menyebut : "Pasal la neh imej negara kita neh memang teruk sangat. Terukla sekarang. Malulah kita nak mengaku Malaysia bila pergi buat kerja umrah ke apa. Bila Pak Arab tanya, hmmm sedia la jawab, Brunei ahh," katanya dalam klip video tersebut. 



Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menempelak Mukhriz sebagai tidak patriotik apabila merasa malu dengan negara sendiri.

"You marah dengan PM, itu hal awak. Tak mengaku orang Malaysia? Itu tidak boleh diterima. Patriotisme dan sayangkan negara tidak mengenal isu dan tidak boleh dipermainkan begitu sahaja. Lebih lebih lagi bagi seseorang yang mimpi mahu jadi Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan di Twitter. 

Netizens di laman sosial juga menunjukkan respon berbelah bahagi dengan kenyataan Mukhriz itu. 

Ada diantara mereka yang bersetuju dan mengiyakan kenyataan Mukhriz bahawanya mereka berasa malu untuk mengakui rakyat Malaysia apabila berkunjung ke luar negara namun ada juga di antara netizens yang mempersoalkan kekayaan Mukhriz yang mendapat laluan mudah untuk membina kemewahan kerana menjadi rakyat Malaysia berstatus VVIP apabila berbapakan bekas Perdana Menteri Malaysia. - 27 Januari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...